BAB 11

Romance Completed 15422

Aku tersenyum girang dan hidupku lebih bermakna dengan adanya dia. Aku sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana dia menjadi suamiku. Tak sangka juga aku dapat berkahwin dengan dia. Macam dalam mimpi.

Aku tak beritahu pun korang dah tahu. Kan?..

“ pilihan Mai adalah…” semua orang di situ menanti dengan penuh debaran akan jawapan yang akan diberikan oleh ayah aku.
“ orang yang telah membaca puisinya dan faham apa maksud puisi itu.” Ujar ayahku.

Aku tersenyum lega kerana segalanya telah selesai. Aku tidak mahu beritahu nama kerana rasa tidak sopan. Jadi aku buat begitu agar seorang lagi tak terasa hati. maafkan aku Yazdan. Aku hanya dapat mencintai Haffi.

“ ayang! Buat apa lagi tu. Cepatlah tolong abang basuh kereta ni!” laung dia dari luar serta mematikan lamunanku terhadap lamaran yang berlaku sebulan yang lalu.

“ kejap!” sahutku.

Hanya Haffi yang faham apa yang terbuku di hatiku ini kerana dia adalah yang teristimewa di hatiku. Haffi Ahmed Bin Zainal. Dia jugalah yang sudah di tetapkan di Loh Mahfuz akan berkahwin dengannku. Aku sangat bersyukur atas kurniaan-Mu Ya Allah.

Seperti acapkali dibisikkannya kepada ku bahawa aku adalah paari-pari yang muncul memberi keindahan dan kebahagiaan dalam hidupnya, aku berdoa agar aku dapat menjalankan tugas dan taat pada suami sehingga ke akhir hayat. Aku tidak hanya berharap menjadi pari-parinya di dunia bahkan bidadarinya di syurga kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience