Iz tak habis-habis memujuk aku supaya berjumpa dengan si dia. Tapi aku tak nak. Malu aku masih ada walaupun dah seminggu hal itu berlalu. Ingat senang ke nak lupakan. Tambah-tambah lagi dia tahu perasaan aku.
Sekarang Iz pun dah tahu segalanya tentang aku dan dia. Ya Allah apa perlu aku buat.
Telefon bimbitku berbunyi tanda pesanan masuk. Aku tahu itu dari dia kerana dia tidak berputus asa untuk menelefon aku. Tapi aku satu apa pun panggilan dari dia aku tak angkat.
Dengan malasnya aku membuka juga message itu. Mana tahu dari orang lain.
Awak.. tolonglah jangan macam ni. Benarkanlah saya nak jumpa awak. Saya janji selepas ini saya takkan sakiti awak lagi. Saya tahu awak malu dan maafkan saya jika buat hati awak sakit. Saya sangat ikhlas awak. Tolonglah jumpa dengan saya. Sekali pun cukuplah. – dia
Aku rasa sebak apabila baca message dari dia. Mungkinkah aku yang keterlaluan. Aku hanya ingin lari daripada semua ini. Lari daripada dia. Tapi itu tak mungkin terjadi. Hanya satu cara iaitu selesaikan masalah ini dengan segera.
Jadi aku mengambil kata putus untuk berjumpa dengannya. Apa nak jadi nanti, jadilah.
Petang itu aku berhadapan sekali lagi dengan dia setelah seminggu kami tidak berjumpa. Aku cuba kuatkan hati untuk melihatnya. Yelah aku sangat rindukan dia. Tapi ego aku menepikan segalanya.
“ Mai…” aku hanya tersenyum.
“ cakaplah apa yang awak nak cakapkan.” Ujarku lalu tunduk memandang lantai.
“ sebenarnya awak belum tahu isi hati saya kan? Lagipun saya dah tahu isi hati awak. Jadi saya perlulah menjawabnya. Betul tak?” kata-kata dari dia buat aku mendongak dan melihatnya dengan seribu persoalan.
“ maksud awak?” soalku.
“ awak tak perlu malu dan minta maaf. Awak juga layak berkawan dengan saya. Ini kerana saya juga rasa apa yang awak rasa sebelum ini. Saya tahu saya terlambat kerana baru luahkan. Maafkan saya. Tapi sekarang awak perlu tahu segala-galanya. Boleh kan?” aku terdiam dan membuat anggukan kecil.
“ saya sebenarnya cintakan awak Maizurah.” Aku terkedu. Apakah aku tidak salah dengar. Dia cintakan aku?
“ seriously?” soalku kurang percaya. Mana tahu dia main-main. Dahlah hati aku rasa gembira semacam je ni. Jantung aku ni berdegup kencang sungguh macam baru lepas lari.
“ saya tidak pernah main-main dalam perkara ni Mai. Saya sangat serius dan sebenarnya sudah lama saya rasa perasaan itu Cuma saya tak yakin kerana sebelum ini saya pernah lalui itu. Ternyata itu bukan rasa cinta malahan hanya rasa kasih sayang. Tapi dengan awak lain. Rasa itu seratus peratus hanya dengan awak saja rasa terlebih teruja. Apatah lagi selepas awak luahkan perasaaan awak dekat saya. Masa tu saya sangat yakin akan rasa hati ini. Betul dan saya tegaskan sekali lagi saya cintakan awak.”
Aku sudah tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Aku sangat-sangat terkejut dengan penjelasan dia. Aku juga tak sangka yang kami ni saling menyukai.
Ya Allah adakah doaku di makbulkan.
“ awak… sudi tak awak jadi isteri saya selepas keluar dari kolej ni..” aku tersentak. Adakah ini lamaran?
“ erk…” apa patut aku jawab. Tanganku yang panas tadi bertukar sejuk. Aku memang kalau takut sesuatu,, rasa panas akan bertukar sejuk.
“ a..awak.. beri saya waktu untuk berfikir sebab ketika ini otak saya tak berapa betul sikit. Boleh kan?” soalku.
“ boleh. Walau selama mana pun saya tetap akan tunggu.” Aku hanya tersenyum.
Share this novel