BAB 10

Romance Completed 3417

Majlis persandingan dan reaksi mereka yang ceria cukup menggambarkan bahawa mereka cukup bahagia dan saling menyayangi. Ahli keluarga mereka yang berada di meja bahagian hadapan tersenyum melihat kebahagian Iqtisyam dan Umira.

“Syam!” Syam menoleh apabila namanya dipanggil. Syam mengerutkan sedikit dahi untuk mengingat kembali wajah yang berada di hadapannya kini. Seorang perempuan yang sedikit tinggi dan bebadan ramping dengan pakaian yang sedikit terdedah menghampirinya kini.

“Tini?” Iqtisyam cuba meneka.

“Hah.. You ingat jugak dekat I rupanya..” Tini cuba berbasa basi.

“Honey.. Ni Tini, ingat tak lagi cerita Bobby dulu tu?” Iqtisyam memperkenalkan Tini kepada Umira.

Tini menghulurkan tangan dan disambut Umira mesra.

“I Tini..Ex girlfriend Ahmad Iqtisyam .” Tini berkata angkuh dan tersenyum sinis. Umira mengerutkan sedikit dahi mendengarkan ayat Tini.

“Owh..Nice name..Saya Umira, wife Ahmad Iqtisyam..Nice to meet you!” Senyuman Tini mati.Umira merenung mata Tini, hambek kau! Kau ingat aku takut?

“Takpelah Syam. I pergi dulu lah. Nanti kita jumpa lagi ye. By the way, selamat pengantin baru I ucapkan untuk you berdua.” Tini berkata dan menghampiri Umira.

“Jaga suami you elok-elok. He is a nice guy.” Bisikan itu jelas kedengaran di telinga kirinya walaupun perlahan.

Tini berlalu dan kawan-kawan Iqtisyam dan Umira menghampiri mereka. Kawan-kawan mereka mengucapkan tahniah. Ada juga yang memuji kecantikan Umira yang membuatkan Iqtisyam tidak senang duduk manakala Umira yang sedikit cemburu apabila ada yang mengatakan Iqtisyam handsome dan bergaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience