Part 4.

Romance Completed 17579

Pagi-pagi lagi Maya sudah membantu Mak Leha di dapur. Hari ini Maya yang menyediakan sarapan.

" Mak Leha " .

" Ya? " .

" Maya nak tanya sikit boleh? " soal Maya.

" Tanyalah Maya. Banyak pun tak apa " .

" Encik Emir tu tak ada mak ayah ke? " .

" Eh apa pulak tak ada. Ada. Cuma Emir nak tinggal sendiri. Tak nak tinggal dengan dia orang lagi " terang Mak Leha.

Maya mengangguk faham.

" Dia kerja apa ya Mak Leha? " .

" Emir ada syarikat sendiri. Asalnya ayah dia punya. Tapi ayah dia dah tak larat nak uruskan. Jadi dia uruskanlah " .

" Oh baru Maya tahu " .

" Ni Maya pergi hidang makanan atas meja. Mak Leha nak kemas dapur sekejap " .

Maya menurut. Dia terus membawa makanan ke meja makan.

" Morning Maya " tegur Syed Emir yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

" Morning Encik Emir " balas Maya.

Syed Emir terus melangkah ke meja makan.

" Tak payah lah panggil Encik Emir. Panggil Emir jer pun dah cukup " .

" Tapi kan Encik Emir.. "

" Okay saya bagi awak dua pilihan. Nak panggil Emir jer ke atau baby? " usik Syed Emir.

" Er...er saya panggil Emir jer lah " .

Syed Emir tersenyum kecil.

" Encik Emir...eh sorry. Emir nak nasi goreng? Saya isikan " soal Maya.

" Boleh jugak " .

Maya pantas mengisi nasi goreng yang dimasaknya ke dalam pinggan lalu dihulurkan pada Syed Emir.

" Terima kasih " ucap Emir.

" Sama-sama " .

" Awak duduklah. Makan sekali. Mak Leha mana? " .

" Oh Mak Leha ada kat dapur. Dia tengah kemas dapur " jawab Maya.

" Oh. Duduklah. Teman saya makan sekali " .

Maya akur. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

Air teh yang dituang ke dalam cawan, di hirup pelan-pelan.

" Sedapnya. Tapi kenapa tak rasa macam lain jer daripada nasi goreng Mak Leha sebelum ni? " .

" Bukan Mak Leha yang masak Emir. Maya yang masak nasi goreng tu " jawab Mak Leha yang baru sahaja muncul daripada dapur.

" Sedaplah. Tapi Mak Leha punya nasi goreng pun sedap jugak " puji Syed Emir.

" Mak Leha dah rasa sikit tadi, memang sedap. Pandai Maya masak " .

" Tak adalah pandai sangat. Maya belajar daripada arwah nenek Maya " .

" Oh. Sedap. Boleh lah saya request lagi nanti " .

" Boleh jer " .

Maya tersenyum gembira apabila Syed Emir dan Mak Leha suka dengan masakannya. Arwah neneknya banyak mengajar dia memasak dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience