BAB 15

Crime Completed 8315

Hanis membuka mata dengan perlahan. Kepalanya pening. Dia cuba untuk mengangkat tangan tapi dia tersentak bila kedua belah tangannya terikat ke belakang. Hanis cuba melepaskan ikatan itu tapi gagal. Matanya menangkap tubuh Karl yang terbujur kaku. Hanis cuak. Dengan susah payah Hanis mengengsot ke arah Karl.

Dia menggerakkan Karl beberapa kali. Hanis menarik nafas lega bila Karl mula tersedar.

“ Kau tak apa-apa?” prihatin Karl bertanya. Dalam masa yang sama dia bengang bila tangannya terikat kemas. Kepala Karl berdenyut-denyut. Dia dapat rasa belakang kepalanya cedera. Tapi darah dah berhenti mengalir. Meninggalkan darah kering.

Hanis menganggukkan kepalanya. Dia terharu. Karl begitu mengambil berat mengenai dirinya sedangkan luka yang Karl alami lebih teruk kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Siapa dia di mata Karl sebenarnya?

“ Bagus… dua-dua dah sedar.” Kamal melangkah masuk bersama dengan beberapa orang lelaki. Kamal tersenyum lebar. Dia puas bila Hanis dan Karl berada di genggamannya. Sedikit masa lagi dia akan hapuskan kedua-duanya. Baru lah Mike akan memandangnya tinggi. Terbukti dia juga mampu tumpaskan Karl.

“ Lepaskan dia Kamal!”

“ Kalau aku tak nak?” Kamal mendekati Hanis yang sudah menggigil ketakutan.

“ Kamal, aku sumpah yang aku akan bunuh kau kalau kau berani sentuh dia!” Karl mengetap gigi. Jelas marah yang terpamer di wajahnya. Dia tak akan benarkan Kamal menyentuh Hanis walau dengan hujung jari!

Kamal tersenyum sinis. Tidak dipedulikan amaran Karl. Dia mula menyentuh pipi Hanis. Belum sempat dia lakukan apa-apa Karl sudah menendang kakinya. Kamal jatuh tersembam ke lantai. Tak guna! Tangan terikat pun Karl masih mampu bertindak. Ternyata dia silap menilai Karl!

“ Tak apa. Jangan ada sesiapa masuk campur. Ini urusan aku dan dia.” Kamal memberi arahan bila yang lain cuba masuk campur.

Karl yang sudah berdiri tegak dipandang benci. Memang dari dulu dia tak sukakan Karl. Karl seringkali mendapat pujian daripada Mike. Dia? Sekalipun Mike tak pernah memujinya. Apa kurangnya dia berbanding dengan Karl?

Kamal cuba untuk menumbuk Karl dengan buku limanya namun dia berang bila tumbukannya asyik tak mengena. Ibarat menumbuk angin. Karl begitu pantas sekali mengelak serangannya. Kamal cuba menikam Karl pula tapi Karl pantas mengelak. Kamal menyumpah dalam hati. Kenapa liat sangat nyawa Karl? Dia patut ikat kaki Karl tadi. Kamal tak sempat mengelak bila Karl melepaskan serangan balas. Dengan sekali tendangan Kamal sudah rebah buat kali yang keduanya.

Karl tersenyum sinis. Kamal masih di takuk yang lama. Sekalipun dia tak pernah tumpas bila berlawan dengan Kamal. Dan kenapa pula kali ini Kamal boleh terfikir yang dia akan tumpas? Ingat dia tak boleh lawan ke dengan tangan yang masih berikat?

Kamal bengang. Dia rasa terhina bila Karl tersenyum sinis. Terus saja dia mengeluarkan pistol dan ingin melepaskan tembakan.

“ Kamal!”

“ Aku tak suruh kau bunuh diorang lagi!” Mike menjerit lantang. Dia menolak kasar badan Kamal. Kamal mendengus kasar. Kamal berganjak sedikit. Matanya tajam memandang Karl.

“ Jumpa lagi kita Karl.” kali ini Karl tak akan terlepas dari genggamannya. Malam ni adalah penamat segalanya. Kerjanya akan berakhir sedikit masa lagi.

“ Lepaskan perempuan ni. Aku akan jadi galang gantinya.” Karl langsung tak mengalihkan pandangannya dari Mike. Dia membiarkan Hanis di belakangnya. Dalam masa yang sama dia cuba menghalang mereka dari dekat dengan Hanis.

“ Karl! Apa awak cakap ni?!” terkejut Hanis dengan pengakuan Karl. Dia tak nak nyawa Karl tergadai disebabkannya.

“ Nyawa kau langsung tak berharga bagi aku Karl. Sama ada kau rela atau tak, dia tetap mati.”

“ Siapa?” tiba-tiba Karl melontarkan soalan. Mukanya serius.

Mike mengerutkan dahi. Siapa? Dia tak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Karl.

“ Siapa yang upah kau?” Karl memuntahkan soalannya kembali bila Mike diam.

“ Aku…” sahut satu suara.

“ Pak cik Borhan!” bulat biji mata Hanis tengok Pak cik Borhan kat situ.

“ Hai Hanis sayang. Rindu Pak cik tak?” Borhan merapati Hanis yang jelas tergamam dengan kehadirannya di situ tapi tindakannya terhalang bila Karl tak berganjak dari tempatnya. Malah Karl memberi isyarat mata yang kalau dia berani dekat dengan Hanis dia akan terima padahnya.

“ Hanis tak sangka…” Hanis kehilangan kata. Sungguh dia tak sangka orang yang selama ini dia percaya sanggup menikamnya dari belakang. Hanis bangkit dari duduk dengan susah payah. Dia berlindung di belakang Karl.

“ Kau tak sangka yang aku dalang semua ni?” Borhan tersenyum sinis. Ah, Hanis yang terlalu bendul.

“ Kenapa?” Hanis mengetap gigi menahan geram. Pak cik Borhan lah yang menyebabkan hidupnya selama ini aman menjadi kacau bilau.

“ Kau tak layak jadi peneraju Berjaya Holdings! Tapi aku! Sepatutnya jawatan tu milik aku!” penuh dendam Borhan bersuara. Dendam yang selama ini tersimpan di dada akan dilangsaikan malam ini juga. Selepas ini tiada siapa yang akan jadi penghalangnya dari menakluki Berjaya Holdings!

“ Jadi Pak cik lakukan semua ni semata-mata kerana mahukan syarikat tu?”

“ Aku dan papa kau bersusah payah bangunkan syarikat tu. Jadi, aku yang patut dapat syarikat tu bila papa kau dah mati!”

“ Apa maksud Pak cik?”

“ Owh…ada lagi satu perkara yang aku belum beritahu kau lagi.” Borhan bahagia bila terpampang seribu kelukaan di wajah Hanis.

“ Papa dan mama kau mati bukan sebab kemalangan tapi aku yang bunuh diorang. Aku yang rancang kematian diorang.” Tanpa rasa bersalah Borhan menyambung kata.

Sekali lagi Hanis terkejut dengan kenyataan yang baru disuarakan Pak cik Borhan. Kejamnya Pak cik Borhan! Sanggup bunuh kawan baik sendiri kerana mahukan Berjaya Holdings. Rela lihat dia jadi yatim piatu kerana mengejar impian sendiri. Impian yang meragut kebahagiaan orang lain!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience