BAB 6

Romance Completed 3417

“Aku dan Khairul dah siasat pasal Afiq. Afiq telah mengedit gambar kau kepada gambar yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang gadis muslimah. Afiq menghantar gambar-gambar tersebut kepada Syam untuk menyakitkan hati Syam. Hati Syam bertambah sakit bila ternampak kau dengan Syam kat Triple T hari tu. Tadi, Syam pergi cari Afiq… Dorang bergaduh…Masa tu Afiq bawah pengaruh alkhohol sebab baru balik dari clubbing dan Afiq dah pukul Syam kat bahagian kepala dan kaki. Kepala Syam cedera teruk sebab dihentak-hentak dengan kayu dan botol kaca…” Ilham menerangkan segalanya.

“Ira, maafkan aku dengan Ilham…Kitorang tak sempat bantu Syam. Selepas kitorang cerita dekat dia pasal gambar kau yang Afiq edit tu, dia terus pergi pecut kereta dia tu…Bila kitorang jumpa dia, dia dah teruk…Sorry sangat-sangat…” Mulut Umira terus terkunci mendengar sambungan Khairul.

Tidak lama selepas itu, doctor keluar…Doctor cakap Iqtisyam sudah melepasi tahap kritikal tetapi masih belum sedarkan diri. Doctor menjelaskan bahawa tidak mustahil untuk Iqtisyam koma. Umie sudah memeluk Abah erat dan aku hanya mampu membenamkan diri dalam pelukan Aisya dan Ainun. Doctor membenarkan untuk melawat tapi tidak boleh beramai-ramai kerana takut mengganggu.

Umie dan Abah pergi ke bilik doctor untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut. Aku cuba gagahkan diri untuk masuk ke dalam bilik unit rawatan rapi itu. Aku menghapiri katil Iqtisyam. Hati aku sayu melihat wayar-wayar di tubuh Iqtisyam. Aku cuba memegang tangan Iqtisyam, sejuk…

“Assalamualaikum… Syam, Ira datang ni… Doctor cakap Syam boleh dengar walaupun tak leh tengok…” Ira menahan sebak di dada, cuba untuk kuatkan semangat.Ira mencapai tangan Syam yang berada di sisi, cuba mencari kekuatan di sebalik tangan sasa yang digenggam erat itu.

“Syam, Ira mintak maaf sebab pegang tangan Syam, mintak maaf sangat-sangat…Ermm tangan Syam sejuk sangat laa…Takpe, Ira kan ada. Betul la tangan Syam besar macam popeye…Hehehe…Syam, Syam kene kuat taw? Umie cakap Syam tak putuskan pun pertunangan kita jadi maknanya Syam masih berharap. Terima kasih Syam…Thanks sangat-sangat…Syam kene kuat taw? Ira sayang Syam…” Ira mencium tangan Syam yang berada dalam pegangannya itu dengan segunung harapan.

Sudah lebih dua minggu Syam dalam keadaan begitu, selama itu jugalah Ira ulang alik dari rumah ke hospital. Ira tidak pernah lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta, menghamburkan tangisan dan mengadu segala yang terkubu di hati. Di hadapan Iqtisyam juga Umira berdoa memohon pertolongan dari Allah. Setiap hari Umira akan membacakan surah Yasiin untuk Iqtisyam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience