Part 14.

Romance Completed 17579

Syed Hafiq meletakkan ubat tidur di dalam air yang dibancuhnya sebentar tadi. Dia nekad untuk membantu Sharifah Hapsah dan Sharifah Farhana setelah didesak berkali-kali oleh mereka.

" Maya " panggil Syed Hafiq.

Maya terkocoh-kocoh ke dapur.

" Ya? " .

" Cuba rasa air ni. Fiq try buat air sendiri tadi. Tak tahu lah sedap ke tak " Syed Hafiq menghulurkan gelas yang berisi air sirap.

Maya menyambut huluran Syed Hafiq. Air sirap itu terus diteguk.

" Sedap " puji Maya.

" Sedap? Habis kan " .

" Kebetulan Maya pun tengah haus ni " Maya terus meneguk air sirap itu sehingga kosong gelas.

Syed Hafiq serba salah. Dia kasihan dengan Maya. Tapi ini saja caranya untuk mendapatkan Maya.

" Fiq, Farah tahu Fiq suka dengan perempuan kampung tu. Kalau Fiq nak dia, Fiq kena ikut plan Farah " .

" Plan apa ni? " .

" Plan untuk Fiq dapatkan perempuan tu dan Farah dapatkan Emir " .

Perbualannya dengan Sharifah Farhana bermain di fikirannya.

Maya memegang kepalanya. Tiba-tiba sahaja rasa sakit.

" Maya okay? " soal Syed Hafiq.

" Maya... " Maya terus rebah.

Dengan pantas Syed Hafiq mencempung tubuh Maya. Dia terus membawa Maya ke bilik tetamu. Bilik yang selalu Syed Hafiq duduk jika dia bermalam di rumah Syed Emir. Mak Leha tiada kerana pergi ke kedai runcit. Ini memudahkan lagi rancangan jahat Syed Hafiq.

Tubuh Maya dibaringkan di atas katil. Perlahan-lahan Syed Hafiq membuka tudung Maya. Matanya terpegun melihat betapa cantiknya rambut Maya. Jiwanya bergelora.

" Maafkan Fiq, Maya " .

Syed Hafiq terus keluar daripada bilik. Sekarang dia harus menanti kepulangan Syed Emir dan Mak Leha.

Mata Syed Emir melilau mencari Maya. Dia melihat kereta sepupunya itu. Bermakna Syed Hafiq ada di rumahnya bersama Maya.

Tok..tok..

Pintu bilik sepupunya itu diketuk. Syed Hafiq sengaja tidak membuka. Dia ingin Syed Emir membukanya sendiri.

Syed Emir terus memulas tombol pintu bilik Syed Hafiq. Luruh jantungnya saat melihat Syed Hafiq dan Maya tidur sekatil.

" Hafiq! Maya! " jerit Syed Emir.

Syed Hafiq terus bangun dari tidur pura-puranya itu.

" Mir " .

" Apa benda ni ha? " soal Syed Emir.

Dadanya turun naik menahan marah. Wajahnya juga merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience