BAB 5

Romance Completed 15422

Aku dalam keadaan yang serba salah dan stress. Soalan dari dia pada beberapa hari yang lepas aku belum jawab. Itu juga buat aku rasa macam-macam. Sampai aku hilang focus terhadap pelajaran. Mujur jugalah peperiksaan sudah habis.

Dan dalam beberapa hari itu juga aku sering mengelak daripada berjumpa dengan dia. Aku jadi malu dan kalau aku berdepan dengan dia aku akan kelu seribu bahasa. Sungguh selepas dia beritahu aku perasaan dia, aku rasa macam perasaan lain yang hadir. Rasa bahagia dan terharu. Adakah betul dia jodoh ku Ya Allah. Berilah petunjuk-Mu.

Kalau masuk hari ini. Sudah seminggu aku belum beri jawapan. Aku sangat perlukan ayah dan mak sekarang. Ya aku harus menelefon mereka. Itu sajalah caranya.

“ Mai..ada orang nak jumpa kau kat bawah.” Maklum Iz. Aku berkerut dahi.

“ siapa?” soalku. Iz tersengih.

“ orang yang tak sabar ingin tahu jawapan kau.” Aku tersentak. Ya Allah apa perlu aku buat ni. Aku masih belum ada jawapan yang pasti.

“ dia kata kalau kau tak mahu turun, dia akan tetap tunggu.” Ujar Iz lagi dan buat aku mengendap di tingkap.

“ turun je lah.” Aku mengeluh dan mengangguk.

Apabila berhadapan dengan dia aku menjadi kelu seribu bahasa. Kan aku dah kata sebelum ni. So percaya?

“ maaf jika saya ganggu awak.” Ujarnya. Aku tersenyum kecil.

“ taklah. Buat apa awak nak jumpa saya?” soalku. Aiyoo.. Mai. Dah tahu buat Tanya pula.

“ awak bukan dah tahu ke tujuan saya datang.” Aku menggerutu dalam hati. Tengok kan dah kena balik. Haish…

“ maaf lah buat awak tertunggu jawapan saya. Tapi saya belum bersedia untuk menjawab. Boleh awak beri saya tempoh lebih lama sikit. Lebih kurang lima bulan dari sekarang. Tu pun kalau awak setia dan sanggup menunggu.” Ujarku. Apa betul ke ni Mai. Lima bulan. Lama tu. Biarlah aku nak tengok juga selama mana dia boleh bertahan. Orang lelaki ni mana boleh percaya sangat.

“ baiklah .saya terima cadangan awak. Dan ingat saya akan tetap tunggu selama mana pun demi awak.” Aku terkedu. Sungguh serius percakapannya macam amaran pun ada juga.

“ maaf jika awak tak suka. Tapi ini demi masa depan saya. Walaupun awak tahu saya cintakan awak. Tapi saya masih belum dapat buat keputusan dengan betul. Lagipun kita masih muda dan saya juga perlu mencapai cita-cita.” Jelasku agar dia tak tersalah faham.

Dia tersenyum lalu mengangguk.

“ saya faham dan saya bangga dengan awak. Kalau orang lain mesti dia tidak akan buat macam awak. Baiklah saya akan tunggu. Assalamualaikum.”

“waalaikumussalam dan terima kasih sekali lagi.” Ujarku sambil tersenyum. Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Aku harap apa yang aku buat ni betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience