BAB 14

Crime Completed 8315

“ Boleh saya tanya awak satu soalan?”

Karl menjungkitkan keningnya.

“ Kenapa awak nak bunuh saya malam tu?” Hanis bertanya.

Karl tersentak. Tak sangka pertanyaan itu yang Hanis akan lontarkan. Karl mengeluh. Perlu ke dia menceritakan hal yang sebenar?

“ Karl… tolong beritahu saya. Saya nak tahu kenapa awak nak bunuh saya.” pinta Hanis sekali lagi bila Karl hanya diam seribu bahasa.

“ Ada orang upah aku untuk bunuh kau.” Sekali nafas kata itu meluncur keluar dari bibit Karl. Hanis perlu tahu tentang perkara ini kerana ini melibatkan tentang diri Hanis. Kalau boleh dia tak mahu Hanis tahu kerana tak mahu Hanis bimbang tapi sampai bila dia perlu menyorokkan tentang perkara ini dari pengetahuan Hanis? Hanis berhak untuk tahu.

“ Upah?” Hanis terkejut. Jantungnya rasa nak luruh. Bibirnya ketar. Tiba-tiba je air liurnya rasa kesat.

Karl mengangguk kepala.

“ Maksudnya memang ada orang yang mahu saya mati?”

Sekali lagi Karl menganggukkan kepalanya.

“ Siapa? Siapa yang mahu saya mati?” Hanis memandang Karl yang berdiri di sebelahnya. Karl langsung tak pandang ke arahnya.

“ Aku tak tahu.”

“ Tipu!” Hanis terjerit. Dari hari tu lagi Karl menafikan. Mustahil Karl tak tahu!

“ Sungguh, aku tak tahu siapa yang nak kau mati. Aku diarahkan oleh bos aku untuk bunuh kau. Bos aku terima arahan daripada orang lain.” Karl mengetap rahangnya. Sedikit tersentuh bila Hanis menuduhnya penipu.

“ Kenapa ada orang yang mahu saya mati? Apa salah saya?”

“ Kau tak bersalah.”

“ Jadi apa dosa saya sehinggakan mereka mahu bunuh saya?”

Karl menggelengkan kepala. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan itu. Sekali lagi Karl mengeluh kecil.

“ Kau ada bermusuh dengan siapa-siapa?”

Hanis mengerutkan dahi. Musuh? Rasanya dia tak mempunyai musuh. Mungkin juga ada orang yang sakit hati dengannya tanpa dia sedari.? Ataupun musuh perniagannya. Orang yang mahu lihat dia jatuh dari Berjaya Holdings? Musuh arwah papa dan mama? Tapi siapa? Hanis buntu.

“ Mungkin ada orang yang mahu saya pergi dari Berjaya Holdings.” Hanis meluahkan teorinya. Hanya itu yang difikirkan logik.

“ Berjaya Holdings?” Karl mengerutkan dahi.

“ Syarikat peninggalan arwah papa dan mama. Saya yang take over sekarang.”

“ Aku tak tahu yang papa dan mama kau dah tak ada.” Karl merenung sayu wajah Hanis. Dia tak sangka yang Hanis anak yatim piatu. Rupanya kesedihan sudah lama menyelubungi hidup Hanis. Rasa sayangnya terhadap Hanis semakin membuak-buak.

“ Tak apa” Hanis tersenyum kecil. Dia tak mahu dikasihani. Sudah jalan hidupnya begini, dia redha. Dia tak perlukan pandangan simpati dari Karl.

“ Kalau kau mati siapa yang akan dapat syarikat tu? Saudara mara kau?”

“ Papa dan mama anak tunggal. Saya tak ada saudara.”

“ Habis tu siapa?”

“ Aku…” jawab satu suara.

Belum sempat Karl bertindak kepalanya diketuk dengan kuat dari arah belakang. Karl jatuh terkulai dengan kepala berlumuran darah.

“ Karl!” Hanis menjerit. Tiba-tiba mulutnya ditekup dengan kain. Pandangannya mula berbalam dan dia rebah ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience