BAB 9

Romance Completed 15422

Aku dan Iz keluar ke Bandar bagi menemui si dia. Aku inginkan segalanya selesai. Dan ajakan ini pun Iz yang rancang. Aku langsung tak bermesage mahupun bercakap dengan dia melalui telefon. Iz yang ajak. Ikut sukala dia nak marah kea pa ke. Aku tak kisah.
Ya aku tahu aku sangat ego tapi aku juga ada perasaan dan hanya demi dialah aku jadi macam ni. Kerana rasa cinta yang hadir ini. Huhu…

“ Mai. Dia ada dalam kedai mamak tu. Kau masuklah.” Suruh Iz. Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya sebelum aku keluar.

“ terim kasih Iz. Kalau berlaku apa-apa ke kau keluar ya?” Iz hanya mengangguk.

“ good luck.” Aku hanya tersenyum dan keluar dari kereta.

Sekarang macam-macam perasaan ada. Berdebar-debar, takut dan tangaku bertukar menjadi sejuk. Haisehh… macam mana lah kalau berhadapan dengan dia.

Apabila aku sampai saja di belakang dia, aku berdiri kaku di belakangnya. Latar belakang dia walau sampai bila-bila pun aku tetap akan ingat. Dan aku sangat rindui dia. Ya sangat merindui kau.

“ awak…” panggilku dengan perlahan. Entah ya atau tidak dia dengar.

Dahlah suara aku ni pun macam tak nak keluar je. Tersekat di kerongkong pula.

Dia masih tak menoleh. Memang suaraku sangat perlahan lah tadi. Cuba lagi Mai.

“ awak…” kali ini suaraku sedikit kuat. Aku harap dia dengar dan apabila dia menoleh. Aku jadi kelu. Ya. Wajah itulah yang selalu muncul dalam mimpi aku sebelum ini.

“ duduklah.” Ujarnya dan aku hanya menurut.

Aku tak berani nak tengok muka dia sebab macam serius je. Aku buat dia marah ke. Sepatutnya aku yang marah.

“ awak nak makan?” soalnya. Aku mendongak dan menggeleng. Aku tiada selera.

“ minum?” tak faham-faham lagi nampaknya dia ni.

“ tak dan tak. Saya dah kenyang dan tiada selera.” Balasku sedikit tegas. Biarlah dia nak kata apa pun aku tak kisah. Sekarang rasa geram itu muncul kembali.. rasa malu dan takut sedikit hilang.

“ bagi tak ingin buang masa awak, saya akan terus ke point utama.” Ujarku dengan serius. Dia hanya menatap tanpa anggukan.

“ saya tak tahulah awak ni macam mana. Saya tahu kali terakhir awak kata dekat saya awak akan tunggu selama mana pun untuk mengetahui jawapan saya. Saya sangat percaya. Tapi kalau awak tipu, saya tak tahulah. Dan beberapa hari yang lepas saya sangat kecewa dan hampa dengan awak. Saya tak tahu kenapa . saya salah kah atau saya terlalu mengharap dekat awak?” jelasku dan di akhir ayat aku soalnya kembali.

Dia hanya tersenyum.

“ awak tak salah dan saya tak tipu. Saya memang akan tunggu awak selama mana pun…”

“ tapi kenapa awak tidak datang pada hari itu di kafe. Saya sudah maklumkan kepada awak.” Pintasku. Aku rasa sebak tiba-tiba.

“ Mai. Maafkan saya. Saya tak bermaksud untuk tidak hadir tapi..”

“ kenapa? Sampai beberapa jam saya tunggu sampailah Izzah telefon saya. Katanya ayah saya telefon dan ada hal penting sampai melibatkan soal hdup dan mati. Saya ingatkan apalah tapi berita itu sangat mengejutkan saya. Ada dua orang datang meminang. Kenapa awak bertindak melulu dan kalau ye pun janganlah buat saya tertunggu-tunggu di kafe tu macam nak cari anak orang.” Luahku geram. Air mata mula bergenang di tubir mata. Aku tak nak menangis kerana dia. Cukuplah sebelum ini aku pernah menitiskan air mata dan aku rasa kerana dia.

Aku lihat dia mengeluh lalu meminum air.

“ awak. Boleh tak tolong dengar saya cakap sampai habis dulu. Tolong jangan pintas kata-kata saya. Boleh kan?” soalnya. Aku terkena balik lah ni. Ok fine!

Aku hanya mengangguk.

“ mula-mula sekali saya nak minta maaf sangat-sangat kat awak kerana buat awak tertunggu. Saya tahu saya salah. Dan pesanan awak pun saya dah baca. Sebenarnya petang tu memang saya dalam perjalanan pergi jumpa awak. Tapi saya dapat tahu ada orang datang meminang awak.” Aku tergamam.

“ macam mana awak boleh tahu?” soalku terus.

“ senior yang datang meminang awak tu sebenarnya kawan saya.” Aku tersentak.

“ sebab itulah saya dapat tahu dan saya pun berpusing balik ke rumah. Masa itu memang saya nak beritahu awak tapi handset saya tertinggal. Kebetulan juga ibu dan ayah saya tiada di rumah. Jadi saya terus pergi ke rumah awak dengan bantuan adik saya. Mujur jugalah ibu dan ayah saya tidak jauh lagi dari kawasan perumahan.” Aku terkedu. Jadi adakah aku yang tersalah faham.

“ tapi sekurang-kurangnya pinjamlah henset adik awak tu. Tak boleh ke?” soalku masih tidak berpuas hati. tiba-tiba dia tersengih.

“ ala… maaf. Saya tak teringat. Lagipun masa tu saya Cuma fikirkan awak dan merisik tu. Saya dah tak ingat lagi soal tu. Maaf erk..” mohonnya. Jadi sekarang, siapa salah sebenarnya. Hurmm..

“ awak cakap senang lah. Saya tahu awak sudah lama tunggu jawapan saya tapi saya lagilah. Dan saya minta maaf juga kerana salah sangka kat awak. Kalau awak tak lupa soal itu tak lah saya jadi macam ni sekarang.” Ujarku lalu memandang ke tempat lain.

“ maaf sangat-sangat. Saya takut sangat kalau awak terlepas ke tangan orang lain. Sebab itu saya jadi macam tu.” Aku tersenyum dalam hati.

“ tapi boleh ke saya jadi hak milik orang lain tanpa persetujuan saya cik oii.. lagipun mak dan ayah saya akan Tanya persetujuan saya dulu. Siapa orang yang buat anak dia ni angau dan jadi runsing kerana seseorang.” Perliku sambil tersenyum.

“ manalah tahu orang tu akan terima gara-gara seseorang tu tidak datang ke kafe.” Amboi perli balik Nampak.

“ awak ni pandai kan?” aku mengecilkan mata melihat ke arahnya.

“ pandai kenapa pula. Saya ni kan memang cerdik dari awak. So?” aku mencebik.

“ jadi sekarang awak dapat maafkan saya?” soalnya.

“ entahlah. Untuk pengetahuan awak, hati saya masih sakit dan saya tak tahu kenapa tanpa sebab saya mengalirkan air mata kerana awak. Kiranya penangan awak ni memang hebat ya.” Ujarku serius. Memang betul. Walaupun dia sudah jelaskan segalanya tapi tidak mudah untuk aku maafkan dia begitu saja.

“ awak… maafkan saya. Saya tak sangka awak akan mengalirkan..”

“ cukup. Jangan ungkit tentang itu lagi. Saya dah tak nak dengar. Sekarang saya masih perlu fikirkan tentang kehidupan saya. Dan tolong jangan cari saya buat masa ini kerana saya amat perlukan masa untuk berikan jawapan semula.” Pintasku lalu bangun berdiri.

“ Maizurah. Saya minta maaf sangat-sangat. Baiklah kalau itu yang awak nak saya akan tunggu. Ambillah sebanyak mana pun masa yang awak nak. Saya sanggup tunggu.” Balasnya sambil berdiri.

Aku hanya tersenyum lalu beredar pergi ke kereta Iz. Dari jauh aku dapat lihat isyarat Iz yang membuat tanda Tanya itu. Aku hanya tersenyum.

“ kenapa? Tadi aku tengok dia kejar kau dan lihat kau dengan penuh perasaan.” Ujar Iz apabila aku masuk ke dalam kereta.

“ biarlah. Lagipun aku sudah tahu segalanya.” Luahku lalu menyandarkan badan.

“ apa kisahnya?” aku mengalih pandangan kea rah Iz.

“ nantilah aku beritahu. Jom balik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience