BAB 5

Crime Completed 8315

“ Aku tak nak bunuh perempuan tu.”

“ Apa?! Kau jangan nak main-main dengan aku!” Mike merenung handphonenya. Rasa macam tak percaya boleh dengar ayat tu dari mulut Karl.

“ Aku serius. Aku tak nak bunuh perempuan tu.” keras Karl membalas. Dia tak mampu bunuh Hanis. Katalah apa pun, dia tetap tak akan bunuh Hanis. Kenapa mesti tunggu sampai dia bunuh Hanis baru dia akan lepas dari Mike? Hanis tak bersalah! Dia perempuan yang baik. Karl rasa bersalah jika turuti kemahuan Mike yang mahu perempuan tu mati.

Karl tersenyum sedikit. Sejak bila kau rasa bersalah ni Karl? Selama ni kau tak pernah ada rasa bersalah bila melibatkan nyawa seseorang. Kau ambil nyawa diorang tanpa perasaan tapi kenapa dengan perempuan ni kau jadi lain? Kenapa nak selamatkan dia pula? Bisik kata hati Karl. Karl mengeluh. Entah la, dia pun tak pasti dengan perasaannya. Apa yang dia tahu, dia tak sanggup menghabiskan riwayat hidup perempuan tu dengan tangannya sendiri.

Mike mendengus kasar. “ Aku tak peduli. Kalau kau tak nak bunuh perempuan tu, jangan harap kau dapat keluar dari kumpulan ni!” jangan harap dia akan lepaskan Karl dengan begitu mudah! Perempuan tu dia akan bunuh, Karl pun dia akan bunuh!

“ Aku tak kisah kau nak cakap apa. Aku dah buat keputusan yang aku tak akan bunuh perempuan tu dan aku akan tetap keluar dari kumpulan kau! Kau dah tak ada hak nak arah aku lagi. ”

“ Tak guna! Kau memang tak boleh harap! Kau memang silap besar bila kau jadikan aku musuh kau. Lepas ni, setiap bayang-bayang kau aku akan kejar. Tanam dalam kepala kau baik-baik… bukan perempuan tu je yang akan mati tapi kau pun akan mati!”

Karl merenung panjang setelah talian diputuskan. Mike nak bunuh dia? Dia tak kisah, dia tak pernah takut untuk mati semenjak melibatkan diri dalam dunia hitam ni. Tapi Hanis? Dia tak akan biarkan Hanis mati. Kalau Mike nak bunuh Hanis, Mike kena berhadapan dengannya dulu! Itu tekadnya. Biarlah dia selamatkan nyawa orang yang tak bersalah pula kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience