Kriookkk!!!
Aku tersengih sendirian ketika berada di perpustakaan. Perutku sudah berkeroncong minta di isi. Tapi aku tak isi kerana aku tengah menunggu Iz dari tadi. Tak muncul-muncul juga. Hampir sejam juga aku tunggu.
Jam di tilik. Aku mula geram. Mana perginya dia ni. Janji pukul 2. Sekarang dah pukul 3. Memang nak kena minah ni.
Aku mengambil keputusan untuk beredar. Mana tahu dia masih ada di kelas. Kami ni tak sama jurusan. Tapi kami sebilik.
Baru saja aku ingin bangun, bahuku di cuit. Aku menoleh ke belakang dan menjadi kaku sekali lagi.
“ pergi mana?” soalnya. Ternyata si dia. Kenapa ya dia selalu muncul.
Walaupun aku sudah jadi kawan dia, tapi aku masih rasa kekok dan malu ingin berkawan dengannya. Aku rasakan yang kami tidak sesuai untuk berkawan.
“ err…nak cari Iz.” Ujarku sambil tertunduk. Aku tak boleh pandang dia sebab dia boleh buat aku jadi lemah dan hatiku berdetak-detak. Tak boleh.
“ Iz ada beritahu saya yang dia terpaksa balik dulu. Katanya ada hal penting. Dia suruh saya sampaikan maaf kepada awak.” Aku terlopong.
Minah ni memang nak kena. Sebenarnya Iz dan si dia ni sama kelas. Sebab tu mereka boleh sampaikan pesan. Aku jadi sedih jugalah sebab kadang-kadang je aku sama kelas dengan dia ni. Tapi tak mengapalah sebab aku tak akan jadi terlebih angau. Hehe…
“ awak ok?” aku tersentak. Alamak! Dia Nampak aku senyum ke?
“ maaf. Saya pergi dulu.” Ujarku dan mengambil buku di atas meja untuk di pulangkan.
“ boleh kita makan sama-sama? Awak belum makan kan?” langkahku terhenti.
“ tak usahlah. Lagipun saya nak cepat ni. Maaf.” Terus aku tinggalkan dia dalam keadaan terpinga-pinga. Maafkan saya awak. Saya tak boleh terima perlawaan awak sebab saya tak nak kalau saya akan lagi jatuh cinta dekat awak.
Sekarang perasaan saya belum sampai tahap itu. So ok lagi lah kan? Hurmm…
Share this novel