BAB 6

Romance Completed 15422

Hari ini genaplah lima bulan dan hari ini adalah hari aku memberikan jawapan yang pasti kepada dia. Aku Berjaya dapat jawapan ini dengan bantuan ibu bapa ku dan Iz. Aku sangat berterima kasih kepada mereka. Dan tanpa bantuan Allah. Aku juga takkan dapat jawapan.

Selama lima bulan ini juga aku tidak langsung berjumpa mahupun bermesage dengan dia. Aku lebih selesa begitu.

Selepas menghantar pesanan kepada dia supaya tunggu di kafe, aku mula bersiap. Aku tahu dia akan tahu walaupun dia tidak membalas message aku. Tidak mengapa. Asalkan aku dapat berikan jawapan kepadanya.

Aku melihat sekeliling kafe itu tapi kelibat si dia masih belum kelihatan di mana-mana. Adakah dia tidak dapat pesanan ku. Hampir 3o minit juga aku menunggu tapi dia tetap tak muncul. Adakah dia sudah berputus asa. Adakah dia bukan seorang lelaki yang aku sangka. Dia bukan setia?

Aku tak tahu yang mana jawapannya dan aku tak nak ambil tahu. Yang aku nak sekarang adalah dia. Aku nak dia berada di hadapan mataku. Mungkin juga ini balasanku kerana beri dia masa yang lama untuk menunggu. Tapi dia juga kena lah faham. Aku ni dahlah perempuan.

Dimanakah kau? Muncullah. Kalau tidak aku akan balik dengan seribu kehampaan dan seribu persoalan.

Sekali lagi aku menghantar pesanan untuknya dan masih belum mendapat balasan. Mungkin dia tertinggal henset. Argghh!!! Apa semua ini.

Tiba-tiba telefon aku berdering supaya minta diangkat. Adakah dia. Tapi malangnya bukan kerana Iz yang menelefonku. Pantas aku menjawab panggilan itu.

“ helo..”

“helo. Kau di mana ni?” soal Iz dengan cemas. Kenapa pula ni?

“ aku kat kafe. Kenapa?” soalku kembali. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

“ ayah kau telefon tadi. Dia suruh kau balik. Katanya ada hal penting. Soal hidup dan mati.” Aku tersentak . Ya Allah apa yang terjadi di kampungku.

“ kenapa ayah aku tak telefon aku terus?” soalku lagi dan bergerak keluar dari kafe.

“ katanya tak sempat. Lagipun hanya nombor aku yang ayah kau Nampak. Jadi kau baliklah sekarang.”

“ok. Aku dalam perjalanan. Bye..”

“ok bye”

Aku mengalih pandangan ke belakang sekali lagi. Mana tahu dia ada tapi hampa kerana dia langsung tidak muncul. Mungkin dia bukan jodohku. Tawakal je lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience