CHAPTER 18

Romance Completed 165455

Khail bergerak ke tingkat atas.Mata melilau-lilau mencari isterinya.Kosong.Mana pula dia ni?Khail menggumam dalam hati.

Bunyi pancuran air dari dalam bilik mandi membuatkan Khail menoleh.Dalam toilet rupanya.

Keluhan dilepaskan.Macam mana dia hendak berterus-terang?Lagi pula Ellysa belum tahu apa-apa.

Tapi dia sudah pasti,99.9% Ellysa bakal membenci dirinya saat mengetahui tentang atas dasar apa gadis itu diambil untuk dijadikan isterinya.

Khail berbaring di atas katil.Lengan kiri diletakkan di atas dahi.Otaknya sudah cukup berserabut dengan pelbagai masalah serta tekanan.

***
Ellysa keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang masih basah.Segar nya!!Namun baru beberapa langkah keluar dari bilik air,dia terpandangkan satu susuk tubuh disitu.

Ellysa merenung Khail sebelum bertindak menghampiri.Wajah yang jelas benar keletihan dan tertekan itu dipandang sayu.

'Apa sajalah yang awak sorok dari saya Khail?'Batin gadis itu mula menyoal.Rambut bewarna hitam itu diusap penuh kelembutan.

"Tidurlah Khail.Lupakan segala masalah yang awak hadapi,walaupun untuk sementara."Bisik Ellysa gemersik sambil mencium dahi suaminya.

Cinta?Ya,dia pasti.Lelaki itu sudah memegang hatinya.Kunci kebahagiannya.Sudah pastilah,dia menyayangi jejaka itu.

Cuma....Rahsia yang tersimpan sedikit menganggu fikiran Ellysa.Biarkan sajalah,esok lusa masih dia boleh tahu.

Perlahan-lahan dia merebahkan badan disebelah suaminya.

'I love you,Khail Redza.'

***
Pagi itu,Ellysa bangun namun kelibat si suami sudah tiada.Malas mahu berfikir dia menapak ke dalam bilik air.

Selepas sahaja siap mandi dan mengenakan pakaian,pantas Ellysa turun ke dapur.Terlihat adik iparnya sedang memegang anak kunci kereta Audi.

Dah cantik-cantik ni mesti nak keluar.Gumam Ellysa perlahan.

"Sha!"Panggil Ellysa.Keysha yang baru hendak melangkan pergi memandang ke arah kakak iparnya.

"Oh,akak!Having sweet dream?"Soal Keysha berlagak selamba.Ellysa tersenyum.

"Hmm,Khail mana?"Ellysa bertanya.Keysha mengeluh perlahan.

"Abang pergi office awal hari ni.Dia cakap ada meeting.Urgent."Balas gadis itu.Ellysa menganggukkan kepala.

"Oh...By the way,Sha nak gi mana?"

"Ermm,nak pergi office abang kejap.Ada hal.Kenapa ye kak?"Keysha menyoal sekadar berbasa-basi.

"Oh,kalau akak nak tumpang boleh?Boring pulak duduk sorang dekat rumah."Ujar Ellysa sambil muka dibuat kesian.

Keysha melepaskan nafas kasar.

"Err,abang bagi akak keluar tak?"Keysha berpeluk tubuh.Rambut yang dibiarkan lepas tidak diikat disebak kebelakang.

"Alah,tak pe.Akak bukan nak pergi mana.Jumpa suami akak jugak."Balas Ellysa selamba.Keysha mengerutkan dahi.

"Aihh,mana boleh macam ni kak!Matilah,Sha kalau abang tahu."Keysha membantah tegas.

"Tak apalah kalau macam tu...Biar jelah akak sorang kat sini.Sha keluarlah."Balas Ellysa pura-pura merajuk lalu bergerak ke dapur.

Keysha mengeluh berat.Sabar jelah.

"Akak...."Panggil Keysha.Ellysa yang sedang menghampiri pintu dapur itu tersenyum.

***
"Akak,Sha ada hal kejap.Akak naiklah dulu tau."Ujar Keysha lalu menapak pergi.Nampak cemas aja gayanya.

Tanpa banyak soal,Ellysa bergerak ke arah lif lalu menekan butang 15.Di dalam lif dia tersenyum sendiri.

Entahlah,dia juga kurang pasti kenapa hatinya begitu gembira sahaja kerana ingin bertemu si suami tercinta.Cewah!

Sebaik sahja tepandangkan Ayra,segera Ellysa menyambar lengan wanita tersebut.Ayra menoleh ke belakang.

"Astagfirullah,Puan Lysa!Terkejut saya.Apa Puan Ellysa buat kat sini?"Tanya Ayra jelas terkesima.Ellysa memberi senyuman.

"Erm,sorry tau.Saya datang nak jumpa Khail."Balas Ellysa.

"Oh,tapi saya kena inform dia dulu."Jawab Ayra sedikit gusar.Entah kenapa pula wanita itu?

"Eh tak perlu...Saya ingat nak acah-acah buat surprised.Hehe."Ellysa masih dengan senyuman.

"Ta..Tapi..."Belum sempat Ayra membantah,bunyi telefon bimbit wanita itu menganggu perhatian.Ayra mengambil lalu menjawab.

Bulat matanya.Entah apa yang diberitahu oleh si pemanggil.

"Err,Puan Lysa saya kena gerak kejap.Tunggu sini ye!"Ayra melangkah pergi.Ellysa mengerutkan dahi.

Kenapa semua orang nak cepat ni?Ellysa diam sebentar sebelum kaki bergerak ke arah bilik Khail.Senyuman manis masih diukir oleh bibir mugilnya itu.

Baru sahaja Ellysa ingin membuka pintu bilik suaminya,kedengaran suara sedang berbual.Senyumannya serta merta mati.

"Kau nak bagitahu isteri kau pasal semua ni ke Khail?Kau gila atau apa?"Suara Adellia sedikit ternaik.

Khail memicit dahinya.Pening kepala rasanya!

"Sudah itu aku nak buat macam mana?Papa aku dah balik tahu tak?Kau nak ke isteri aku tahu dengan cara lain?"Khail balas tegas.

"Maksud aku,kau nak bagitahu ke pasal yang Puan Sri Airena tu which is mama dia yang dah tinggalkan dia waktu papa dia meninggal yang bagi tawaran kontrak 3 juta pada kau tapi dengan syarat kau kena kahwin dengan Ellysa?!"Adellia menjawab.

"And,pasal aku ni yang kononnya orang yang tergilakan kau walhal aku ni kawan baik kau yang dijadikan sebab untuk kau kaburi mata si Ellysa supaya kahwin dengan kau lepastu kau upah dia jadi isteri,macam tu?"Adellia menyambung.

"Dahtu,aku nak buat macam mana lagi?Aku dah mula say...."

Ktakk!!

Adellia dan Khail menoleh ke arah pintu yang tertutup tiba-tiba itu.Hai,ada hantu pulak ke?

"Ada orang dengar ke?"Khail berbisik.Adellia tidak menjawab hanya mengangkat bahu sahaja.

Khail bergerak ke pintu,lalu membukanya.Kosong aja.

"Kau tutup tak pintu masa kau masuk?"Soal Khail kepada Adellia.

"Tutuplah."

"Hmm,angin kot."Khail melangkah ke arah kerusi di meja kerjanya.

"Angin kepala bana kau!Ni office bukan pantai!Datang ikut celah mana anginnya,pakai aircond pejabat ni!Kuat bebeno angin aircond rupanya."Perli Adellia dia akhir ayat.

Khail melepaskan tawa.Terhibur dengan sahabatnya yang satu itu.Namun hati masih terdetik dengan perasan berdebar.

Dapatkah si Ellysa menerima rahsia dia yang dia sedang bincangkan bersama Adellia tadi?Itu dia...kurang pasti.

"Oklah Khail!Aku ada job ni.Pape roger aku."Adellia mencapai tas tangannya lalu bergerak ke pintu.

"Lia!"Panggil Khail tiba-tiba.Adellia menoleh.

"Thanks for everything."Ucap Khail sambil tersenyum hambar.Adellia turut tersenyum sebelum menganggukkan kepala lalu berlalu pergi.

***
Khail naik ke biliknya saat jam sudah menginjak angka 9.00 malam.Aduii,meeting dan report banyak tak siap itu sebab dia blik lewat.

Penat dia hanya Allah yang tahu.Khail membuka pintu biliknya dengan malas.Gelap?Jejaka itu mengerutkan kening.

Dah tidur ke budak ni?Khail membuka lampu.

Kosong.

Khail memandang jam tangannya.Ke mana pula isterinya pergi ini?Khail menapak ke bilik air.Juga tiada.

Bunyi pintu utama dibuka menyentakkan jejaka itu.Segera dia turun mencari kelibat si isteri.Namun hampa.Hanya adiknya sahaja yang dia nampak.

"Sha!Mana Kak Lysa?"Soal Khail.Keysha mengerutkan dahi.

"Kak Lysa?Tak balik lagi ke?Pagi tadi,Sha hantar dia kat office abang sebab dia beria nak ikut.Ingat balik dengan abang."Jawab Keysha jujur.

Wajah Khail berubah.Dia berlari ke tingkat atas ke biliknya.

Almari baju dibuka.Baju isterinya semua dah tak ada.Bagasi bewarna hitam milik isteirnya juga hilang.

Keysha memerhati dihadapan pintu.Sedikit sebanyak hati dirundung bimbang.Mana kakak iparnya itu??

Khail mencapai telefon bimbitnya.Nombor isterinya di dail.Sh*t!Off pulak!Selepas beberapa kali mencuba,Khail menelefon Ayra pula.

"Ayra.Ada nampak isteri saya tak?"Soal Khail tanpa salam.

"Hah?Err,tadi pagi dia ada datang office.Saya suruh dia tunggu kejap sebab ada hal.Lepastu tak tahu dia pergi mana."Balas Ayra.

Khail raup wajah.Dia pasti isterinya sudah lari Lar kemana?Dia juga tidak pasti.Tapi apa yang dia tahu,gadis itu sudah mendengar perbualannya dengan Adellia.

'Mana kau pergi ni Aireen Ellysa?'

#Do comment if u wanna watch next chapter!
#Sorry guys for late updte,telefon sis hang kena virus entah pape.Hantar pergi repair! :(

Sorry tau dear.Sebagai tanda maaf sis updte lagi esok!Sorry sangat dearr T_T..Love u guys more than air that i breath!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience