Bab 3

Romance Completed 8933

3

Puan Izah memerhati anak perempuannya yang sedang bersarapan itu. Tak sampai dua minggu sahaja lagi, Fina akan bergelar isteri orang. Sudahlah masak pun tak reti, pakaian dia pun Puan Izah yang basuhkan. Puan Izah tergeleng tanpa sedar. Macam manalah anak perempuannya itu ingin mengendalikan rumah tangganya nanti?

“Umi, Fina pergi dulu eh. Takut lambat,” Fina menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Iyalah. Habis kelas, terus balik ya. Jangan melencong tempat lain pulak,” pesan Puan Izah.

“Alright, umi. Tapi, Fina nak singgah mall kejap tau. Nak beli something…”

“Okey. Tapi sekejap saja tau. Fina tu tengah darah manis. Tak elok sangat keluar lama-lama,” Fina tersengih. Lupa pula dia bakal berkahwin.

“Okey, umi. Assalamualaikum,” Fina pantas menyarungkan kasutnya.

Puan Izah menghantar Fina sehingga ke pintu. “Waalaikumsalam. Bawa kereta elok-elok,” Fina hanya mengangguk.

Dia terus menghidupkan Myvi putihnya. Hari ini kelasnya agak padat. Selepas kelas pula, dia perlu ke mall. Dia ingin membeli sesuatu sebagai persediaan ke alam rumah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience