BAB 1

Romance Completed 15422

Di bawah sinaran ungu
Kau persembahkan syairmu untukku
Gemalai tarimu bagai
Sang pari-pari turun ke bumi

(Oh) Menjelmalah kau dari maya
Hiburkanlah hatiku gundah
Jangan biarkan aku... keliru
Memburu... dirimu

Masih berlegar di antara mimpi
Bagai nyata kau hadir dan bersenda
Telah kuhulurkan kasihku padamu
Tak kau genggam jiwaku yang tercengkam
Aku yang terseksa
Aku tersenyum saat mendengar ayat-ayat itu dari seseorang yang begitu ku sukai. Ayat-ayat itu adalah dari lagu kesukaanku, iaitu Syair Si Pari-Pari daripada kumpulan lagenda Slam. Sungguh puitis sekali lirik lagu ni.
Aku juga tak habis fikir. Yelah ‘dia’ tu aku tak fahamlah macam mana. Adakah dia mempunyai perasaan terhadap aku? Aku pun tak tahu. Sebenarnya aku juga tidak pernah sekalipun beritahu dia tentang perasaan aku. Aku malu dan tak layak.

Yelah ‘dia’ tu baik, hensem, orang terhormat dan terkenal di kolej ni. Jadi aku sama sekali tak sesuai dengan dia. Nak tahu macam mana aku boleh berkenalan dan berkawan dengan dia? Ada kisahnya.

“ Ya Allah Iz..aku terlupa.” Aku mula bergerak semula ke kelas.
“ lupa apa?” Iz kejar aku dari belakang. Aku tidak hiraukan dia dan berjalan menuju ke kelas.

Sekarang aku hanya fikirkan barang yang telah aku tinggalkan di kelas. Barang itu adalah buku aku. Boleh dikatakan diarilah sebab banyak perkara yang aku catatkan dalam itu. Ya Allah, harap-harap tiada siapa yang akan ambil dan membacanya. Kalau tidak rahsia yang aku jaga dengan rapi itu akan terbongkar.

Sampai saja ke kelas, aku menuju ke tempat di mana aku duduk tadi. Dan di situ terdapat seorang pelajar lelaki. Dia sedang memegang sesuatu. Jangan-jangan..

“ maafkan saya. Boleh tak tolong pulangkan buku saya?” soalku apabila aku pasti itu buku aku.

Apabila dia memusingkan badan ke arahku, aku jadi kaku. Ternyata dia adalah orang yang aku sukai.

“ mujur awak datang dan mujur juga saya jumpa. Kalau tidak buku awak akan hilang.” Ujar ‘dia’.

Aku tersenyum kecil.

“ terima kasih.” Ucapku lalu mengambil buku itu dari tangannnya. Perasaanku ketika ini jangan cakaplah. Macam nak pecah je jantung aku ni. Terlalu cepat denyutannya.

“ erk..awak tak baca kan isi dalamnya?” soalku ragu-ragu. Yelah mana tahu dia ada terbaca ke. Naya aku. Nanti dia akan tahu.

“ tak. Saya belum sempat buka sebab awak datang.” Jawapannya cukup melegakan hatiku.

“ terima kasih sekali lagi. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

“ waalaikumussalam.”

Aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku takut aku tak dapat kawal diri. Iz yang sedari tadi ikuti aku hanya mendiamkan diri. Dia pun tidak tahu perasaan aku terhadap si dia itu.

Biarlah ia menjadi rahsia. Hanya aku dan Dia saja yang tahu. Itu lebih baik kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience