BAB 8

Romance Completed 15422

Patutlah aku asyik rasa berdebar dan selalu je nak nangis. Ini rupanya. Dua buah keluarga datang merisik ke rumah aku. Dan aku tak sangka adalah salah seorang dari mereka adalah si dia. Aku tak tahu pula dia datang meminang.

Dan perlakuannya aku tidak dapat maafkan kerana dia langsung tak khabarkan aku tentang kedatangannya itu. Sekurang-kurangnya janganlah buat aku tertunggu di kafe macam cari anak yang hilang.

Dan seorang lagi adalah senior aku. Kenapa mereka datang pada masa ini. Patutlah juga ayah kata soal hidup atau mati. Ya Allah bantulah aku. Aku memang sudah ada jawapan untuk dia tapi kenapa dia buat aku macam ni. Arrgghhh!!!

Boleh pengsan aku macam ni. Dahlah sakit kepala aku belum hilang dengan masalah dia. Ni datang pula dengan masalah baru. Payah juga kalau nak kahwin ni. Perlukan banyak kesabaran.

Mujur juga sekarang pengajian aku sudah tamat. Cuma tunggu keputusan je lagi. Lega jugalah kerana aku ada kawan dan ibu bapa yang sentiasa menyokong. Aku hanya tersenyum saat mereka bertanya kepada aku tentang masalah ini. Biarlah dulu.

Aku belum ingin beritahu. Dan dia lah buat aku tak jawab soalan dia. Aku sudah cukup bersedia sebelum ni dan dia buat aku kecewa. Sekurang-kurangnya tinggalkanlah pesanan atau pun balas lah message aku tu. Ni tak. Hurm…

“ Mai..” suara mak menyentakkan lamunanku.

“ kamu ada masalah ke?” soal mak. Aku hanya tersenyum.

“ entahlah mak. Mai rasa tak tentu arah je sekarang ni. Mai peninglah dengan semua ini.” Luahku.

“ Mai. Apa masalah kamu. Cuba beritahu mak. Mana tahu mak boleh tolong selesaikan.” Aku tersenyum.

“ mak.. tentang pinangan tu kan… mak rasa yang mana sesuai?” soalku.

“ entah. Mak tak boleh berikan jawapan kerana ini soal kehidupan kamu. Masa depan kamu. Demi kebaikan kamu. Mak tak boleh nak tentukan.” Aku mengeluh sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“ tak baik mengeluh. Kenapa ni? Mak tengok Mai ni macam ada satu masalah yang berat.”

“ betul tu mak. Sebenarnya Mai tak tahu nak beri jawapan apa terhadap pinangan itu. Dan satu lagi adalah seorang daripada mereka telah buat Mai kecewa dan geram. Mai sebelum ni dah cukup bersedia untuk jawab soalan dia tu tapi dia buat Mai kecewa.” Luahku lalu tersenyum kecil.

“ siapa yang Mai maksudkan tu?” soal mak. Aku tersenyum. Aku tahu sebut dia dan dia je. Nama tak pernah sebut pun. Manalah mak aku tak pening.

“ Haffi. Ingat?” soalku kembali. Mak kembali senyum apabila ingat siapa Haffi itu.

“ mak tengok dia baik. Mak rasa dia ada perasaan terhadap kamu.” Ujar mak dan membuat aku tersenyum sinis.

“ baik? Betul lah tu. Ada perasaan? Itu betul juga tapi kenapa dia buat Mai begitu. Dia buat Mai tertunggu-tunggu di kafe keseorangan. Tanpa berita atau apa-apa. Tup-tup dia datang sini. Mana lah Mai tak bengang mak.” Ujarku kurang berpuas hati.

Bahuku di usap perlahan.

“ sabar Mai. Mungkin itu dugaan untuk orang yang bakal berkahwin kowt..” ujar mak lalu tertawa kecil. Mengusik lah tu.

“ orang serius lah mak.” Ujarku serius.

“ ok-ok. Mak tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi kamu kena juga selesaikan dan berhadapan dengan dia sendiri. Kalau tidak sampai bila-bila pun masalah ini takkan selesai. Mak pergi dapur dulu.” Ujar mak lalu keluar dari bilikku.

Kata mak aku sebentar tadi tu ada benarnya juga. Aku harus berjumpa dengan dia untuk rungkaikan segala persoalan ku ini. Tapi kalau dia marah-marah aku pula. Apa aku harus jawab. Alah.. pandai-pandailah lagipun bukan salah aku pun. Huhu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience