Bab 15

Romance Completed 8933

15

Fina mampir ke katil setelah membersihkan mukanya. Rutinnya sebelum tidur. Dicapai Iphone 4s di atas meja sisi sebelum berbaring di katil. Zulfahmi pula sedang kusyuk mendengar lagu di Ipodnya. Sedap sahaja dia bersandar di kepala katil. Sesekali matanya memandang isterinya. Mungkin gadis itu sedang bersosial di laman Fac.

“Fina, saya ada benda nak cakap…”

“Apa dia?”

“Tapi, janji dengan saya. Jangan bagitahu mama pasal benda ni,” Fina bangun bersandar. Kini, tumpuan diberikan kepada suaminya.

“Macam penting aje. Insya Allah, Fina tak bagitahu mama,” Zulfahmi menghembuskan nafas perlahan.

“Jangan terkejut ya. Cuba Fina pandang saya. Ada nampak something different tak?”

Zulfahmi menggerakkan bebola matanya. Dan, kemudian dimatikan pandangan. Sepasang matanya tajam berbalas pandang dengan Fina. Fina menatap mata hazel yang sedang merenungnya itu. Dia dapat rasakan jantungnya sudah berdegup laju. Mata itu ada perasaan. Tak kaku seperti selalu. Dia macam terasa malu tika menatap mata itu.

“Ada. Nak Fina butakan sekali lagi?” Zulfahmi tersentak.

“Maksud Fina? Butakan sekali lagi?” Fina mengangguk. Dia bersila menghadap Zulfahmi. Dimatikan matanya pada bebola hazel milik suaminya. Mereka saling bertatapan. Jantung masing-masing sudah memainkan lagu.

“Ya. Pertama, abang kan buta sekarang ni. So, Fina cucukkan sekali lagi. Semakin butalah mata abang tu. Kedua, abang pernah buta dan sembuh. Fina butakan sekali lagi. Biar jadi buta kekal,” kata Fina tanpa perasaan.

“Apa Fina merepek ni?”

“Abang nak bagitahu Fina apa tadi?” Fina membalas dengan soalan juga.

“I’m not blind. I can see you. You look cute in that bunny shirt. Your pony tail too,” Fina mengerdipkan matanya berkali-kali. Nafas dia dah turun naik.

Dipegang cuping telinga kanan yang bertindik subang. Terasa darah mula menyerbu di segenap wajahnya. Zulfahmi menyembunyikan senyum. Comelnya muka ‘innocent’ Fina. Wajah itu nampak keliru dengan kenyataan yang diberikan. Macam nak menangis pun ada. Dia menanti Fina berkata-kata. Tapi, gadis itu kelihatan bingung.

Zulfahmi mencapai tangan kiri Fina. Namun, ditepis perlahan oleh gadis itu. Fina bingkas bangun. Dia melangkah meninggalkan bilik. Si suami sudah terpinga-pinga dengan tindakan si isteri.

“Dia nak pergi mana pulak tu,” Zulfahmi turut membawa langkah ke luar bilik. Dia mengekori langkah isterinya.

Fina melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dia perlukan pernafasan yang baik ketika ini. Mungkin udara malam akan kembalikan kesegaran otaknya. Zulfahmi memerhatikan isterinya yang sedang menenangkan fikiran di ruang rehat luar rumah.

“Abang, come here… please,” gamit Fina. Zulfahmi melangkah malas. Pasti Fina ingin memarahinya.

Dihenyakkan punggung di kerusi rotan berhadapan dengan Fina.

“Kenapa bagitahu Fina?”

“Hah?”

“About your eyes. Why would you tell me? I want your reason,” Fina berwajah serius. Dia langsung tidak memandang wajah Zulfahmi. Mata dihala ke meja kopi.

“Because you have the right to know it. I want you to know that I can see you. I always watch you…”

“Kenapa abang pura-pura buta?”

“Sebab nak balas dendam pada pemilik Chevrolet merah yang dah sebabkan saya buta sementara. Dan saya juga hilang gadis yang saya sayang…”

Mata Fina sudah berair.

“Jadi, abang tahu pasal Fina dari awal lagi?” Zulfahmi hanya mengangguk, mengiyakan soalan isterinya.

“I’m sorry. Saya tak tahu yang sebabkan saya accident bukan Fina. Tapi, orang lain. Pencuri kereta Fina,” jelas Fina.

Tiba-tiba Fina rasa seperti diperbodohkan. Dia macam orang bodoh saja. Ikut saja apa yang orang suruh. Akhirnya, menjerat diri sendiri. Fina menampar bibirnya perlahan. Tak mahu terlanjur dalam berkata-kata. Tak elok mempersoalkan benda yang dah jadi.

“Bagi Fina masa. Abang nak sambung hubungan abang dengan bekas tunang abang balik ke?” Zulfahmi terkedu. Jauhnya Fina berfikir. Dia sendiri tidak terfikir untuk kembali kepada Dhuha.

“No. Maybe she’s not my destiny. She has her own life with another guy. Better than me, a cheater,” Fina tergelak sinis. Macam kelakar pula mendengar ayat pasrah Zulfahmi.

“Jadi, abang tahu Fina selalu pandang mata abang?” Zulfahmi mengangguk. Fina menutup mukanya dengan kedua belah tangan. I want to be an invisible women please, jerit hati Fina. Zulfahmi tersenyum.

“Stress… stress… stress,” Fina bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi Zulfahmi terpinga. Dia langsung tak boleh menduga perilaku isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience