BAB 12

Romance Completed 3417

“Apela abang ni.. Nak suruh dorang jemput kita, tapi kita tak jemput pun dorang.” Sabihah mencelah.Umira hanya ketawa perlahan.

“Tu pun dorang…” Umira menunjukkan ke arah Aiman dan Aisyah.

Aiman dan Aisyah menghampiri pasangan pengantin baru dan mengucapkan tahniah. Qaseh Lutfi yang berada di sisi Aiman didukung mesra oleh Iqtisyam. Qaseh Lutfiana sudah lena dalam dukungan Aisyah. Anak-anak mereka begitu comel dengan tuxedo dan gaun putih.

Akim cuba berdehem untuk menarik perhatian Aiman dan Aisyah. Aiman berpaling dan menghulurkan salam dan tersenyum. Aisyah hanya tersenyum memandang Sabihah, tangannya memangku anak perempuannya.

“Aiman? Haprak la kau ni. Member sendiri pun tak kenal.” Aiman terkejut mendengarkan kata-kata Akim.

Sabihah memeluk Aisyah tetapi hanya sekejap kerana anak dalam dukungan Aisyah merengek mungkin kerana rimas. Aisyah merenung wajah dihadapannya itu kemudian memandang Umira untuk meminta kepastian.

“Sabihah…Rindunya aku kat kau…Bila kau balik sini?” Aisyah sudah mengenali siapa yang berada di hadapannya kini. Teman satu sekolah mereka dulu.

“Kalau ni Sabihah…Jangan cakap ni Chong…Laen gile kau sekarang!” Aiman cuba menganggap.

“Akim la…Chong dah tak pakai…Kenapa?Aku makin kacak ke?” Tawa mereka pecah. Lama mereka bersembang, melepaskan kerinduan setelah sekian lama tidak berjumpa.

Tidak lama selepas itu, sesi bergambar diadakan. Gambar mereka berdua bersama ibu bapa, keluarga dan teman-teman rapat diambil untuk dijadikan kenangan. Iqtisyam masih tidak melepaskan tangannya dari pinggang isteri tercinta.

“Sayang…” Iqtisyam datang dari arah belakang dan duduk di sebelah Umira. Dia membaringkan tubuhnya di atas riba Umira dan Umira menggosok rambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience