Bab 5

Romance Completed 8933

5

Fina merenung wajah kacak di hadapannya. Wajah tanpa riak itu menarik perhatiannya. Mata bundar sedang memandang ke hadapan tanpa berkelip. Hidung mancung dan bibir terletak. Dia terpikat dengan gaya rambut Zulfahmi. Potongan rambut ala-ala Matt Damon. Dia senyum nipis. Lelaki inilah yang dia terserempak di mall dua minggu lepas. Tidak sangka pula, itu adalah bakal suaminya.

Zulfahmi pelik kerana dia langsung tidak mendengar suara isterinya. Dia tahu Fina masih di situ. Haruman gadis itu menusuk ke hidungnya. Dia agak canggung duduk di sofa tanpa melakukan apa-apa. Lebih dia segan, kini dia berada di dalam bilik Fina. Hanya berdua dengan isteri yang baru dinikahinya beberapa jam yang lepas.

“Fina, are you still here?” Ringan mulut Zulfahmi bertanya.

“Ada ni. Your hot chocolate,” Fina mencapai tangan kanan Zulfahmi dan memberikan mug berisi hot chocolate yang dibancuhnya tadi.

“Terima kasih,” ucap Isyraq. Dia terfikir, sejak bila dia minum hot chocolate?

Fina duduk bersimpuh di atas karpet tebal. Manakala Zulfahmi sedang duduk elok atas sofa yang boleh memuatkan hanya seorang itu. Fina menunggu suaminya minum air yang disediakan khas untuk Zulfahmi. Tapi, lelaki itu hanya memegang sahaja mug itu.

“You have had enough caffien. Tak eloklah minum kafien selalu,” Fina bersuara. Zulfahmi mendengus. Mamanya yang sering berleter tentang itu pun, dia tak endahkan. Inikan teguran seorang isteri yang baru sahaja masuk ke dalam hidupnya.

“Saya tak suka hot chocolate,” Zulfahmi berterus terang. Fina mengeluh kecil. Puan Norlia ada beritahunya tadi mengenai suaminya yang ketagih dengan minuman berkafien. Oleh itu, dia sediakan coklat panas.

“Tapi, untuk malam ni… abang kena minum air kat tangan abang tu eh. Please,” Zulfahmi tergamam. Lembutnya suara Fina ketika itu.

“No. Saya tak minum apa-apa pun tak apa,” Macam budak-budak. Pandai merajuk rupanya si Zulfahmi ni.

“Okay, I’ll make you another drink,” Fina mengambil kembali mug dari tangan Zulfahmi. Dia bangkit berdiri. Tak guna dia berkeras dengan lelaki itu.

Dia menghalakan langkah ke dapur. Balang yang berisi coffee latte paket di buka. Dia mengambil sepaket coffee latte dan mula membancuh air itu. Kadangkala, ada juga dia minum minuman bercaffien tapi tidak sekerap Zulfahmi. Apabila teringatkan rajuk si suami, dia tersenyum. Macam sweet saja.

Beberapa hari selepas Zulfahmi menelefonnya, dia menerima sebuah e-mail dari lelaki itu. Fina langsung jatuh hati dengan bakal suaminya ketika itu. Sebab apa? Baginya, Zulfahmi terlalu jujur. Setiap kelebihan dan kekurangan dirinya dituliskan untuk tatapan Fina sebelum mereka bergelar suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience