Sekarang aku mampu tersenyum senang. Segala perkara yang buat aku pening sebelum ini sudah pun selesai. Hanya perlu beritahu je. Alhamdulilah. Selama seminggu aku berfikir dan melakukan solat istikharah, aku dapat jawapan yang pasti. Pastinya ia tidak mengecewakan.
Hari ini juga tibalah untuk aku berikan jawapan kepada mereka yang sudah tentu tidak sabar. Iz dan ibu bapaku tak habis-habis memujuk agar beritahu apa jawapan aku. Aku hanya tersenyum sebab biarlah rahsia. Hehe…
“ oit. Sudah bersedia?” soal Iz. Aku yang sedang bersiap-siap hanya mengangguk. Sudah tiba masanya.
“ aku takutlah.” Ujarku dan seperti yang korang ketahui. Tanganku bertukar sejuk secara spontan.
“ rilekslah. Kau boleh lakukan. Jomlah ke depan. Semua orang sudah tunggu tu. Ramai gak.” Aku tersentak.
“ kau biar betul.” Ujarku tak percaya. Katanya hanya dua orang je. Iz tersengih.
“ tak haih. Aku gurau je. Cuma aku,ibu bapa kau, ibu bapa Haffi dan dia, ibu bapa senior tu dan senior tu sendiri. Apa nama dia?” soal Iz kembali. Aku menepuk dahi. Sudah berapa kali aku beritahu dia tapi masih tak ingat juga.
Baru tadi dia Tanya aku dah tu boleh lupa pula. Teruk betul.
“ kau ni kan Iz a.ka. Izzah. Memang kena jumpa doktorlah.” Ujarku. Iz hanya tersengih. Lama juga aku tak sebut nama penuh dia. Lagipun dia yang suruh aku panggil Iz. Mesti korang ingat sebelum ni Iz adalah lelaki.
“ ala.. bukan lupa. Cuma nama dia tu susah sikit nak sebut. Jadi aku susah nak ingat.” Iz..Iz…
“ nama dia Yazdan.” Beritahuku.
“ ha Yazdan. Tengok susah tu nak sebut.” Aku hanya menggeleng-geleng tanda macam-macam.
“ sudahlah aku nak gerak. Kalau aku layan kau lagi lama aku duk kat sini.” Iz hanya tersengih.
Lalu kami berdua pun berlalu ke ruang tamu. Aku tahu semua mata terarah ke arahku. Aku hanya mampu tersenyum tapi dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.
“ Mai. Sudah bersedia?” soal ayahku. Aku hanya mengangguk dan memandang mak. Mak hanya mengangguk tanda menyokong.
“ baiklah. Sebelum saya jawab, saya nak Tanya satu soalan boleh?” soalku sambil memandang Haffi dan Yazdan silih berganti. Anggukan mereka buat aku tersenyum.
“ satu je saya nak Tanya. Kenapa korang pilih saya sebagai isteri? Kenapa tidak orang lain?” soalku.
“ sebab saya cintakan awak dan saya rasa awak orang yang sesuai jadi isteri saya dan ibu yang baik untuk anak-anak saya.” Itu adalah jawapan Yazdan. Aku mengalih pandangan kea rah dia pula.
“ saya pilih awak sebab saya cintakan awak. Saya cintakan awak dan ingin kahwini awak kerana Allah. Kerana Dialah mempertemukan kita. Supaya awak dapat menjadi isteri dan ibu yang solehah. Dan awaklah jodoh yang ditentukan Dia untuk saya.” Jawab dia dengan yakin. Aku tersenyum saat mendengar jawapn mereka.
“ baiklah saya sudah ada jawapan. Mak, ayah, ikut Mai ke dapur jap.” Suruhku dan kami sama-sama menuju ke dapur.
“ kenapa ni? Mai masih belum dapat jawab ke?” soal mak. Aku menggeleng.
“ bukan. Mai dah ada jawapan dan jawapan mereka tadi buat Mai lebih yakin akan jawapan Mai.” Ujarku.
“ jadi apa pilihan Mai. Nanti ayah akan beritahu mereka.” Aku tersenyum.
“ pilihan Mai adalah…”
Share this novel