Bab 13

Romance Completed 8933

13

Zulfahmi menanti isterinya di kerusi rotan di ruang santai rumah banglo semi-d itu. Dikelipkan mata berkali-kali. Nanti Fina dah ada depan mata, dah tak boleh nak kelipkan mata kerap sangat. Dia senyum nipis. Apabila teringatkan si isteri yang selalu menatap wajahnya secara rahsia itu.

Bukan dia tak nampak, mata Fina yang sering menatap mata hazelnya apabila mereka berbual. Malu juga dibuatnya. Tapi, memandangkan dia ‘buta’, buat-buat tak tahulah.

“Your coffee. Tak tahulah rasa macam mana. Fina tak pernah bancuh coffee biasa,” Fina meletakkan mug berisi coffee di atas meja tengah. Dia duduk berhadapan dengan suaminya.

“Boleh saya tanya sekarang?”

“Sure…”

“Do you have another car other than Myvi?” tanya Zulfahmi. Dia berasa pelik apabila terpandangkan nombor plat kereta Chevrolet merah kepunyaan isterinya. Nombor platnya sama dengan pemilik yang pernah melanggarnya sewaktu dalam kemalangan dulu.

Dulu, sewaktu kemalangan dia tidak sempat pun untuk menghafal nombor plat pemilik yang melanggarnya. Tapi pemandu lain yang berada dibarisan belakang keretanya sempat menghafal dan mencatitkan nombor plat kereta tersebut. Kemudian, pemandu itu jugalah yang menghantarnya ke hospital. Beberapa hari selepas dia sedar, barulah dia diberitahu oleh pemandu yang menyelamatkannya sempat mencatit nombor plat kereta yang melanggar larinya itu.

“Err… ya. Kenapa abang tanya?” Fina menggigit bibirnya. Berasa pelik juga macam mana dia boleh tahu yang dia ada dua buah kereta.

Ah, mungkin ada seseorang yang beritahu,’ agak Fina tanpa mahu berfikir terlalu lama.

“Banyak jugak duit Fina ya. Boleh pakai sampai dua kereta dalam usia muda. Belajar lagi pulak tu,” balas Zulfahmi sambil senyum sinis. Fina sudah pelik.

“Myvi tu hadiah dari ayah sebab Fina cemerlang spm…”

“The other car?”

“Hmmm, my favourite and sweet baby. Dah tak ada dengan Fina pun. Crashed,” Jatuh rahang Zulfahmi.

“Sebab?” Fina mengeluh. Mengeluh lagi! Chevrolet merah kesayangannya. Dibeli menggunakan namanya sendiri. Dia jugalah yang membayar ansuran bulanan. Sejak dia membeli Chevrolet, Myvinya jarang digunakan.

“Entah malaun mana pergi curi kereta kesayangan Fina tu pun tak tahu. Fina ingat lagi time tu Fina ada study group dekat rumah sewa kawan Fina. Esoknya Fina nak balik, my car was gone. Abang boleh faham tak apa perasaan Fina masa tu. Macam nak tembak orang yang curi tu aje.” Penuh bersemangatnya gadis itu bercerita.

Zulfahmi terus terdiam. Jadi, bukan Fina yang menyebabkan dia kemalangan? Nafas… nafas! Disedut udara malam dan dilepaskan perlahan. Dia perlu bertenang. Dicapainya coffee di atas meja. Membulat mata Fina. Dia memandang Zulfahmi tak berkelip.

“Kenapa abang nak tahu pasal kereta Fina? Ada apa-apa ke?” Zulfahmi yang sedang meneguk air, terbatuk.

“Tak, saya cuma nak tahu je. Saya ingat nak belikan awak kereta baru,” tipu Zulfahmi.

“Hah? Serius?”

Dan sekali lagi Fina terpana. Dengan selambanya Zulfahmi meletakkan kembali mug di atas meja. Tanpa sedar, dia mengetap bibir. Dia tidak mahu memikirkan perkara yang tak elok. Mungkin Zulfahmi sudah biasa. Kan dah lama lelaki itu hilang penglihatan.

“Taklah. Dah jumpa ke kereta yang hilang tu? What do you mean by… crashed?”

“Seminggu lepas tu, polis call ayah bagitahu kereta tu terlibat dalam kemalangan. Mereka jugak dapat tangkap pencuri tu. Lega rasanya hati Fina. Tapi, my car dah crashed sebab teruk sangat,” Zulfahmi menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. Rasa macam nak menangis pun ada. Dia dah buat silap besar!

“Kereta jenis apa?”

“Chevrolet merah…” Zulfahmi melepaskan keluhan berat.

“Dan berapa nombor plat kereta awak?”

“WA 9260 V,” ujar Fina. Sekali lagi Zulfahmi tertelan air liurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience