Aku tak tahu kenapa dari tadi aku rasa berdebar-debar dan rasa tidak sedap hati. air mataku juga tadi tiba-tiba mengalir tanpa sebab. Walaupun sedikit tapi itu aneh. Aku rasa sebak dan sedih sekali. Tapi kenapa?
Kini aku dalam perjalanan pulang ke kampong halamanku bersama Iz. Hanya dialah kawan yang aku ada.
“ kau tak apa-apa?” soal Iz tiba-tiba.
“ aku okey. Kau jangan risau.” Ujarku. Aku sebenarnya rasa tidak okey. Kerana dua sebab. Pertama kerana dia yang tidak hadir tadi. Kedua adalah apa yang terjadi di kampungku. Aku inginkan jawapan tapi aku tak tahu apakah. Sesiapa boleh tak tolong aku berikan jawapan.
“ Mai… soal dia..”
“ tolong jangan cakap pasal dia. Aku dahlah risau ni dan rasa geram dan bengang kerana dia tak datang pun tadi dikafe. Aku rasa kecewa sangat. Aku tahu mungkin dia tak sanggup menunggu dan mungkin juga dia ingin membalas dendam terhadap aku. Tapi wajarkah buat begitu. Lagipun dia yang kata sanggup menunggu. Tak sangka dia bukanlah begitu setia.” Pintasku dan sekali lagi selepas aku berkata begitu, air mataku mengalir. Rasa sebak hadir di hati ini.
“ aku minta maaf kerana ungkit pasal itu. Aku tak bermaksud untuk sakiti hati kau.” Ujar Iz bagi memohon maaf. Aku tersenyum hambar.
“ tak mengapalah. Kau tak salah. Aku yang salah. Lagipun memang ya dia bukan jodohku. Tak apalah. Walaupun dia teristimewa di hatiku tapi adakah aku juga teristimewa di hati dia? Tiada siapa yang tahu kecuali Allah.” Ujarku.
Iz hanya tersenyum dan menumpu kepada pemanduan. Aku tak tahulah Iz. Mungkin salahku juga atau kami dua-dua salah. Entahlah.
Share this novel