CHAPTER 5

Romance Completed 165455

Khail meraup wajah.Kusut!!Baru beberapa jam Tan Sri Khalis balik ke Malaysia sudah mampu memberi tekanan kepada Khail sendiri.

"I dare you to get millions of ringgit worth of contract before I return to Malaysia again.You'll get 2 months,young man."Tan Sri Khalis tersenyum sinis.

Kemudian lelaki berada itu terus keluar dari bilik pejabat anaknya.Khail senyap tanpa sebarang jawapan.

"I hope you'll not make me feel disappointed again."Ujarnya sebelum keluar.Khail melemparkan dokumen ke pintu selepas beberapa ketika ayahnya keluar.

Urat leher bertukar tegang.Itulah Tan Sri Khalis Rafael,pasti akan mencabar ego lelakinya demi mendapatkan apa yang diinginkan.

Dan dia?Hanya sebagai kambing hitam untuk merealisasikan impian tersebut.Jadi apa pilihan yang dia ada?

Tan Sri Khalis Rafael tidak pernah berasa bangga dengan pencapaiannya.Apa yang dia buat hanya sebesar zarah dimata lelaki itu.

Bagaimana dia ingin mendapatkan kontrak tersebut?Ini Khail Redza,pasti dia ada jalan sendiri.

Dia akan mempertahankan maruah jantannya walau apa cara sekalipun.Nekad.Dia nekad!Walau bagaimanapun kontrak tersebut akan menjadi miliknya.

"Encik Khail,ada mesyuarat sekarang."Suara Ayra kedengaran disebalik interkom.Khail senyap tanpa bicara.Dia sahut cabaran ayahnya!

"Thanks Ayra.Saya akan pergi."

***
Ellysa berjalan longlai tanpa arah tuju.Mana tidaknya,jam sudah menunjukkan pukul 8.10 minit malam.

Seharian dia mencari kerja namun satu hasil pun tak ada!Geram memang geram!Tapi apa mampu dia buat,hanya tersenyum kelat sahaja.

Esok masih ada,jadi baik dia pulang dahulu.Siang sudah melabuhkan tirai,malam berganti bersama bulan dan bintang.

Tanpa disedari tindakannya diperhati oleh seseorang.Khail tersenyum senget melihat perilaku gadis itu.

Terdongak-dongak macam patah tulang aja lagaknya.Kan dia dah kata,minah tu memang ada putus urat tengkuk.

Sebenarnya,Khail bukan spy minah senget tu ya.Jangan nak memandai fikir yang bukan-bukan!Dia hanya ingin menghilangkan tekanan dengan berjalan-jalan disekitar kawasan tersebut.

Tidak diduga pula akan ternampak gadis itu.Jadi dia hanya pandang sajalah.Dari buang masa pandang perempuan-perempuan tak cukup kain yang sentiasa memberi lirikan menggoda padanya sejak tadi baik dia pandang minah yang menutup aurat itu.

Khail terus memerhati.Baru sahaja dia ingin berlau pergi ekor matanya terperasankan seorang lelaki yang sedang tersenyum miang dan sedang mengekori minah senget itu.

Hati Khail ditujah rasa tidak kurang senang.Nampak gaya gadis itu masih tidak menyedari diri sedang diekori.

Khail bergerak menghampiri lalu turut mengekori lelaki tersebut secara senyap.Baru sahaja tangan gatal lelaki itu ingin menyentuk lengan gadis tersebut Khail terlebih dahulu menepis kasar tangan tersebut.

Automatik pergerakan tangan lelaki tersebut mati.Senyuman miang tadi hilanh entah kemana diganti pula dengan muka bengang.

Dia mula memandang ke arah Khail dengan jelingan tajam.Khail dengan selamba membalas renungan tersebut.

Nak tergugat dengan lelaki jenis ini?Huh,jauh lagi!

"Kau apahal?!"Jerkah lelaki itu sambil mencekak kolar baju kemeja Khail.Tapi,jejaka itu boleh tayang muka poker face aja?!

"Kau tanya aku apahal?Kau tu apahal?!Kau ingat aku tak tahu apa dalam otak kau?"Khail membalas senada.

"Itu hal aku,tak ada kena mengena dengan kau!!"Jerkahnya lagi.Khail menepis tangan yang masih mencekak kolar bajunya itu.

Automatik pegangan terlepas.Khail menjuih bibir.Hek eleh,baru tepis sikit dah terlepas?Lemah!

Baru Khail ingin berkata-kata terasa satu tumbukan melekat dipipi kirinya.Kepala terteleng ke kanan.

Dia kaku masih tergamam dengan situasi tersebut.Namun buat seketika dia tersenyum senget.

Kepala ditala semula kepada lelaki yang sedang merenung dengan amarah yang menggunung.Marah kerana hasratnya tergendala agaknya!

Tangan kanan Khail diangkat ke bawah bibir yang terasa basah.Darah!Makin lebar senyuman dibibir Khail tersebut.

"Kau tahu,ini kali kedua ada orang berani tumbuk aku.By the way,not badlah cara kau tu.Hmm,jadi mri aku tunjuk cara sebenar."Serentak dengan habisnya ayat terakhir Khail melepaskan buku lima tepat ke muka lelaki itu

Hello,dia ni pengamal Bak Mei okay!Sekali bagi cacat seumur hiduplah kau!Nasib tumbuk aja!Huh,nak tumbuk dia konon.

Tumbukan Khail sangat kuat hingga membuatkan lelaki itu jatuh terlentang.Khail pandang sepi.Kan dia dah kata,lelaki miang ni lemah!

"Kau tunjuk muka kau depan aku,kepala kau aku penggal."Khail tersenyum senget sambil mengelap tepi bibirnya.

Sesudah itu dia mengangkat kaki beredar dari situ.Huh,lelaki zaman sekarang!

***
Kepala Ellysa tertinjau-tinjau mencari kelibat teksi yang berkemungkinan lalu dikawasan tersebut.

Sebaik ternampak kelibat teksi,senyuman terukir dibibirnya,tangan melambai-lambai sebagai isyarat.Mata tetap ke arah teksi yang kian menghampiri.

Namun lengan kanannya tiba-tiba ditarik agak kuat sehingga menghempap badan seseorang menggunakan belakangnya sendiri.

Terkejut kemain weh!Ellysa mendongak memandang ke arah hamba Allah yang menariknya tersebut.

Ma..Mamat gila ni lagi?!!!

"Kau ni,masih dengan mata tak cukup sifat kau tu.Nak langgar tiang ke cik adik?"Khail menyoal sarkastik.

Ellysa memandang kehadapan.Tiang?Sejak bila tiang yang terdapat papan tanda yang memaparkan gambar pejalan kaki itu berada disitu?

"Err,tak perasan."Balas Ellysa masih diulit rasa terkejut.

"Mana nak perasan kalau leher dah terputus urat."Khail melepaskan tangan gadis dihadapannya itu.

"What?!Tak habis-habis lagi dengan urat leher?!Huh,dasar mamat gila."Ellysa menolak dada jejaka dihadapannya itu.

Share this novel

Nik Hanida
2020-03-13 09:21:31 

bestlh cite ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience