BAB 17

Crime Completed 8315

“ Karl… “ Hanis menahan Karl. Dia ingin katakan sesuatu yang sangat penting. Dan dia mahu Karl tahu.

“ Bagi saya 5 minit. Saya nak cakap dengan Hanis sekejap.” Dua pegawai polis yang mengiringi Karl untuk masuk ke dalam kereta polis hanya mengangguk. Mereka ke tepi sedikit. Memberi ruang untuk Hanis dan Karl berbicara untuk kali yang terakhir.

Karl hanya menunduk. Menunggu Hanis memulakan kata.

“ Saya akan tunggu awak Karl…” Hanis tekad, dia tetap akan tunggu Karl keluar dari penjara besi. Dia sanggup menunggu. Walaupun terpaksa menunggu seumur hidupnya.

“ Jangan… jangan tunggu aku.” Karl tidak memandang muka Hanis. Bukannya dia tak sudi untuk menatap seraut wajah yang sudah mendapat tempat di hatinya tapi dia tak sanggup melihatkan kesedihan yang terbias di wajah itu. Wajah yang sentiasa berada di fikirannya semenjak pertemuan mereka yang pertama.

“ Kenapa?”

Karl mengeluh panjang.

“ Tak berbaloi kau tunggu orang macam aku. Kau patut cari orang yang sepadan dengan kau. Aku tak layak. Langsung tak layak untuk duduk sama tinggi dengan kau.” Hatinya pedih melontarkan kata itu tapi itu adalah hakikat. Dirinya terlalu kotor untuk hidup bersama Hanis. Terlampau banyak dosa yang dia lakukan dan biarlah dia menanggung dosa itu sendiri. Dia tak mahu Hanis hidup bersama dengan insan hina sepertinya. Dia sedar siapa dirinya. Hanis berhak untuk dapat lelaki yang lebih baik darinya. Hanis berhak untuk bahagia. Dia tak mampu untuk membahagiakan Hanis. Cukuplah andai Hanis bahagia walaupun bersama lelaki lain, dia akan bahagia jika Hanis juga bahagia.

“ Layak atau tidak itu bukan soalnya. Biar saya yang tentukan sama ada awak layak atau tidak buat saya.” Dia sedar akan keputusan yang dia lakukan. Sekali dia jatuh sayang, selamanya dia akan sayang. Dia tahu sejarah silam Karl dan dia sanggup menerimanya. Walau seteruk mana pun Karl dulu tapi Karl lah yang selamatkan nyawanya. Kerana Karl dia masih lagi bernafas hingga ke hari ini. Dan yang paling penting sekali, Karl adalah orang pertama yang boleh membuatkannya jatuh cinta. Dia tak peduli apa orang lain akan cakap kerana ini adalah hidupnya dan dia berhak untuk tentukan hidupnya sendiri!

Setitik air mata jatuh juga di pipi Hanis. Dia tak inginkan perpisahan ini. Dia tak sanggup lihat Karl di bawa pergi.

“ Jangan degil boleh tak?!” keras Karl membalas. Dia mengangkat muka. Wajah Hanis yang sudah basah dengan air mata dipandang sayu. Hati lelakinya tersiat melihatkan air mata yang jatuh dari pipi mulus itu. Jangan menangis sayang. Aku tak sanggup tengok kau menangis sebab aku. Aku tak nak jadi orang yang menyebabkan kau menangis.

“ Saya tak akan ikut apa yang awak cakap kali ni.” Hanis menggigit bibir. Menahan sebak yang menguasai diri. Matanya semaki n kabur dengan air mata.
Karl hanya diam. Dia mula menjauhkan diri dari Hanis. Karl mendekati polis yang sedia menunggu untuk membawanya ke penjara.

“ Karl…”

Karl tetap pergi tanpa memandang muka Hanis lagi. Dia harus mendidik hati supaya belajar melupakan Hanis. Relakan aku pergi dari hidup kau. Aku tak layak untuk kau.

“ Karl… saya akan tetap tunggu awak!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience