Bab 9

Romance Completed 8933

9

Zulfahmi berlari perlahan di atas treadmill. Sudah menjadi kebiasaan, dia akan berkunjung ke gym jika ada masa. Sejak dia berehat dari melakukan kerjanya, kerap juga dia ke gym kegemarannya itu. Kerjaya dia sebagai optometrist hancur kerana kekurangan dirinya. Pakar mata apa jika diri sendiri sudah hilang penglihatan.

“Zul, sampai bila nak tipu?” soal Tariq. Dia berdiri di sebelah treadmill. Zulfahmi senyum sinis.

“Sampai perempuan tu penat nak jaga aku,” jawab Zulfahmi senada. Tariq terkeluh kecil.

“Benda tu kan dah lama. Kau pun dah pulih. Dia layan kau baik kan?” Tariq masih tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat karibnya itu.

“Entahlah, Riq. Sebab dia, aku kehilangan Farahin. Kau tahu kan macam mana aku sayangkan dia. Aku kecewa sangat-sangat. Hati aku dah mati untuk perempuan…”

“Takkan kau nak jadi gay. Huishh, dosa besar tu, Zul,” Zulfahmi menjeling Tariq yang sudah tersengih macam kerang busuk itu.

“Mulut kau. Ada juga aku sumbat dengan towel ni,” Tuala kecil dibahunya ditarik dan melibas Tariq perlahan. Tariq tergelak.

Isyraq menekan punat ‘STOP’. Dia turun dari treadmill dan membawa langkah ke meja yang disediakan di tepi tingkap gym itu. Tariq mengikut langkah Zulfahmi.

“Bagi aku, kau tak patutlah buat macam tu. Dia tak tahu apa-apa. Lagipun, dia muda lagi. Dan, yang penting dia sendiri tak tahu apa yang dia dah buat,” Sudah menjadi tanggungjawab Tariq sebagai kawan untuk menegur kesilapan Zulfahmi.

“Aku akan buat dia tahu, Riq. Aku akan pastikan dia tahu apa yang dia dah buat. Kau tak pernah faham perasaan aku yang selalu takut nak tidur. Tipu mama aku. Kau ingat aku sanggup nak tengok mama aku menangis setiap malam?”

Sebuah kenyataan yang hanya Zulfahmi dan Tariq sahaja tahu. Apakah? Zulfahmi tak buta! Yes, he just fine. Sengaja dia berpura-pura buta untuk memberi pengajaran kepada Fina. Apa yang dah Fina lakukan? Tariq melepaskan keluhan berat. Dia sudah penat menasihati rakannya itu. Sudahnya, lelaki itu masih menyimpan dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience