BAB 7

Romance Completed 3417

Hari ini Umira tidak ade kuliah, Umira sedang khusyuk bertasbih di atas sejadah di hadapan Iqtisyam. Tiba-tiba Iqtisyam bergerak-gerak. Dada Iqtisyam turun naik tanda sesak untuk bernafas. Umira terus meluru ke arah katil, Umira duduk di sisi katil dan memangku kepala Iqtisyam yang masih berbalut kerana luka yang dialaminya sedikit dalam. Umira mencapai tangan Iqtisyam dan button emergency di kepala katil ditekan.

Tidak lama kemudian doctor tiba bersama beberapa orang nurst. Umira sudah mengalirkan air mata apabila mendengar doctor mengatakan Iqtisyam mengalami komplikasi untuk bernafas. Umira menggenggam erat tangan Iqtisyam, dahinya berkali-kali dicium Umira.

“Syam, please…Jangan tinggal Ira. Be strong dear…I love you so much…” Umira begitu takut kehilangan Ahmad Iqtisyam dari hidupnya. Nurst mengarahkan agar Umira tunggu di luar sahaja. Umira melepaskan tangan Iqtisyam dan meletakkan kepalanya perlahan di bantal. Umira berjalan perlahan ke pintu keluar. Ketika menolak pintu, pandangan Umira kabur. Badan menjadi lemah dan keadaan sekitar berpusing. Umira akhirnya rebah di situ.

Umira cuba membuka matanya yang berat. Kepalanya terasa seperti berangin, mungkin kerana kurang makan. Gastric mungkin. Umira melihat mamanya berada di sisi. Mama tersenyum dan menggosok ubun-ubunnya.

“Kakak, kenapa tak bagitahu Mama dengan Abah pasal semua yang da jadi ni? Kakak da tak nak share dengan mama ke? Suka buat Mama risau..” Puan Zita sedih melihat keadaan anak sulungnya itu. Muka murung berbanding sebelum ni yang ceria dan seorang yang banyak cakap.

“Kakak mintak maaf Mama…” Umira mencium tangan Mamanya. “Kakak tak nak susahkan Mama dengan Abah, dah selalu sangat kakak susahkan Mama dengan Abah…” Puan Zita hanya mampu tersenyum.

Tidak lama kemudian Puan Syida muncul bersama Encik Raziq dan Abah Umira, Encik Hamdi.

Umira menegur mereka dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Tudung yang masih di kepala sudah senget tidak dihiraukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience