BAB 7

Crime Completed 8315

“ Nah makan ni. Ni je lauk yang aku mampu beli untuk kau.” Karl meletakkan sebungkus nasi dan air mineral di hadapan Hanis.

“ Saya tak nak makan!” Hanis berpaling. Dia langsung tiada selera untuk makan dalam situasi macam ni walaupun perutnya berkeroncong.

“ Jangan degil! Kalau sakit nanti siapa yang susah?” Nak suruh makan nasi pun payah. Bukannya dia paksa telan racun!

“ Saya sakit pun tak ada kena mengena dengan awak. Saya tetap tak nak makan.” Hanis mencebik. Dia memeluk tubuh jauh dari tubuh Karl. Owh, dia pun baru tahu nama Karl tadi semasa dia senyap-senyap menyelongkar dompet lelaki itu. Nasib baik tak kantoi.

“ Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku.” Karl menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Hanis. Penat-penat dia beli Hanis tak nak makan pula. Punya la dia risau, takut Hanis lapar. Kalau dia tahu tadi baik tak payah beli ! Menyusahkan!

Eeiii…tak ada maknanya dia nak mengadu! Ingat dia budak kecik ke? Sikit-sikit mengadu! Huh, tak kuasa! Lagipun kalau sakit perut pun, dia yang sakit… bukannya Karl. Jadi, buat apa lelaki tu nak sibuk pasal dia.

“ Saya nak balik.” Hanis bersuara. Nasi tadi dibiarkan tak berusik.

“ Kau nak mati?” Karl tayang muka sinis. Tidak fahamkah Hanis dengan situasi sekarang ini? Hanis dalam bahaya! Hidupnya bukan lagi macam dulu. Silap langkah, nyawa Hanis akan melayang. Hanis tak sedar lagi ke?

Hanis terdiam. Cuak bila mendengarkan perkataan mati.

“ Kalau kau nak mati, kalau kau tak sayangkan nyawa kau lagi…kau boleh keluar dari sini. Aku tak akan halang.”

“ Kenapa mereka nak bunuh saya. Kenapa awak nak bunuh saya? Apa salah saya?” Hanis memandang wajah Karl. Kepala lelaki itu masih bertopi. Dengan hanya memakai t-shit hitam tanpa kolar dan seluar jeans lusuh saja pun lelaki itu nampak menarik di matanya. Wajahnya bersih tanpa sebarang jambang. Mata Karl sepet. Dia ni mixed ke? Yang aku sibuk telek muka dia dari tadi kenapa? Ish…

“ Aku tak tahu.” Karl masih tak bersedia untuk memberikan jawapan itu. Hanis tak perlu tahu lagi. Tiba saatnya Hanis akan tahu juga.

“ Tipu! Awak tahu kenapa. Siapa yang upah awak?” Hanis bengang. Mustahil Karl tak tahu. Bukan ke Karl juga sama macam mereka. Berniat untuk membunuhnya!

“ Kau tak perlu tahu.”

“ Saya perlu tahu sebab ini melibatkan nyawa saya! Saya nak tahu siapa yang berdendam dengan saya sampai sanggup buat benda macam ni pada saya. “ mudahnya Karl cakap. Bukannya nyawa Karl yang menjadi pertaruhan sekarang ni tapi nyawa dia!

“ Listen to me…”

“ No, you are the one who should listen to me!” Hanis memotong cakap Karl.
Dia bengang bila Karl asyik mengelat dari menjawab pertanyaannya. Tanpa Hanis sedar, dia mencengkam lengan Karl. Matanya berapi menentang pandangan Karl.

“ Siapa lelaki tadi? Kenapa mereka nak bunuh saya? Dan awak… kenapa awak juga mahu saya mati?”

“ Boleh tak untuk sesaat ni kau diam?” Karl pamer wajah selamba. Dia pandang tangan Hanis yang mencengkam lengannya. Berani betul Hanis memegangnya.

“Jangan suruh saya diam sebab saya tak akan berhenti bertanya sampai saya dapat jawapan.”

“ Kau nak aku buat macam ni ke baru kau nak diam?”

Karl mendekatkan mukanya pada Hanis. Dia senyum sinis bila Hanis terkejut. Pinggang Hanis dia rangkul erat. Merapatkan jarak di antara mereka.

“ Apa ni?!” Hanis tersentak. Tak guna! Karl ambil kesempatan. Dia menolak tubuh Karl jauh darinya. Rasa macam nak je tumbuk muka tampan Karl sekuat hatinya.

“ Ini balasan bagi orang yang tak nak dengar cakap.” Karl berbisik di tepi telinga Hanis.

“ Ouch…” pegangan Karl terlerai. Karl mengaduh bila Hanis mencubit lengannya kuat. Pedih! Tangan je kecil tapi berbisa juga cubitan Hanis.

“ Pervert!” Hanis mengetap bibir. Tak sangka yang Karl berani buat begitu padanya.

“ Aku nak keluar sekejap. Nanti aku balik. Jangan keluar dari bilik ni.” Sempat Karl meninggalkan pesanan sebelum keluar dari bilik hotel tu. Karl buat tak dengar apa yang Hanis cakap. Pervert? Hanis menggelarnya pervert? Karl tersengih. Memang patut pun Hanis cakap macam tu. Dia sendiri tak sedar bila masa tubuh wanita itu ditarik rapat padanya. Karl tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience