CHAPTER 3

Romance Completed 165455

Ellysa duduk dihadapan meja solek biliknya.Rambut hitam panjangnya itu dibiarkan lepas tanpa diikat.

Terharu memang terharu dengan sikap BFFTJ nya itu tapi dia juga tidak tegar membiarkan temannya itu bersusah payah bekerja demi menyara dia!

Ellysa mengeluh lagi.Sakit kepalanya memikirkan semua ini.Lagi satu,duitnya pun,hanya tinggal untuk 1 minggu sahaja lagi.

Huh,cakap dekat si Mawar 1 bulan kononnya,walhal 1 minggu aja!Laci meja soleknya dibuka..

"Eh apa ni?"Ellysa mengerutkan dahi saat terpandangkan satu kotak bersaiz sederhana besar bewarna coklat yang terdampar di belakang laci meja soleknya.

Segera dia mengambil lalu membuka kotak yang sedikit berhabuk.Serta merta matanya berkaca saat membuka kotak tersebut

Album yang dibawa bersama semasa dia berpindah ke sini diambil lalu ditatap.Ellysa membuka album tersebut.

Senyuman terukir dibibirnya.Gambar dia dan arwah ayahnya sedang berpelukan itu ditatap penuh kasih.Zaman kanak-kanaklah orang kata.

Dibelek-belek lagi album bewarna biru lembut itu sehingga terpandangkan sekeping gambar.Tanpa dapat ditahan terhambur juga tangisannya itu.

Gambar disaat dia di majlis graduasi tersenyum sambil mencium pipi arwah ayahnya itu.Masih diingat lagi saat tersebut.

"Tahniah anak papa.Papa bangga dengan anak papa!"Encik Irham memeluk anak gadisnya itu.Ellysa mencium pipi ayah tersayang.

"Hehe,Reen kan memang hebat orangnya!"Ellysa tersengih.

"Dah mulalah masuk bakul angkat sendiri."Encik Irham menjuihkan bibir mendengar kata-kata anak tunggalnya itu.

Ellysa ketawa.Lengan papanya dipaut sambil kepala dilentokkan ke bahu Encik Irham.Encik Irham mengusap kepala Ellysa.

"Pa...Papa janji papa akan ada dengan Reen selalu."Ellysa meminta.Encik Irham tersenyum.

"Reen,papa selalu ada dengan Reen.Kalau tak ada depan mata,dalam hati sentiasa adakan?Tapi papa pasti walau macam mana pun,Reen masih ada mama.Papa tahu Reen mesti akan bahagia dengan mama."

Bahagia?Dengan mama?Papa sedang buat lawak atau apa?Perempuan yang berstatus ibu itu hanya tahu melepaskan tanggungjawab kepada orang lain sahaja!

"Lysa!Aku dah nak tidur ni.Kau pun tidurlah.Dah lewat.Aku tidur dulu keyh?"Suara Mawar kedengaran disebalik pintu.

"Y...Ye."Ellysa menjawab.Sedikit serak suaranya akibat menangis.Namun mujur Mawar tidak mengesyaki apa-apa.Tiada lagi suara kedengaran.

Ellysa menyimpan album tersebut di dalam laci.Kemudian dia bergerak ke atas katil lalu memejamkan mata.

"Pa...Reen nak papa."Rintihnya sebelum matanya memberat lalu meninggalkan segala kepedihan dunia buat seketika

***
"Weyh,Lysa!Aku pergi dulu tau.Kau jangan nak buat kerja gila time aku tak ada."Mawar mengangkat beg galas bewarna hitam yang berisi pakaian ke bahu.

"Alah,kau ingat aku ni gila sangat ke nak buat benda gila?Tak adanya!"Balas Ellysa sambil menjuihkan bibir.

"Kau bukan boleh percaya sangat pun.Oklah,nanti apa-apa roger aku.Kau ada duit lagi tak ni?"Soal Mawar.

"Err,ada...adalah!Tak payahlah nak runsing bagai,aku tahu jaga diri!"Balas Ellysa sedikit gugup.

Tipu lagi!Sebenarnya dia hanya ada RM100 sahaja lagi untuk perbelanjaan harian.Semua balance duitnya dimasukkan ke akaun Mawar secara rahsia.

Yelah,temannya dah banyak berhabis.Entah ada ke tidak duit.

"Hmm,kalau tak cukup roger aku.Oklah,aku pergi dulu.Bye!"Mawar bergerak ke arah teksi yang sedia menunggu dihadapan rumah sewa mereka.

"Bye Mar!"Jerit Ellysa sambil memerhati temannya yang melambai di dalam teksi yang kian menghilang.

"Ok,Lysa!Ni masanya untuk kau cari kerja!Mesti dapatkan satu kerja walau apa cara sekalipun!"Ucap Ellysa penuh semangat.

Biasalah,dia memang seorang yang bersemangat wajar.Tak heranlah Prof Syakir puji dia selalu masa dekat U dulu.Ahaks!Ni kes riak ni!

Sling bag bewarna peach itu dicapai.Time tengah tak ada duit ni,kena pakai grab aja.Kalau teksi?Waklu!Idoknye dia pakai!Mahal dowh!

***
Ellysa mengeluh lagi.Isyy,kenapa susah sangat nak dapat kerja ni?!Stresslah!Kelulusan aku tinggi kot,tak dapat jugak!

Jam bewarna putih dipergelangan tangan kiri dipandang.Pukul 1.00 tengah hari!

"Ah,apa-apalah!Baik aku makan dulu,kalau tak sia-sia aja mati kebulur kat sini."Monolog gadis utu sendirian.

Mata diliarkan ke setiap bangunan mencari kedai makan.Perut mesti didahulukan!Kan?Kan,kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience