BAB 3

Crime Completed 8315

Malam itu sekali lagi Karl bertindak. Kalau boleh malam itu juga dia ingin menyelesaikan tugasan yang diberi. Dia memang tak suka menangguhkan kerja. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi. Dia tahu perempuan yang bernama Hanis bersendirian di rumah. Itu memudahkan lagi kerjanya. Karl menyelinap masuk melalui tingkap dapur yang tak berkunci. Careless!!! Bukan dia saja yang boleh masuk kalau macam ni, orang lain pun boleh pecah masuk.

Pistol yang berada di tangan di genggam erat. Kakinya begitu berhati-hati melangkah. Tak nak ada sebarang bunyi. Matanya terpaku pada frame berada di atas meja. Gambar Hanis dan sepasang lagi suami isteri yang agak berumur. Mungkin mak dan ayah Hanis. Wajah mereka bahagia. Jelas terukir senyuman bahagia di bibir wanita itu. Malang sekali senyuman itu akan lenyap pada malam ini.

Karl menapak ke tingkat atas. Terdapat cahaya yang keluar dari celah pintu di bilik yang paling hujung. Karl menuju ke situ. Makin lama makin dekat. Kakinya terpaku bila dia dengar suara orang mengaji. Perempuan tu mengaji? Hati Karl yang selama ni keras tiba-tiba je layu. Dia bersandar di tepi dinding. Telinganya masih lagi menangkap suara perempuan itu yang sayup-sayup mengaji.

Tangan dijatuhkan ke sisi.

Matanya terpejam sejenak. Kenapa mesti muncul perasaan ni? Perasaan bersalah ni tak patut wujud di saat dia ingin menamatkan riwayat hidup Hanis. Selama ini dia cemerlang dalam melakukan kerjanya. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan situasi yang sebegini rupa.

Dia tak pernah lagi membunuh seorang perempuan. Ini kali pertama. Dan kali pertamanya ini sungguh berlainan. Perempuan ini berbeza dari mangsa-mangsanya yang dulu.

Karl terkejut bila Hanis muncul di depannya. Spontan Karl mengacukan pistol ke arah Hanis. Dadanya berdetak hebat melihatkan wanita itu yang masih lagi dalam telekung. Tangannya berpeluh. Kenapa mesti macam ni? Perempuan ni bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Jadi, kenapa dia rasa berat hati untuk melepaskan tembakan?

Muka Hanis pucat lesi. Kalau ditoreh pun pasti tak berdarah. Dia tergamam bila pistol itu diacukan ke kepalanya. Itu bukan pistol mainan! Siapa lelaki ni? Apa salahnya sampaikan lelaki itu mahu membunuhnya? Kakinya rasa lembik. Ini kali pertama seumur hidupnya berhadapan dengan situasi begini. Jantungnya berdenyut lebih laju dari biasa. Tangannya ketar. Kakinya bagaikan melekat di lantai. Seinci pun dia tak mampu untuk bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience