CHAPTER 9

Romance Completed 165453

Tersembur air laici susu yang diminum oleh Mawar tatkala temannya memberitahu tentang berita tersebut.

"Hoi,apahal kau ni?Habis basah baju aku yang cun melecun ni!!"Ellysa menjerit sambil tangan mula mencapai tisu diatas meja.

Mawar mencerlungkan mata tanda marah.

"Aireen Ellysa,biar aku tanya kau satu soalan.Sebelum aku pergi hari tu,apa aku pesan dekat kau?"Mawar bertanya dengan suara lembut.

Lembut yang tersirat tu.Ellysa membuat rolling eyes.

"Aku pesan,jangan buat kerja gilakan?Dahtu,apa kau buat ni Lysa?!Kau nak kahwin dengan mamat mana tah!"Mawar menjawab soalan sendiri kerana melihat Ellysa yang diam.

"Kau ni pun,tak payahlah terkejut sangat..."

"Tak terkejut?Kau ingat benda kau buat ni kecik ke Lysa,bukan macam main goreng nasi,tanya abang nak makan apa?Abang nak makan awak.

Bukan macam tu wahai minah gila!"Mawar menjegilkan mata.

"Ye,ye aku tahulah!Tapi dah aku tengah terdesak..."

"Ni satu hal lagi,siapa suruh kau masukkan duit kau dalam akaun aku?Lysa,aku cakap,aku ada duit,aku adalah!"Mawar memotong lagi.

"Mar,kau dah banyak tolong aku selama ni.Lagipun duit tu bukannya banyak pun.Plus aku kan dah dapat kerja sekarang?"Ellysa cuba memujuk.

Kan dia dah kata,Mawar kalau bad mood semua benda dia sembur.Herh,seram!Mawar menarik nafas cuba menenagkan diri.

"Lysa,itu bukan kerja yang aku maksudkan untuk kau cari.Kahwin ni bukan boleh buat main-main!Kau ingat benda ni tak serius ke?!"Suara Mawar ternaik lagi.

Gila!Memang minah depan dia ni gila!Kahwin ni dia ingat main pondok-pondok agaknya!Panas betul hati Mawar dibuatnya.

Mana taknya,sudahlah hampir terjojol biji mata saat melihat jumlah wang yang terdapat dalam akaunnya.

Ni tak lain tak bukan mesti Ellysa lah yang masukkan!Lepastu,boleh pulak dengan muka selamba dia cakap...

"Mar,aku dah dapat kerja.Mamat sorang ni upah aku jadi isteri dia.Gaji dia lumayan tau Mar!"

Rasa nak hempuk-hempuk aja si Ellysa ni biar otak dia yang senget tu jadi elok balik!

"Ye-ye aku tahu.Tapi...pleaselah Mar.Aku betul-betul perlukan kerjaya sekarang ni.Pleaseeeeee!!!"Ellysa bangun lalu memegang kedua belah tangan temannya itu.

Siap cium lagi.Naik seriau Mawar dibuatnya.Hish,aku bukan serai okay!

"Ishh,yelah-yelah Lysa!Malaslah aku nak cakap dengan kau.Bak sini tangan aku balik.Basah dengan air liur kau nanti."Mawar segera menarik tangannya

"Thanks Mawar.Aku sayang gila,gila,gila,gila,gila dekat kau!"Ellysa memeluk Mawar pula.

"Tapi Lysa,kau kenal.ke mamat tu?Kerja apa?Nama apa?"Mawar menyoal serius.

"Hmm,nama dia Khail Redza bin Tan Sri Khalis Rafael...."Belum sempat Ellysa menghabiskan ayat,Mawar laju mencelah.

"Dia..Dia anak Tan Sri?!!Weyhhh,dia ada abang ke adik ke?Aku nak jugak!"Mawar terjerit.

"Samdol kau kawan!Tadi bukan main halang aku,sekarang kaulah manusia paling bersemangat!"Ellysa menyindir.

"Taklah,aku gurau aja.Hmm,apa pun Lysa kalau ada apa-apa roger aku balik.Kau kawan aku."Mawar memeluk temannya itu.

Ellysa membalas.Namun otak baru teringatkan sesuatu.

"Eh,Mar,esok aku nikah."Selamba sekali Ellysa berkata.Tidak semena-mena bahunya ditolak oleh Mawar.

"What?!!"Kuat sekali Mawar menjerit.Mata sudah terjegil kearah Ellysa yang dengan poker face tak berbayar dia tu!

"Kau ni,dari tadi lagi asyik terjerit.Saborlah.Relax dulu.Aku pun terkejut jugak,mamat tu main selamba aja cakap kahwin dengan dia esok."Ellysa mengeluh.

"Hmm,tapi kalau difikir-fikirkan elok jugak kau kahwin.Tak adalah otak aku ni nak menyemak fikir pasal masa depan kau."Mawar terangguk-angguk sendiri.

"Ceh!"Ellysa menjuih bibir.

"Tapi Lysa,asal mamat tu nak upah kau jadi isteri dia?"Mawar tiba-tiba bertanya.

"Oh,dia tak nak kahwin dengan sorang model ni.Nama dia Adellia Faranisa."Ellysa membalas.Mawar mengerutkan dahi.

"Model?Adellia?Weyh,aku rasa 'bakal suami' kau ni memang ada masalah matalah.Adellia tu,aku pernah tengok dalam majalah.Berlambak aja muka dia kat depan.Dahlah cantik.Apalah yang si apa nama?Khail kan?Ha,Khail nampak dekat kau ni?"

"Amboi-amboi,seronok mengata aku ye!"Ellysa meluku kepala gadis yang duduk disebelahnya itu.

"Ish,sakitlah!"Mawar tayang muka cemberut.Ellysa buat derk aja.

***
Ellysa memegang dadanya.Berdebar gila dowh.Baju kurung berwarna putih yang ringkas tetapi nampak mewah itu dipandang seketika.

Betul ke apa aku buat ni?Ellysa tiba-tiba was-was sendiri.Cermin dihadapan yang sedang memantulkan pantulan diri yang telah siap berselendang putih dan siap di makeup kan itu ditenung.

Macam tak percaya aja dia yang dalam cermin tu.Cantik sesangat!Kalah actress Korea tu.Huh,dah mula dah masuk bakul angkat sendiri.

Pintu bilik diketuk.Terpacul susuk tubuh Mawar yang memakai baju kebaya moden bewarna merah itu.

"Lysa!Wow,tak sangka kawan aku ni cantik."Mawar memuji.Apalagi kembang 29 mangkuklah si Ellysa tu.

"Eh,mesti!"Mawar tayang muka menyampah.

"Mar..."Suara Ellysa kedengaran perlahan.Mawar memandang temannya yang resah gelisah.

"Kau kenapa?Oh,aku tahu kau mesti tengah berdebarkan?Biasalah tu,nak kahwin siapa tak berdebar."Mawar mengusap belakang badan Ellysa.

Namun Ellysa pantas mengambil tangan tersebut lalu digenggam erat.Fuh,sejuk kemain tangan Ellysa ni!

"Mar,jom tolong aku lari."Bulat mata Mawar.Segera dia menarik semula tangannya dari genggaman si Ellysa a.k.a Minah gila!

"Aireen Ellysa!!!Kau jangan nak buat onar eh?!Dah jom gerak!Aku tak nak dengar kau merapu!"Mawar menaikkan suara.

Ellysa menarik nafas.Hailah!Hidup ku tidak seindah bayangan cinta mu.Cewah!Lysa cuba kau cool sikit!

"Dahlah jom.Kang lambat ada jugak yang meroyan karang!"Mawar membebel sambil tangan laju menarik lengan temannya itu.

Ellysa menurut shaja.Kau Lysa jangan nak ngada-ngda ehh!

***
Cincin dijari dipandang.Jemari Ellysa yang acah-acah runcing tu mengusap lembut cincin platinum berpermata putih ditengah.

Dikiri dan kanannya terdapat dua permata kristal kecil.Cantik dan sangat elegan.Fuh,best erm jadi anak Tan Sri!!!

Kini,Aireen Ellysa binti Irham Rafiqi telah sah menjadi seorang isteri 2 jam yang lalu.Macam tak percaya aja.

Tapi isteri atas kertas ajalah.Huh,sedih wei sedih!Haha,idoknya dia nak sedih.Kejap lagi mesti dapat bayaran!

Tok!Tok!Tok!

Pintu bilik diketuk.Korang tanya bilik siapa?Hah,hah,hah bilik siapa lagi kalau bukan cik 'abang' dia a.k.a Khail Redza!

Mula-mula sampai kat sini lepas blik dari masjid sumpah rasa macam nak tergolek pengsan.Besar gedabak!

Sudahlah besar cantik pulak tu.Bilik ni pun cantik dan besar.Perabot dalam bilik ni semuanya warna putih dan emas.

#Kejap lagi sis updte next chap ^_^
#Do comment k?

Share this novel

Nik Hanida
2020-03-13 09:24:19 

lg suspen


NovelPlus Premium

The best ads free experience