BAB 6

Crime Completed 8315

Hanis mengambil perencah rendang dari rak dan letak di dalam bakul. Malam ni boleh la masak. Lagipun dah lama juga dia tak masak rendang. Dalam hati berkira-kira nak mengajak Maya iaitu teman baiknya untuk datang ke rumah. Dah lama juga Maya tak menjengukkan diri ke rumahnya.

Hanis tunduk bila tali kasut sneekers yang dipakainya terlerai dari ikatan. Tiba-tiba rak yang berada di sebelahnya meletup. Pecah berderai botol-botol kaca. Hanis terkejut. Kenapa ni? Suasana di pasaraya besar itu bising. Orang ramai bertempiaran lari bila beberapa das tembakan dilepaskan. Badan Hanis menggeletar. Kakinya keras. Dia tak berani untuk bangun. Takut kalau peluru itu akan mengenai dirinya. Mujurlah dia tunduk tadi untuk membetulkan tali kasut. Kalau tidak, pasti tubuhnya sudah terbujur kaku saat ini.

Hanis merangkak. Matanya mencari pintu keluar. Tiba-tiba pandangannya terhalang dengan dua susuk tubuh besar di hadapannya. Dua-dua pakai topeng hitam.

Nafas Hanis bagaikan mahu terhenti bila dua orang lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai pistol. Maknanya diorang ni la yang lepaskan tembakan tadi? Tapi kenapa? Mahu merompak pasaraya ni? Atau memburunya? Peluh sudah memercik di dahi Hanis. Mengingatkan itu saja dah buatkannya putus nafas. Adakah mereka ini sama seperti lelaki yang pecah masuk ke rumahnya hari itu? Datang untuk membunuhnya…

“ Finally…kita dapat juga perempuan ni.” Lelaki yang sedikit tinggi bersuara. Sambil itu matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Orang ramai berpusu-pusu mencari jalan keluar. Dia tersenyum sinis. Serabut betul tengok orang ramai ni. Dia melepaskan lagi dua tembakan ke atas. Jeritan orang ramai bertambah kuat. Lelaki itu tersenyum lebar. Suka tengok orang bertempiaran lari.

Hanis masih lagi tak bergerak. Kakinya rasa kejang. Maknanya betul la tekaannya tadi. Memang mereka datang memburunya! Tapi kenapa? Apa yang dia lakukan sampai ada orang yang mahu dia mati?

“ Tau tak pe… dah la Ray, jangan banyak cakap. Bunuh perempuan ni cepat. Nanti polis datang, tak pasal-pasal je aku dengan kau kena cekup.” Lagi seorang lelaki bersuara. Dia tak mahu berlengah lagi. Lebih tinggi risikonya kalau mereka berlama di situ.

“ Aku tahu la!” serentak dengan itu dia mengacukan pistol ke arah Hanis.
Hanis menekup kepalanya dengan tangan. Jantungnya berdegup kuat sehingakan telinganya boleh dengar degupan jantungnya sendiri. Dia tak nak mati lagi ! Dia nak lari tapi dia tak mampu untuk bergerak.

Bahunya terangkat bila tembakan dilepaskan. Suara erangan seorang lelaki membuatkan Hanis membuka mata. Lelaki tinggi tadi dah terduduk. Bahunya berdarah.

“ Tak guna!”

Sekali lagi tembakan dilepaskan. Kali ini kawan lelaki itu pula yang ditembak. Lelaki itu rebah bila paha kanannya ditembak.

Hanis tercengang. Siapa yang tembak dua orang penjahat ni? Belum sempat dia berfikir, tiba-tiba tangannya ditarik kasar oleh seseorang. Hanis dipaksa bangun dan ditarik mengikut langkah kaki itu. Bila lelaki itu lari Hanis turut terpaksa berlari kerana genggaman lelaki itu begitu kuat. Mahu tercabut lengannya. Dia cuba leraikan pegangan itu namun dia gagal.

“ Hei…”

Tubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta. Hanis terjerit kecil bila pintu kereta dihempas kuat. Lelaki itu masuk dengan pantas dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan kuat.

Sekali lagi jeritan Hanis bergema. Tubuhnya menggeletar. Duduk dalam kereta ni pun boleh buat jantungnya tercabut. Dia betul-betul takut. Kereta yang dipandu oleh lelaki ini begitu laju. Nafasnya hampir putus bila kereta ini memotong laju semua kenderaan lain. Telinganya bingit dengan hon-hon dari kereta lain.

Sejenak Hanis menoleh memandang lelaki di sebelahnya. Hanis tergamam bila matanya disajikan dengan wajah itu. Dia???!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience