BAB 1

Romance Completed 3417

“Syam, Syam dengar penjelasan Ira dulu, ni semua hanyalah salah faham.”

“Dah la.. Jujur je la ira, selama ni pun Ira memang ada affair dengan Afiq kan? Kenapa ira sanggup buat Syam macam ni?”

“No.. Syam, dengarlah Ira nak explain dulu..” Namun rayuannya tidak diendahkan, Iqtisyam meninggalkannya begitu saja.

“Syam…You need my explanation…Don’t leave me…I, I’m begging.”

Umira mengeluh perlahan, masih terbayang-bayang pertelingkahan yang berlaku diantaranya dan kekasihnya petang tadi. Kekecewaan yang menggunung bersama hati yang sebal sudah tidak dapat ditahan lagi. Hubungan sejak di bangku sekolah, yang sudah diikat dalam tali pertunangan akhirnya berakhir begitu sahaja.

‘Entah apa yang mama dan abah fikir bila dapat tahu tentang semua ni.’ Afaf Umira mengeluh dalam hati.

“Ira! Hahaha..Kau termenung apa jauh sangat sampai tak perasan aku kat sini?”

“Ish kau ni Ainun, terperanjat aku. Kena bayar ke kalau kau bagi salam?”

“Eh eh kau ni, macam tak biasa pulak. Feeling la kau ni, kau ada prob…” Belum sempat Nurul Ainun menghabiskan ayat Umira terus memeluknya.

“Ainun…Huk…Huk…Huk…Aku sayang dia…Aku tak nak hilang dia…” Ainun membalas pelukan sahabat karibnya itu sambil menggosok lembut belakang Umira. Pelik dengan perlakuan Umira.

“Ira…Kenapa kau sedih sangat ni? Cerita la kat aku…” Ainun meminta Ira menceritakan tentang apa yang terjadi.

“Syam..Dia, dia…” Umira tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia sendiri tidak sanggup untuk mendengar apatah lagi mahu mengungkapkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience