BAB 15

Romance Completed 3417

Iqtisyam berhenti menggeletek Umira dan berkata seraya mengugut.

“Sayang nak bagi tak nak? Kalau Sayang tak nak bagi Abang merajuk 2 minit…tik..tok..tik..tok..”

“Tak nak…Sape suruh Abang geletek Sayang… Welk”Umira menjelirkan lidahnya dan menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Langkah berjaga-jaga.

Senyap…Dia menyelak selimut dan bangun. Dia mencari Iqtisyam di balcony tetapi tiada.

‘Aik? Merajuk betul ke ni?’ Hati Umira tertanya-tanya.

Umira menuju ke bilik air dan mendapati Iqtisyam terbaring di tepi tab mandi. Umira terus mendapatkan Iqtisyam..

“Abang!?!? Abang pengsan ke? Abang jangan main-main dengan Sayang…Sayang nangis nanti…” Tetap tiada respon walaupun pipi Iqtisyam sudan ditepuk-tepuk Umira.

Umira tidak berfikir panjang, dia menekan-nekan dada Iqtisyam dan membuka mulut iqtiysam cuba untuk melakukan CPR. Umira sudah mahu menangis.Tiba-tiba Iqtisyam bangun dan tergelak terbahak-bahak.

“Abang…Benci la macam ni…Jangan la main-main…” Umira berasa dipermainkan.

“Alolo sayang.. Jangan merajuk..Abang gurau je la Sayang…” Iqtisyam cuba mengejar Umira yang sudah keluar dari bilik air.

Iqtisyam mengerdipkan matanya beberapa kali untuk menarik perhatian Umira. Akhirnya Umira tersenyum selepas pipinya dicium Iqtisyam.

“Hah senyum pun..Wife sape la gatal sangat ni hah? Nak kiss segala?” Umira buat tidak tahu dan terus membaringkan tubuhnya membelakangi Iqtisyam.

“Sayang…….. Tengok tu, tak nak bagi ke? Abang dah kiss Sayang banyak kali taw..” Umira mengekek, seronok dapat mengenakan Iqtisyam. Umira teringatkan sesuatu.

“Abang..Sayang nak tanya sikit… boleh?” Iqtisyam tersenyum.

“Boleh, boleh, boleh…Everything…”

“Apa dah jadi dengan Afiq? Dah tak dengar berita pun lepas hari tu?” Umira cuba menyusun pertanyaan dengan berhati-hati.

“Entahlah Sayang, Abang pun tak tahu dengan dia tu. Sebab semua ni dah jadi kes polis dan dibawa ke mahkamah. Jadi, just wait and see laa…” Nada suara Iqtisyam berubah sedikit namun masih boleh dikesan Umira.

“Sayang sayang Abang forever…” Umira membisikkan ke telinga Iqtisyam. Iqtisyam hanya memandang Umira penuh makna dan Umira hanya mengangguk mengizinkan. Iqtisyam memulakan dengan bismillah dan berharap mereka kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience