CHAPTER 15

Romance Completed 165455

"Encik Khail,Puan Sri Airena dah sampai.Cik Adellia dia cakap dia jumpa Encik Khail masa lunch."Ayra berkata melalui telefon bimbit.

"Err,cakap dekat dia tunggu dalam bilik meeting.Nanti saya pergi."Khail membalas sambil mengerling Ellysa yang sudah terlena di dadanya.

"Ok bos!"Ayra mematikan talian.Khail memandang wajah polos Ellysa itu.Keluhan berat dilepaskan.Dia mencempung tubuh itu ke sofa panjang lalu meletakkan dengan berhati-hati.

Seketika kemudian dia menanggalkan kot nya lalu diletakkan di sofa sebelum keluar dari bilik pejabatnya.

***
Ellysa membuka matanya.Lama juga dia tertidur.Kepala ditoleh kiri.Kelihatan Khail yang kusyuk membuat kerja di meja kerjanya itu.

Ellysa bangun lalu duduk dikerusi.Dia mengeliat kecil sebelum mata kembali ke arah Khail itu.

"Best tidur?"Soal Khail tanpa mengangkat wajah.Ellysa hanya mengangguk sahaja.Mamai pulak!

"Kau nak keluar makan ke?"Soal Khail lagi.

"Hmm,dah lunch ke?Awak nak keluar?"Ellysa bertanya sambil memandang wajah Khail yang masih tidak berenggang dengan kerjanya itu.

"15 minit lagi before lunch.Mungkin aku keluar."Balas Khail senada.

"Oh.Okay."Keadaan kembali senyap.Ellysa tekun memandang wajah kacak itu.Pergh,memang A++ lah muka mamat ni!

"Hello,my cousin Khail Redza!"Satu terjahan mengejutkan Ellysa.Dia menghalakan pandangan ke arah pintu pejabat Khail yang terbuka luas dan terpacak seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya itu.

Khail dijeling.Dia ni biar betul?!Takkan tak terkejut tetiba datang terjah tanpa salam.Selamba aja buat kerja.

"Kau ni dah kenapa?Kena Sampuk jin ke apa?Masuk office aku bukan reti nak bagi salam!"Khail menyembur.

Lelaki itu tersengih sambil menghampiri Khail.

"Alah chill lah.Takkan tak happy jumpa aku?Bukan selalu aku balik Malaysia."Lelaki itu berkata.

"Tak kuasa aku nak happy.Ni,kau apasal tetiba datang office aku?"Khail menyoal sambil berpeluk tubuh.

"Kau ni,tak baiklah.Huh,Kai jomlah kita lunch together-gether!"Khail tayang muka geli geleman.

"Kau kenapa sebenarnya,Firas?Gelilah aku dengan perangai kau ni!"Khail mencebik menyampah.

Firas merangkap sepupu Khail itu tergelak mendengar.Biasalah,dengan siapa lagi dia hendak menyakat,bergurau,bergusti kalau bukan dengan Khail ini.

"Ok,apa sebenarnya yang kau beria-ia ajak aku keluar lunch dengan kau?"Khail menyoal sambil berpeluk tubuh.

Firas datang mendekat sambil tersengih.

"Aku nak kenalkan kau dengan my precious girlfriend."Ujarnya penuh semangat.Khail membulatkan mata

"What?Tak sangka ada perempuan nak kat kau ye?Rabun aku rasa perempuan tu,tak apa nanti aku beli kaca mata untuk dia."Khail memperli tajam sambil ketawa kejam.

"Kurang asam kau!Hello,aku handsome apa?Body tough gitu."Firas berura-ura menunjukkan ototnya itu.Makin kuat Khail gelak.

Sengaja dia gelak untuk menyakitkan hati sepupunya itu.Memang hakikat,Firas seorang jejaka yang tampan dan mempunyai badan yang tegap.

Pengamal seni mempertahankan diri tapi bukan Bak Mei seperti Khail.

"Oi,dah-dahlah tu.Ergh!Jomlah wei,please handsome!"Firas mencium pipi kiri sepupunya secara spontan.

"Woi,main kasar nampak!"Khail menunjal kepala sepupunya secara spontan juga.Gila punya mamat!Lebih ah bro sampai cium-cium pipi bagai

Berdekah-dekah si Firas itu ketawa.Khail menunjukkan penumbuk di muka Firas.Jejaka itu hanya buat muka mengejek sambil menjelirkan lidah.Perangai kalah budak-budak!

Terdengar gelak kecil langsung membuatkan perlakuan Firas dan Khail terhenti lalu sama-sama menoleh ke arah Ellysa itu.

Terkejut Firas dibuatnya.Macam mana dia tak perasan ada perempuan yang boleh tahan cun dalam bilik pejabat sepupunya itu?!

Sengihan ditayangkan.Dia menjeling Khail yang sudah duduk dikerusinya semula sambil menyambung kerja.

Firas mendekati Ellysa yang sudah berhenti ketawa itu.Membuatkan gadis itu mengerutkan wajah.

"Hey,beauty.Single?"Soal Firas memberi kenyitan mata kepada Ellysa yang sudah pucat lesi wajahnya itu.

"Kau ni mengorat isteri aku ke apa?"Soal Khail senada tanpa memandang ke arah Ellysa dan Firas.Dia masih kusyuk membuat kerja.

Sejujurnya,tak dia tak cemburu pun.Biasalah Firas.Kasanovalah katakan.Tapi dulu,zaman Mesolitik dulu.

Firas membulatkan mata.Lantas dia berpaling je arah sepupunya yang beriak selamba menyiapkan kerja.

"Hah?Kau biar betul Kai?Kau kahwin bila?Kat mana?Dalam singki ke?Aku tak tahupun?"Serentak habis soalan terakhir dahinya terasa dibaling sesuatu yang keras.

Serentak itu juga Firas mengaduh kesakitan.Cis,kurang garamlah!Dia bleh pergi baling pen?!Sengal punya mamat!

"Hoi sakit siot!"Firas menayang muka cemberut.Khail buat tak layan.

"Kebodohan kau tu simpan dekat precious girlfriend kau ye!Sengal!"Khail tayang penumbuk.Firas tersenyum.

"Hehe,jomlah Kai.Please Kai handsome."Firas senyum lagi sambil menghampiri Khail.Khail segera menjarakkan diri.

Huh,muka handsome dia hanya boleh dicium sekali seumur hidup Firas ni!Tergelak Firas dibuatnya..

"Hmm yelah."Khail mengalah akhirnya.Bersorak kegembiraan Firas dibuatnya.Lalu ,dia berpaling ke arah Ellysa yang sedang tersenyum itu.

"Awak ikut juga ye,beauty!You are so beautiful like a precious flower from my heart."Firas meletakkan sikunya ke dinding disebelah Ellysa.

Buk!

Firas mengerang kesakitan lagi sekali.Sakit siak kepala kena luku.Serius ah,sepupu dia ni gila!

"Tak payah nak mengayat isteri aku tu sangat.Aku lempang tercabut gigi 7 hari 7 malam kau kutip gigi tu!"Khail menarik tangan Ellysa.

Firas tersengih.Auw,auw sepupu dia!Jarang nak tengok ada perempuan boleh dekat dengan Khail melainkan Adellia.

"Wow,sweet cousin aku ni!Huhu,jomlah,baby aku dah call ni."Ujar Firas seraya keluar dari office Khail bersama telefon.

Ellysa melihat ke tangannya yang digenggam erat.

"Jealous?"Bisiknya sambil tersengih.Khail menjeling.

Ellysa memusing badan lantas memaut leher suaminya itu.Khail tayang muka pelik.Perlahan gadis itu mendekatkan wajah lalu mencium bibir dihadapannya itu lembut.

Khail tergamam sebelum dia meletakkan kedua-dua belah tangan dipinggang ramping Ellysa.

Harap kau masih macam ni,walaupun kau tahu kebenarannya Aireen Ellysa.Bisiknya dalam hati.

#Do comment if u wanna read next chap..sorry fr late updte ye!Love u guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience