BAB 9

Romance Completed 3417

Umira sedikit gentar, dia mendongak sedikit untuk memandang Iqtisyam di sisi. Iqtisyam mengeratkan lagi pegangan tangan mereka mungkin untuk menyalurkan sedikit kekuatan. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pelamin yang telah disediakan. Khairul dan Aisya membantu Iqtisyan dan Umira untuk duduk di kerusi yang disediakan.

“Bobby perasan semua orang tengok dekat Honey tadi. Tu la, pakai cantik sangat kenapa? Bobby jeles la…”

“Bagus la tu? Boleh tambah peminat……..hehehe”

“Taw la Honey tu cantik, Bobby ni tak handsome tapi janganlah kejam sampai macam tu”

Perbualan mereka terhenti di situ kerana Khairul dan Aisya sudah menyuruh mereka untuk turun bagi acara memotong kek dan makan beradab.

Semasa Umira ingin menyuapkan kek untuk Iqtisyam, dia tidak membuka mulut tanda protes. Mungkin merajuk tentang apa yang dibualkan sebentar tadi.

“Buka la mulut tu.. Orang ambik gambar tu, malu la..” Umira cuba memujuk.

“Syam buka la mulut tu..Ira nak suap kek ni, letih taw lama-lama macam ni..” Masih tiada respon.

‘Ya Allah dia ni, mengada betul la..Kalau ye pun jangan la merajuk time ni. Aduyaiii…’Umira berkata dalam hati.

“Bobby sayang.. Buka la mulut tu, Honey nak suap kek ni.. Best taw, kek favourite Bobby kan? Aaaaaa” Iqtisyam tergelak melihat reaksi isterinya itu turut membuka mulut ketika menyuakan kek kepadanya.Akhirnya dia membuka juga mulut. Selepas Umira menyuapkan kek kepada Iqtisyam, mmuaahhhh…Iqtisyam mencium pipinya dan merangkul pinggangnya di depan semua orang. Para tetamu yang hadir sudah bertepuk tangan melihat reaksi mereka dan ketawa apabila Iqtisyam menjerit sedikit kuat kerana pinggangnya dicubit Umira. Pipi Umira yang putih kemerahan itu bertambah merah kerana malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience