Part 13.

Romance Completed 17579

" Aunty sihat? " Syed Hafiq menyalam tangan ibu saudaranya.

" Alhamdulillah sihat. Fiq? " .

" Alhamdulillah Fiq sihat jugak. Eh Farah pun ada? " .

" Ha'ah. Anak-anak buah aunty jer lah yang datang jenguk aunty. Anak sendiri jangan harap " .

Syed Hafiq faham maksud Sharifah Hapsah. Sudah lama Syed Emir tidak pulang. Bukannya kerana dia lupa pada orang tuanya. Cuma dia tidak suka setiap kali dia pulang, Sharifah Hapsah asyik mendesakknya untuk berkahwin.

" Aunty jangan salah faham. Emir busy sikit. Bukannya dia tak nak jenguk aunty " .

" Busy? Busy ke buat-buat busy Fiq? " .

" Busy dengan perempuan kampung dia tu ke? " Sharifah Farhana yang sejak dari tadi diam, bersuara.

" Fiq tahu kan pasal perempuan tu? " .

" Fiq tahu aunty. Tapi dia orang bukannya buat benda tak senonoh. Aunty percayakan Emir kan " .

" Aunty memanglah percayakan dia. Tapi perempuan tu. Aunty tak percaya. Aunty tahu niat dia jahat. Nak kikis harta Emir " .

" Aunty, Fiq bukan apa. Tapi kita tak tahu kan niat orang " .

" Fiq, sebab kita tak tahu lah kita kena berhati-hati. Bukannya senang-senang percayakan orang " .

Syed Hafiq terdiam. Dia mati kata.

" Farah ada plan. Tapi Fiq, kena tolong Farah " .

" Plan apa pulak. Tak nak lah " tolak Syed Hafiq.

" Fiq, kita ni sepupu. Fiq tak nak tengok Farah bahagia ke? Please Fiq " rayu Sharifah Farhana.

" Betul tu Fiq. Aunty merayu. Tolong. Ini untuk kebaikan Emir jugak " .

Syed Hafiq terdiam. Dia buntu.

" Ni kenapa termenung jer ni? " soal Mak Leha.

" Tak adalah Mak Leha. Emir okay jer " jawab Syed Emir.

" Ada masalah kan? Mak Leha bukan baru kenal Emir " .

" Emir sebenarnya.. " .

" Sebenarnya apa? " .

" Emir rasa Emir dah suka dekat... " .

" Maya? " sambung Mak Leha.

Syed Emir mengangguk perlahan.

" Mak Leha dah agak dah. Dari cara Emir, Mak Leha dah tahu. Kalau suka baik berterus-terang, nanti dirampas orang " .

" Maksud Mak Leha? " .

" Fiq tu. Mak Leha tahu dia pun ada perasaan dengan Maya. Baik Emir cepat " .

" Yeke Mak Leha? Emir tak tahu pulak. Tapi Emir tak tahu lah macam mana nak beritahu Maya " .

" Luahkan jer apa yang Emir rasa. Mak Leha yakin Maya tu baik budaknya " .

" Insya Allah Mak Leha. Emir cuba " .

Mak Leha tersenyum kecil. Dia gembira jika Syed Emir memilih Maya untuk dijadikan teman hidup. Dia yakin Maya dapat membahagiakan Syed Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience