Part 16.

Romance Completed 17579

" So macam mana? Rancangan kita dah berjaya kan? " soal Sharifah Farhana.

Syed Hafiq mengangguk perlahan.

Tersenyum lebar Sharifah Farhana.

" Thank you so much Fiq. Fiq cousin yang paling best " .

" Tak rasa salah ke apa yang kita buat ni? " .

" Eh nak salah apa pulak. Betul lah " sampuk Sharifah Hapsah.

Dia sudah tidak sabar menanti hari bahagia anaknya, Syed Emir bersama Sharifah Farhana. Baginya hanya Sharifah Farhana yang layak menjadi menantunya.

Syed Hafiq terdiam. Perasaan bersalah semakin menebal di hatinya. Dia mana agaknya Maya berada? Adakah dia baik-baik sahaja?

" So bila aunty? " .

" Majlis Farah dengan Emir secepat mungkin akan dirancang. Farah jangan risau okay " .

" Okay aunty. Tak sabarnya " kata Sharifah Farhana riang.

Masa berlalu pantas. Hari ini akan berlangsungnya majlis pernikahan Syed Emir dan Sharifah Farhana. Dengan terpaksa Syed Emir menerima Sharifah Farhana. Walaupun hatinya milik Maya. Sudah 3 bulan berlalu. Sehingga kini, dia tidak menemui lagi gadis itu.

Entah di mana Maya berada dia sendiri tidak tahu. Biarlah. Nama itu sudah dipadamkan dalam hatinya.

Syed Emir melihat dirinya di dalam cermin. Dia kelihatan segak dengan mengenakan baju Melayu berserta samping.

" Emir, dah siap? Jom semua dah tunggu tu " panggil Sharifah Hapsah.

Dia lah orang yang paling gembira sekali hari ini. Rancangannya untuk menyatukan anaknya bersama Sharifah Farhana berjaya juga akhirnya.

Syed Emir mengangguk perlahan. Dia terus melangkah keluar dari bilik.

Syed Emir duduk di tempat yang telah disediakan. Dadanya berdebar.

Semua tetamu telah hadir. Sharifah Farhana tersenyum lebar. Sebentar lagi impiannya untuk menjadi isteri Syed Emir akan menjadi kenyataan.

" Dah bersedia? " soal tok kadi.

Syed Emir mengangguk perlahan.

" Mari kita mulakan " .

" Syed Emir Bin Syed Hamid aku nikahkan dikau dengan Sharifah Farhana Bin Syed Zainal dengan mas kahwin 500 ringgit tunai " .

" Aku terima nikahnya... " .

" Nanti! " .

Semua mata tertumpu pada Syed Hafiq yang baru sahaja tiba di masjid.

" Kenapa Fiq? " soal Syed Emir.

" Mir kau tak boleh nikah sebelum kau tahu hal yang sebenar. Kau kena tahu apa yang terjadi sebenarnya " .

" Fiq! Apa ni? " marah Sharifah Farhana.

" Apa dia Fiq? Beritahu aku " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience