BAB 3

Romance Completed 3417

“Tapi saya buat semua tu sebab saya nak bersama dengan orang yang saya cinta. Saya tahu saya lebih mampu untuk membuat awak bahagia berbanding dia. Sekarang apa yang saya miliki sudah setanding dengan dia.Dah tak ada sebab untuk awak menolak saya.”

“Saya tak cintakan awak..Saya tak boleh cintakan awak..Awak faham tak? Awak tak boleh paksa perasaan saya…” Umira berkata lirih.

“Awak, awak mintak ape sekalipun saya akan penuhi. Awak nak kereta? Nak banglo? Awak cakap je…” sejurus itu pipi kirinya terasa pijar dek tamparan Umira..

Umira berlari meninggalkan Afiq seorang diri di situ dengan linangan air mata. Dia sudah muak, sudah bosan dengan Afiq.Afiq selalu beranggapan bahawa aku cintakan Iqtisyam kerana harta yang dia miliki sedangkan aku ikhlas, buat apa harta setinggi langit tapi tidak mengenal erti bahagia? Harta juga bukan penyelamat ketika kita di akhirat kelak.

Matanya meliar mencari seseorang. Dewan kuliah yang bising dengan gelak tawa pelajar dan pensyarah tidak dihiraukan. Tujuannya hanya satu, ingin menatap wajah Ahmad Iqtisyam yang dirindui namun hampa. Apa yang diajarkan pensyarah satu pun tidak dihiraukan malah nota-nota yang diberikan tidak disalin.

“Afaf Umira Adelia bt. Hamdi? Nampak gayanya awak sudah hanyut keluar dari kelas…Seronok belayar?”

Umira berdiri dengan segera apabila namanya disebut, dia hanya mampu menggeleng kepala untuk menidakkan apa yang diperkatakan dan melemparkan sebuah senyuman sumbing. Selepas dibenarkan duduk, kuliah disambung dan berjalan seperti biasa namun Umira tetap berasa kosong. Pertanyaan Aisya di sisi tidak diendahkan..

Umira,Aisya dan Ainun sudah berkawan baik semenjak di bangku sekolah…Susah dan senang dihadapi bersama, bukan tak pernah ada rajuk di antara mereka tapi rajuk mereka tidak berpanjangan.Mereka lebih sayangkan ukhuwah yang telah lama terjalin.

Setelah selesai kuliah, Ainun mengajak Aisya dan Umira untuk lepak di gazebo sebentar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience