BAB 3

Romance Completed 15422

Boleh kita berjumpa? Please… saya perlu beritahu awak satu perkara. – si dia…

Aku memang terkejut gila saat terima message dari si dia. Aku tak tahulah macam mana dia dapat tahu nombor aku. Katanya dari Iz.

Apa perlu aku balas ni? Ha Tanya Iz.

“ Iz… aku nak terima ke tak perlawaan si dia tu. Dia ajak aku berjumpa.” Soalku kepada Iz yang sedang khusyuk membaca itu.

“ aku hairan lah dengan kau ni. Kenapa kau panggil dia tu dengan panggilan ‘ si dia’. Sedangkan dia ada nama?” soal Iz kembali. Haih dia ni. Orang Tanya dia, dia Tanya kita balik.

“ ikut suka akulah. Cepatlah berikan jawapan.” Gesaku.

Iz menutup bukunya dan memandang aku tepat.

“ terima je lah”

Aku tak boleh menolak nampaknya. Lagipun Iz sokong. Dia juga sudah banyak kali ajak aku. Tapi aku yang tolak.

Boleh. Kita jumpa di kafe pada pukul 3 petang. – Mai

Terima kasih. Baiklah. Saya akan tunggu di sana. – si dia. Aku hanya tersenyum.

Aku harap aku dapat kawal debaran di hati yang semakin menjadi-jadi ini.

Sampai saja di kafe, aku dapat lihat si dia sedang minum dan apabila dia ternampak aku, dia melambai-lambai tangannya sambil tersenyum. Aku hanya mampu membalas senyuman dalam hati.

“ ada apa awak nak jumpa saya?” soalku apabila berhadapan dengannya.

“ sekurang-kurangnya pesanlah minuman dulu.” Aku hanya tersengih. Malu kowt.. aku rasa pipi aku ni dah merah tahan malu.

Selepas membuat pesanan, aku kembali ke tujuan asal.

“ jadi boleh kan kita straight to the point.” Ujarku sambil menatapnya. Walaupun di luar aku serius. Tapi dalam hati Allah saja yang tahu. Begitu kencang debaran di dada ni. Aku rasa nak lari je. Huhu..

“ kita kawan kan? Dah lama kan?” soalnya tiba-tiba.

“ erk..memang kita kawan tapi baru je. Dan kita bukan rapat sangat pun kan?” soalku kembali. Aku tak mahu dia salah sangka dan aku takut kalau dia cakap yang dia nak putuskan hubungan ni atau cakap tentang soal lain. Sebab aku tak nak kalau dia putuskan hubungan persahabatan ini. Walaupun dia hanya anggap aku sebagai kawan. Tapi aku sukar untuk beranggapan begitu. Argghh!!! Be positif Mai.

“ memang kita baru berkawan. Dalam dua bulan. Kita juga bukan rapat. Betul tu. Tapi saya pelik. Setiap kali saya cuba rapat dengan awak, awak seperti mengelak. Kenapa ya?” aku tersentap.

Ku telan air liur yang aku rasakan sangat pahit ketika ini. Betul ke macam tu… memang ya sebab aku tak nak kalau aku sorang je yang terlebih perasaan dekat dia. Tapi dia siapa yang tahu.

“ maaf. Saya masih belum dapat menyesuaikan diri sebab awak kan orang famous kat sini. So saya jadi kekok lah sikit. Maaf..” aku memberikan alasan. Itu adalah antara sebabnya. Punca utama adalah rasa cinta di dalam hatiku ini. Macam manalah aku nak kau faham.

Aku melihat dia tersenyum. Senyuman yang aku rasakan sangat manis.

“ sebenarnya awak tak perlu rasa macam tu. Lagipun saya bukannya famoust sangat, itu pun sebab ayah saya orang kuat di sini.” Ujarnya. Aku hanya berdiam diri.

Selepas itu pesanan pun sampai. Selepas aku ucapkan terima kasih kepada pelayan, aku terus menatap dia dan aku sangat malu kerana dia sedang melihatku dengan perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan ketika ini.

“ boleh tak awak jangan tenung saya macam tu?” soalku geram apabila dia asyik melihatku sampai aku nak buka mulut pun tak boleh.

“ maaf. Tapi awak ni comel sangat.” Aku tersentak. Ya Allah. Kenapa dia kata begitu. Dahlah jantung aku ni macam nak terkeluar saat dia keluarkan ayat begitu.

“ sekarang, awak nak cakap apa?” soalku apabila aku dapat mengawal diri daripada malu.

“ baiklah. Saya kembali ke tujuan utama. Tunggu kejap.” Ujarnya lalu mengeluarkan sesuatu dari begnya.

“ nah..” hulurnya sepucuk surat kepadaku. Haih…macam kenal je surat ni.

“ surat itu saya belum sempat ingin pulangkan kepada awak sebab tiada peluang. Dan maaf sekiranya saya ambil tanpa pengetahuan awak.” Aku tersentak.

Jadi betullah sangkaan aku tadi yang surat itu dari diari aku. Ya Allah malunya aku. Apa agaknya isi dia.

“ maaf sekali lagi. Masa awak ambil diari tu, ada sepucuk surat jatuh. Saya nak pulangkan tapi apabila saya mendongak awak dah menghilang. Jadi saya biarkan.” Aku terdiam. Macam manalah macam tu pun boleh tercicir. Mai… Mai…

“ sebenarnya saya suka puisi tu. Terima kasih sangat-sangat. Untuk saya kan?” aku terlopong. Betul ke itu puisi.

Pantas aku buka lipatan surat itu.

Pertama kali aku melihat kau
Aku kelihatan kata-kata
Aku hanya mampu melihat dari jauh
Aku tak sangka juga yang kau adalah orang famoust
Sebab itulah aku pun boleh terpegun melihat kau
Aku juga tak tahu bila rasa ini muncul
Tapi aku sangat jelas yang rasa ini hanya muncul apabila bersamamu
Aku keliru dan perlukan jawapan
Namun selepas terserempak sekali lagi dari jauh
Aku sangat yakin yang rasa itu memang benar
Aku memang tidak dapat nafikan lagi
Kau sungguh teristimewa buatku
Jika berkesempatan ingin saja aku luahkan rasa yang bertandang di hati ini
Tapi aku tak mampu
Jadi aku luahkan saja di sini

Aku cintakan kau HA

Selepas membaca, aku dapat rasakan yang pipi aku merah. Malu sangat aku rasakan. Dia sudah tahu isi hatiku. Ya Allah apa perlu aku buat ni. Nak lari boleh? Patutlah surat ini aku cari sebelum ni tak ada. Rupanya di tangan dia. Apalah nak jadi dengan aku ni.

“ awak…” panggilannya itu boleh buat aku pengsan.

“ maaf. Dan saya tak tahu ingin jelaskan apa pada awak. Tapi awak lupakanlah apa yang awak baca ni. Saya harap awak tak keliru hanya kerana surat ini. Maaf saya terpaksa pergi dulu.” Aku terus bangun dari kerusi dan menuju keluar kafe. Kalau boleh mahu je aku menghilang diri macam buih. Tapi aku ni hanya manusia biasa.

“ awak…Mai..” panggilan dari dia aku tidak hiraukan. Biarlah apa orang nak kata. Yang aku tahu kini aku sangat malu dengan dia dan diri sendiri. Huhu…

Belum sempat aku ingin menuju ke persimpangan jalan, tanganku di tarik. Siapa lagi kalau bukan dia.

“ lepaskan saya.” Arahku.

“ kenapa awak lari?” soalnya sambil memandang ke arahku dengan serius.

“ lepaskan tangan saya dulu.” Ujarku dan dia menurut arahan.

“ awak… sebenarnya kalau boleh saya nak menghilang diri begitu saja macam buih. Tapi saya tak boleh sebab saya manusia yang lemah. Saya juga ingin minta maaf kepada awak dan saya mengaku yang saya cintakan awak. Maafkan saya kerana terjatuh hati kat awak. Saya tahu mungkin saya peminat ke 100 atau 200 awak. Tapi bagi saya, saya bukan peminat awak mahupun kawan kerana kita banyak perbezaan. Apatah lagi dari segi latar belakang. Jadi tolong, jangan cari atau ganggu saya lgi selepas ini. Terima kasih.” Jelasku dengan panjang lebar kepada dia dengan tegas.

Aku tak mampu lagi berhadapan dengannya jadi aku lari ke persimpangan jalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sangat malu… biarlah selepas ini aku tidak dapat berjumpa dengan dia lagi. Asalkan rasa malu aku ni hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience