BAB 8

Romance Completed 3417

“Umie…Syam macam mana? Syam baik-baik aje kan Umie?” Pertanyaaan Umira disambut dengan senyuman oleh Puan Noor Shida. Dia melihat ke arah suaminya dan berkata senang.

“Alhamdulilah…Syam dah sedar, dah dipindahkan ke wad biasa…Syam ada sebut nama Ira tadi, Ira nak jumpa Syam tak?” Umira hanya tersenyum dan menganggukkan kepala serta merta.

Dewan hotel yang bertaraf 5 bintang itu sudah dipenuhi dengan ahli keluarga dan para sahabat pasangan pengantin baru, Ahmad Iqtisyam dan Afaf Umira Adelia.Dewan itu dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berwarna putih, pastel dan pink lembut diselang seli dengan bunga berwarna merah tua dan polos. Bunga-bunga yang itu timbul dengan alas meja dan dinding yang berwarna merah hati.

Pelamin di mana tempat pengantin bersanding dihiasi dengan kerusi Cleopatra berwarna merah hati dan dua bantal kecil yang berona lembut. Taburan kelopak bunga memenuhi lantai pelamin serta batuan Kristal yang bergantungan sesuai dengan tema begitu cantik memukau pandangan. Karpet merah yang dibentangkan secara memanjang dari pintu masuk dewan hingga pelamin melengkapkan lagi isi dewan tersebut.

“Isteri you ni tak perlu make up tebal-tebal sebab kulit dia dah lawa..senang je nak lukis muka you punya wife…” Kak Ina berkata dan Umira hanya tersenyum malu. Dia perasan Iqtisyam hanya merenung dia melalui cermin yang berada di hadapannya ini.

Umira berdiri sesudah siap dan menghampiri Iqtisyam, dia mencapai tangan Iqtisyam untuk keluar dari bilik kerana mereka sudah siap. Iqtisyam hanya menurut.

Saat mereka melangkah masuk ke dalam dewan, semua mata tertumpu ke arah mereka. Iqtisyam memakai kemeja berwarna merah hati dan nengenakan kot putih dan berseluar putih.Iqtisyam memakai kasut berwarna merah sedondon dengan heels bertali yang dipakai Umira. Umira mengenakan dress labuh body cutting yang longgar berwana krim dan berwarna merah hati di bahagian lengan. Di bahagian belakang dress itu sedikit meleret dan akan kembang apabila Umira berjalan ala-ala ekor peacock.Dress pada bahagian belakang yang meleret berwarna merah yang pelbagai itu kelihatan sedikit unik. Batu-batuan dan manik berwarna merah gelap disusun dan dijahit pada bahagian dada menyerlahkan lagi penampilan. Shawl ringkas dikepala menonjolkan ciri-ciri seorang muslimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience