BAB 10

Crime Completed 8315

“ Biar saya buat sendiri. Bukan susah pun. Awak pergi la rehat. Awak drive jauh, mesti awak penat.” Hanis mengelak mukanya daripada kapas yang berada di tangan Karl. Mereka duduk berhadapan di sofa. Itu pun jenuh juga dia bertekak dengan Karl tadi. Kalau ikutkan hatinya, dia nak tidur je. Langsung tak teringat tentang lukanya.

“ Aku boleh buat.” Karl tetap mengesat darah kering di dahi Hanis.

“ No need… saya … ouch… “ Hanis mengaduh kecil bila Karl menekan dahinya yang berdarah sedikit kuat. Apa Karl ni? Sakit tahu… Hanis menolak tangan Karl supaya jauh dari mukanya.

“ Keras kepala. Cuba jangan degil bila aku nak buat baik.” Nak buat baik pun payah. Dah sakit-sakit macam ni pun nak berdegil lagi. Karl buat tak peduli. Kapas basah dilapkan ke dahi Hanis. Tinggal darah kering.

“ Sakit la. Kalau ya pun awak nak tolong, buat la lembut sikit. Awak ingat kepala saya ni batang kayu ke awak tonyoh kuat-kuat?” Hanis mengetap bibir. Kalau nak tolong buat la cara nak tolong. Ini tak, tonyoh kepala dia macam tonyoh apa entah. Ingat dia ni anak patung ke tak ada rasa sakit?

“ Aku tahu la…” selamba Karl membalas. Hanis dah mencuka.

Di kesempatan yang ada Hanis menelek muka Karl yang rapat dengan dia. Nafas Karl tenang, teratur. Mata Karl sepet. Karl ni kacukan cina ke? Atau memang orang cina? Dia nak tanya tapi nanti apa pula kata Karl? Sibuk nak tahu pasal Karl. Malu dia nanti. Pandangannya turun ke hidung mancung Karl. Perfect! Matanya beralih ke bibir merah Karl. Merahnya bibir, macam bibir perempuan. Dah la cantik terbentuk. Muka Karl bersih tanpa sebarang jambang mahupun kumis nipis. Betul-betul menepati citarasanya. Hanis tersedar. Citarasanya? Apa kau ni Hanis? Takkan la kau dah jatuh suka kat Karl pula?

“ Ouch.. sakit la Karl !” Hanis tersedar dari lamunan bila sekali lagi Karl menenyeh dahinya. Hanis mendengus. Tolong tak ikhlas!

“ Dah la, kau lap luka tu sendiri. Aku nak tidur.” Karl mengarah Hanis. Bukannya dia kejam sangat mahu Hanis rawat luka sendiri tapi tika ini dia tak mampu untuk berada dekat dengan Hanis. Bukannya dia tak perasan yang Hanis leka memandang wajahnya. Dadanya rasa mahu pecah ketika itu namun dia tetap menunjukkan riak selamba seperti tiada apa-apa. Aura Hanis terlalu kuat. Dan dia tak mahu terus terleka dengan perasaan itu. Dia tak layak buat Hanis.

Karl menyandar ke sofa. Matanya dipejamkan. Tangannya memegang dada kiri. Jantungnya masih berdegup pantas. Macam baru lepas berlari. Karl mengeluh panjang.

Hanis bangun dari duduk dan berdiri di sebelah sofa. Berhampiran dengan Karl. Tersentak dengan Karl yang berubah laku. Karl sakit ke? Sakit dada?

“ Awak sakit dada ke?”

Karl membuka matanya kembali. Tak sangka Hanis memerhatinya.Wajah Hanis yang kerisauan menangkap matanya. Jangan baik dengan aku, aku takut kalau aku tak mampu lepaskan kau lepas semua ni tamat. Bisik kata hati Karl.

“ Aku tak sakit. Dah la, pergi tidur. Kau tidur kat bilik aku, aku tidur kat luar ni je.”

Hanis serba salah bila melihatkan kepenatan di wajah itu. Hanis mengeluh. Rasanya dah terlalu banyak budi yang Karl taburkan untuknya. Dah beberapa kali Karl selamatkan nyawanya. Tapi dia? Dia masih lagi mahu buat Karl susah hati. Patutnya dia berterima kasih pada Karl. Kalaulah Karl tak ada tadi, mesti dia dah jadi arwah.

“ Tak payah la. Awak tidur je kat bilik awak. Biar saya yang tidur kat luar. Lagipun awak dah penat drive. Saya okay lagi.” Hanis beralah. Setakat tidur kat sofa ni apa la sangat. Dia tak kisah. Karl lebih penat berbanding dirinya.

“ Tidur je la kat dalam bilik tu. Aku tak kisah.”

“ Tak apa ke?”

“ Kenapa?”

“ Ini rumah awak tapi awak sanggup biar saya guna bilik awak.”

“ Habis tu kau nak aku tidur sekali dengan kau ke?” Karl tersenyum nakal. Muka Hanis merah. Comel je Karl tengok muka Hanis macam tu. Rasa macam nak cubit je pipi gebu tu tapi ditahankan hatinya. Duduk dekat macam ni pun dia dah berdebar. Selama ini, dia tak pernah ada perasaan indah macam ni. Hidupnya kosong. Tapi semuanya berubah bila Hanis muncul. Dia dah mula kenal senyum. Dia dah pandai mengusik.

“ Tau takut… dah la. Pergi masuk bilik. Jangan kunci pintu.”

“ Jangan kunci?” kenapa Karl tak bagi dia kunci pintu? Karl ada niat tak baik pada dirinya ke? Hanis gugup.

Karl mahu tergelak melihatkan riak muka Hanis yang dah berubah. Tak lain tak bukan mesti Hanis fikir yang buruk-buruk mengenainya. Hanis masih belum percaya pada dia sepenuhnya.

“ Kalau jadi apa-apa nanti senang aku nak masuk. Cuba jangan fikir yang bukan-bukan tentang aku.”

“ Sorry…” Hanis tunduk. Kenapa la dia selalu fikir yang bukan-bukan pasal Karl. Kalau Karl berniat tak baik padanya sudah lama Karl lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience