Part 1.

Romance Completed 17579

Mata Maya melilau mencari teksi. Sejak tadi dia menanti tetapi tiada satu pun yang lalu.

Perutnya di pegang. Sejak pagi lagi dia tidak makan. Maya melabuhkan punggungnya di bus stop. Hanya bus stop sahaja tempat dia boleh duduk sementara menunggu teksi.

Maya mengeluh perlahan. Sangkanya sangat mudah untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Ternyata dia silap. Bukan mudah untuk duduk di Kuala Lumpur. Dengan jalan yang sesak, orang berpusu-pusu. Membuatkannya tidak selesa.

Sangat berbeza dengan keadaan di kampung. Andai sahaja arwah neneknya masih hidup. Pasti dia tidak perlu keluar dari kampungnya. Disebabkan Maya tidak mempunyai wang untuk membayar duit rumah sewa, Maya di halau keluar daripada rumah itu.

Maya termenung seketika. Dia tidak tahu apa nasibnya selepas ini. Bukan dia pinta hidup begini. Ini sudah takdirnya. Jadi dia harus terima.

Perutnya berkeroncong kerana lapar.

" Sabar perut. Nanti kita makan ya " kata Maya sendirian.

Beberapa biji motorsikal berhenti di hadapan Maya. Kesemuanya lelaki. Kecut perut Maya. Sudahlah tempat itu Agak sunyi.

Dia segera bangun untuk berlalu pergi daripada situ. Namun langkahnya di halang.

" Eh nak pergi mana ni? " soal lelaki itu.

Maya menggeleng.

" Tepi lah saya nak jalan " .

" Alah tak payah lah pergi mana-mana. Jom ikut abang " lengan Maya ditarik.

" Ehh lepas lah " Maya meronta-ronta minta dilepaskan.

" Hey, kau boleh diam tak? " marah seorang lelaki lagi.

Air matanya sudah mengalir laju. Dia benar-benar takut saat itu. Berharap agar ada yang membantunya.

" Ikut aku " lelaki itu menarik Maya.

" Lepas lah.. Lepas.. Tolong! " jerit Maya sekuat hati.

Syed Emir memperlahankan kereta yang dipandu.

" Dah kenapa tu? " soalnya sendirian.

Dia memberhentikan keretanya. Syed Emir terus keluar daripada keretanya.

" Hoi " sergahnya.

Lelaki-lelaki itu terus lari meninggalkan Maya yang teresak-esak menangis.

Syed Emir mendekat Maya.

" Okay tak? Kenapa ni? " soalnya prihatin.

Maya mengangguk perlahan.

" Dah jom saya tumpangkan awak balik " ajak Syed Emir.

Maya seperti teragak-agak untuk mengikut.

" Jangan risau, saya tak kan buat apa-apa pun " Syed Emir cuba meyakinkan Maya.

Akhirnya Maya mengikutnya juga. Memandangkan hari semakin lewat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience