Bab 17

Romance Completed 8933

17

“Abang!” sergah Fina ketika suaminya itu sedang ralit dengan Blackberrynya di pangkin di halaman rumah.

Tiada respon! Fina bersila di hadapan Zulfahmi. Betul-betul mengadap tubuh itu. Dia membuat muka comel dengan harapan si suami akan lembut hati. Bukan niat dia ingin membelakangkan lelaki itu. Cuma, dia tak tahu pula Zulfahmi akan merajuk. Hal kecil saja pun.

“Abang…”

Zulfahmi buat tak tahu. Dibeleknya handphone itu. Membiarkan saja si isteri terus memujuk. Buat pertama kalinya, sejak berkahwin tiga bulan yang lepas… dia merajuk dengan Fina. Merajuk mengalahkan budak-budak.

“Tak nak cakap dengan Fina eh. Okey, Fina sedarlah Fina ni siapa. Pengganti Nur Farahin abang tu aje. Lagipun, Fina kan tak matang macam bekas tunang abang tu. I realize it. But, please. Forgive me,” Fina menarik tangan kiri Zulfahmi selamba.

“Abang… Muhammad Zulfahmi …”

Fina tergamam. Bibirnya terkunci. Selamba sahaja bibir Zulfahmi itu mengunci bibirnya. Jantungnya berdebar laju. Gaya seorang pelari pecut. Terus lemah segala sendinya.

“Annoyinglah. Tak boleh ke pujuk abang dengan cara yang romantik sikit. Ni tak, asyik membebel aje,” kata Zulfahmi perlahan di tepi telinga Fina.

“Fina… Fina…”

“Fina apa?”

“Sorry,” ucap Fina sepatah. Hanya perkataan itu sahaja yang dia inginkan ucapkan sejak kejadian Zulfahmi merajuk dengannya.

“Maaf diterima tapi bersyarat…”

Fina membulatkan mata. Tanda tidak memahami maksud kenyitan mata Zulfahmi. Tanpa menunggu lama, Zulfahmi pantas mencempung tubuh kecil isterinya. Dicempungnya sehingga ke bilik. Diletakkan gadis itu di atas tilam. Mata Fina terkebil-kebil.

“Izinkan saya,” Zulfahmi berkata penuh romantik. Fina tersenyum tanda dia mengizinkan Zulfahmi mengambil ‘haknya’ sebagai suami di tubuhnya. Laju sahaja bibir Zulfahmi mendarat dibibir isterinya.

Kerana mata, mereka berdua bahagia. Bahagia sampai ke akhir hayat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience