Bab 1

Romance Completed 8933

Kerana Mata

Nazehran Jose Ahmad

1

Fina mundar mandir di biliknya. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Segala benda yang dilakukan serba tak kena. Kusut. Rambutnya kemas tersikat tadi, sudah seperti kena taufan Haiyan sahaja. Bibir dia tak henti-henti berbicara sendiri. Sekali pandang, dah macam orang gila.

Kenapa dia yang mesti terpilih?

Tak ada orang lainkah yang boleh dijadikan galang ganti?

Dia masih tak bersedia untuk tamatkan zaman bujangnya. Diusia dua puluh satu tahun, keluarganya sudah sibuk mencarikan dia pasangan. Dia buntu. Fikirannya mula menerawang entah ke alam mana pun dia sendiri tak tahu. Kerutan di dahi sudah umpama seorang nenek tua. Berkedut saja sejak diberitakan tentang hal itu.

Fina akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak kenali. Dan dia sendiri tak ingin nak tahu siapakah lelaki itu. Kerap juga dia membaca cerpen dan novel yang berkisarkan kisah yang yang bakal berlaku di dalam hidupnya itu. Ada beberapa kategori yang dia boleh huraikan mengenai bakal suaminya itu.

Pertama: Garang! Si suami tak sukakan si isteri. Perkahwinan hancur sebab suami masih cintakan bekas kekasih atau bekas tunang. Si isteri hanya diamkan saja ketidakpuasan hati. Then, bahagia. Si suami dah cintakan si isteri. The end!

Kedua: Sweet! Si suami redha dengan jodohnya dengan si isteri. Pastilah, suami melayan isteri dengan baik. Alah, dugaan kecil-kecil tu biasalah. Sama-sama tak kenal, mesti banyak dugaan tak terduga terjadi. Isteri terpikat dengan ‘kesweetan’ suami. So, jadilah loving couple till the end. Titik.

Ketiga: Biasa-biasa saja! Dua-dua bersama kerana keluarga. Cuba menerima each other even tak suka. Lepas kahwinkan boleh kenal-kenal lagi. Sad ending? Happy ending? Either or…

Keempat…

Penulisan Fina terhenti. Telefon bimbit yang berdering mengganggunya. Iphone 4s putih dipandang. Private number? Siapa pula dah? Dia menekan ‘answer’.

“Hello, Assalamualaikum. Fina here,” penuh tertibnya dia menjawab. Dia kan seorang gadis yang sopan. Sekali taufan melanda, habis semua sifat keayuan.

“Waalaikumsalam. Are you Nurfina Huzain?” Fina yang tadinya meniarap, berbaring memandang syiling. Suara lelaki?

“Ya, saya. Ada apa ya?” Lelaki di hujung talian berdehem. Fina menunggu penuh sabar. Padahal, dia sudah mula menyumpah seranah si lelaki yang masih diam itu.

“Hello, encik. Are you still there?”

“Yes. Sorry for disturbing you, Cik Fina. Let me just straight to the point. Saya, Isyraq. Bakal suami awak,” terang lelaki itu.

“Err… kenapa ya? Malam-malam call saya…”

“Awak tahu kan, lagi dua minggu kita akan bernikah?” Fina mengangguk.

“Ya. So?”

“I’ve asked my mother to meet you before the day. But, she doesn’t allowed me. So, I call you tonight because I have many confession to tell you,” Zulfahmi menghela nafasnya. Fina sudah tidak sedap hati. Confession apa pula ni? Dia mengambil buku diarinya. Ditatap tulisan tangan yang dtulisnya tadi.

“Confession? Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke sebelum kita bernikah?” Perkataan ‘bernikah’ sudah menjerut leher Fina tanpa sedar.

“A lot. Can you give me your e-mail address? Fac username pun okay…”

“Naaa, I’ll give you my e-mail address. ,” beritahu Fina senafas. Dia memang tidak suka jika ada orang tak kenal minta account facnya.

“Alright, thanks. Saya akan draftkan semuanya mengenai diri saya. Please, take note,” Terangkat kening Fina.

Perlukah dia tahu pasal bakal suaminya itu sebelum kahwin? Playboykah dia? Burukkah perangainya? Hodohkah wajahnya? Atau dia ada kekurangan apa-apa?

Cepat-cepat Fina menggelengkan kepalanya. Menghalau anasir-anasir jahat yang mula mengusai fikiran. Dia tidak patut bersangka buruk pada Isyraq meskipun dia seratus peratus tidak sukakan perkahwinan itu. Umi dan ayahnya sentiasa mengingatkannya agar selalu bersangka baik.

“You’re welcome. Anything else?”

“Nope. Thanks again for the chit chat. I appreciate your precise minutes. Good night,” Manisnya mulut si Zulfahmi ni. Pipi Fina memerah. Dia kan pantang kalau ada lelaki yang bersikap sweet ni.

“Okay then. Good night,” balas Fina.

Fina kembali berfikir mengenai kategori bakal suaminya itu. Dek terlalu asyik menulis, dia terus terlelap. Bersama dengan bayangan positif yang dia cuba terapkan mengenai bakal suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience