BAB 5

Romance Completed 3417

Tiga puluh minit sudah berlalu dan Aisya tiba bersama Ford Fiesta putih kesayangannya. Tanpa membuang masa Umira terus memboloskan dirinya ke dalam kereta itu. Umira perasan akan raut muka Aisya yang sedikit cemas. Umira membatalkan niatnya untuk bertanya ke mana destinasi mereka yang sebenar malah pelbagai soalan yang timbul di benak fikirannya.

‘Tadi suara Ainun time call aku pun cemas jugak..Apa yang berlaku sebenarnya? Dorang ada sorokkan sesuatu dari aku ke?’ Umira teratanya-tanya sendiri..

Setelah bersesak dalam traffic jam, akhirnya kereta Aisya berhenti di tempat parkir di Hospital Ampang Putri. Rasa ingin tahu Umira semakin membuak-buak.

‘Untuk apa pergi hospital? Entah siapa pulak yang sakit kali ni..Hurmmm…’ Umira mengeluh perlahan.

Dari kejauhan, Umira sudah mengenali setiap orang yang sedang menunggu di ruang kecemasan dan paling umira hairan kenapa Umie dan Abah Iqtisyam turut berada di situ? Umie,,,umie menangis? Kenapa ni? Tolong sesiapa explain kat aku..

Semasa aku berada betul-betul di hadapan Umie dan menghulurkan tangan untuk bersalam, Umie terus bangun dan memeluk aku dan menyuruh aku bersabar. Hati aku sudah tidak enak dan tiba-tiba air mata aku mengalir perlahan…Tolong jangan bagitahu aku bahawa Iqtisyam yang berada di dalam unit kecemasan tu..

‘Ya Allah..Janganlah kau menguji hambamu ini dengan ujian yang tidak mampu aku tanggung..Kau selamatkanlah Ahmad Iqtisyam bin Raziq, sungguh aku amat menyayanginya dan tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa dirinya..’

Air mata Umira mengalir tanpa henti, lagi-lagi setelah mendengar penerangan Ilham dan Khairul sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience