Bab 16

Romance Completed 8933

16

Sejak Fina tahu suaminya tak buta, dia lebih banyak diam. Kalau dulu, memang bersemangat dia bercerita pasal kuliahnya. Walaupun Zulfahmi macam tak kisah, dia tetap akan bercerita. Habis semua dia luahkan. Sampaikan si Zulfahmi tu pakai fon kepala. Malas mendengar isterinya berceloteh.

“Dua tiga hari ni, Fina senyap aje. Bergaduh dengan Zul ke?” soal Puan Norlia. Dia sendiri pelik. Selalunya Fina ceria saja.

“Tak adalah, ma. Fina cuma stress pasal assignment yang melambak tu. Mama janganlah risau. Anak mama ni behave aje,” Fina menjeling Zulfahmi yang sedang enak menyuap nasi ke mulut. Mereka duduk berhadapan. Tak kuasa Fina nak duduk sebelah Zulfahmi.

“Ke pasal mata Zul?”

“Mama dah tahu ke?”

“Anak bertuah ni dah cerita kat mama semalam. Bengkak jugaklah mata mama ni…”

Zulfahmi hanya diam. Dia tahu dia dah buat salah. Tak mahulah ditambah pula api ke bara lagi.

“Ma, bulan depan Fina kena stay kat rumah umi tau. Fina nak study untuk final exam. Subjek yang Fina ambil tu kena banyak discuss dengan ayah. Fina ada tertinggal dua topik sebab tak masuk kelas hari tu,” maklum Fina.

Zulfahmi mengerling isterinya. Sepatutnya gadis itu perlu minta izin dengannya. Bukannya dengan mama. Tahulah berangin dengan dia pun. Tapi, jangan sampai membelakangkan suami.

“Emmm…”

“Mama, Zul pergi kerja dulu. Zul balik lambat sikit hari ni,” Tanpa sempat Puan Norlia membalas, Zulfahmi terlebih dahulu memotong bicara mamanya.

Dah kenapa dengan suami isteri ni? Dingin semacam. Zulfahmi terus berlalu keluar tanpa memandang Fina langsung. Apalagi, sentaplah si isteri muda tu. Dia bukannya tak nak minta izin dengan Zulfahmi. Cuma, dia mahu ibu mertuanya tahu dulu. Nanti, tak adalah Puan Norlia terasa.

“Fina, Fina marahkan Zul ke?”

“Marah tu memanglah marah, ma. Tapi, dah okey pun. Fina cuma nak maklumkan pada mama aje. Takut mama terasa hati sebab Fina balik rumah sana lama,” adu Fina. Puan Norlia mengusap lembut kepala Fina yang bertudung kemas itu.

“Zul memang macam tu, Fina. Kalau Fina nak tahu, suami Fina tu manja tau. Sikit-sikit merajuk. Pandai-pandailah Fina pujuk dia. Tapi, tunggulah dia cool down,” Fina senyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience