Part 12.

Romance Completed 17579

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Haa Fiq, masuklah " ajak Syed Emir.

Syed Hafiq melangkah masuk ke dalam rumah sepupunya.

" Mir, aku lunch kat sini boleh tak? " .

" Boleh. Kau macam tak biasa pulak " .

" Eh aku dengar cerita hari tu aunty mengamuk bila dapat tahu pasal maid kau tu " .

Syed Emir mengeluh perlahan.

" Ha'ah. Entah lah aku tak faham betul. Salah ke kalau aku ambil Maya tu kerja " .

" Mir, mestilah aunty salah faham bila tiba-tiba kau bawak Maya masuk dalam rumah. Lagi-lagi Farah. Kau tahu kan yang dia tu cemburu buta. Mahu dia tak naik angin " .

" Aku malas nak fikir. Niat aku baik. Aku nak tolong Maya. Bukannya nak buat benda tak senonoh. Lagipun Mak Leha ada " .

" Habis tu macam mana dengan Farah? Kau tetap tak nak kahwin dengan dia? " .

Syed Emir menggeleng perlahan.

" Kalau ditakdirkan aku dengan dia kahwin sekalipun, dia cuma dapat jasad aku. Bukan hati aku " .

" Kau buat keputusan betul-betul " Syed Hafiq menepuk perlahan bahu Syed Emir.

" Maya " .

Maya tersentak. Mujur sahaja tidak terlepas pinggan di tangannya.

" Sorry. Fiq tak ada niat nak kacau Maya basuh pinggan " .

Maya tersenyum.

" Takpa " jawabnya.

" Fiq nak ajak Maya borak. Boleh? " .

" Borak? Emir mana? " .

" Emir keluar. Pergi office sekejap " .

" Oh. Sekejap Maya habiskan cuci pinggan ni dulu " .

" Okay " .

" Nak borak apa? " soal Maya.

" Saja. Borak-borak kosong. Maya okay tak? " .

" Eh okay jer " .

" Maya dah ada kekasih? " soal Syed Hafiq.

Maya menggeleng perlahan.

" Tak ada. Maya tak pernah bercinta pun " .

Syed Hafiq tersenyum mendengar jawapan Maya. Ini bermakna dia masih ada peluang untuk memikat Maya.

" Oh ada chance lah Fiq nak try " .

Maya tersenyum kelat. Sejujurnya dia tidak selesa dengan Syed Hafiq.

" Maya ada apa-apa ke dengan Emir tu? " .

" Eh takda. Mana ada. Maya ni cuma maid dia jer. Tak lebih dari tu pun " nafi Maya.

" Oh. Tak ada lah Fiq bukan apa. Maya tahu kan yang Emir dah ada Farah? " .

" Maya tahu " .

" Takpalah. Maya ada Fiq. Kan? " .

Maya hanya diam. Dia cuma mampu menggariskan senyuman di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience