CHAPTER 14

Romance Completed 165455

KRING...Kring...Kring!!!!

Khail menekapkan sebiji bantal ke atas mukanya.Bising lah bunyi telefon bimbitnya itu!Nak tidur pun tak boleh.

Terajang sampai dinding baru tahu!Deringan itu terhenti jua akhirnya.Namun tak sampai 10 saat deringan kembali bergema.

Khail merengus geram.Dia mengalihkan bantal dari muka.Jam bertatah permata di dinding biliknya dikerling sekilas.

6.15 minit pagi?!Telefon bimbit jenama Apple yanh masih memekik minta diangkat itu dicapai segera.

Nama Ayra terpampang jelas di situ.Khail menjawab.

"Assalamualaikum,Encik Khail!"Ayra bersuara.

"Waalaikummussalam.What do you want Ayra?Doesn't it too early if you wanna call me just for inform about my schedule today?"Suara Khail kedengaran bengang.

Sudahlah selepas makan tengah hari semalam dia terus ke pejabat menyiapkan tugasan sehingga pukul 9.00 malam.

Selepas itu,dia bawa adiknya dan Ellysa keluar makan malam sehingga tepat jam 12.00 pagi baru hendak pulang.

Sekarang diganggu pula?!Itu namanya cari nahas!Ayra meneguk air liur.Dia kenal bosnya itu.Time dia penat jangan nak disturb lah kalau tak nak patah tangan!

"Err sorry bos!Saya cuma nak bagitahu yang tadi Puan Sri Airena set meeting pukul 8.30 nanti.Dia cakap urgent!"Ayra bersuara takut-takut.

"What the...Awal gila!Kenapa pula?Apa laginya?"Soal Khail bertambah bengang.Ayra garu kepala yang tidak gatal.

"Saya pun kurang pasti bos.Tapi dia cakap memang urgent sangaat!Oh lagi satu,Cik Adellia nak jumpa bos nanti."Ayra membalas.

Khail raup wajah.Ergh,tak pernah tak aman hidup dia.Tahulah dia hot tapi tak payahlah semua yang nak jumpa dia tu kaum hawa semua!

"Oklah.Saya masuk office pukul 7.30.Make sure sorang pun jangan ganggu saya!Kalau yang terlebih urgent tu baru bagitahu dekat saya.Kalau yang remeh temeh suruh Nuha handle."Panjang lebar Khail memberi arahan.

"Ok bos!"Khail menamatkan panggilan.6.30 pagi.Erghh,malasnya nak bangun!!

"Hello,Encik Khail Redza Tan Sri Khalis.Bangun solat subuh!Jangan nak tidur lagi."Ellysa yang baru selesai dari mandi itu menegur.

Khail jeling sekilas.Dia tahulah!Ellysa yang masih mengeringkan rambutnya menggunakan tuala itu dijeling sekilas.

Kemudian dia kembali melekapkan bantal ke muka.Ellysa bercekak pinggang memandang Khail yang kembali tidur itu.

Jam di dinding dipandang.Pukul 6.40 pagi dah ni!Dah subuh bapak gajah dah ni!Eyh dia ni.Mulut Ellysa terkumat-kamit membebel.

Dia menapak ke arah Khail.Bantal dimuka suamunya itu di ambil.Berdecit Khail akibat perbuatan itu.

Ellysa menahan tawa.Khail masih menyambung tidur.Gadis itu menggaru kepala yang tidak gatal mencari idea.

Susahlah nak kejutkan mamat gila ni!Pagi hari pun dah buat aku gila.Ish,silap-silap Tanjung Rambutan hantar kad jemputan!

Ellysa mengeluh.Kalau dibiarkan mamat gila ni tidur alamat terbabas subuhlah jawabnya!Tangan kekar Khail dicapai lalu ditarik sambil digoncang.

"Hello saudara seislam ku,mamat gila ku,bangunlah!Awak nak saya buat macam mana lagi?!"Ellysa sedikit menjerit.

Terdengar Khail merengus.Ellysa menahan tawa.Eleh,nak marah kah tew!Makin kuat Ellysa menarik.

"Khail Redza,bangunlah!Ke terputus urat sampai tak boleh bangun?Bangu...Mak!!"Ellysa terjerit kecil saat lengannya tiba-tiba ditarik lalu jatuh ke atas tubuh sasa Khail yang sedang berbaring itu.

Mata Ellysa terus tertancap kepada anak mata hitam yang sedang memandangnya tajam.Tak pasti sama ada nak ketawa sebab muka Khail time ni memang nampak nak marah tapi comel atau nak cabut lari sebab takut dengan amarah dia.

Kalau korang pilih mana?
Pilihan satu ke pilihan dua?Sempat jugak buat quiz kat sini!Huaahahahaha

"Kau..."Ellysa tersengih kerana nada suara Khail yang bergetar itu.Marahlah wei!

Baru sahaja Khail ingin membuka mulut,dia terkaku sendiri.Anak mata sedikit membesar.
Kemudian mata di kalih pula ke arah Ellysa yang sudah berlari masuk ke dalam bilik air sambil ketawa sakan.

Khail menyentuh bibirnya.Masuk kali ini sudah 2 kali dia asyik kena cium dengan isterinya itu.Sekali,petang semalam dan kali kedua...hari ini.

Bukan cium pipi tapi....Tidak semena-mena Khail senyum senget.Sebelum akhirnya dia mengeluh dan meraup kasar wajah.

Kenapa gadis itu suka sangat buat dia rasa serba salah?Kenapa?!Dia...cuma.....Arghhhhh!!!!!!

***
Ellysa menguis-nguis makanan di dalam pinggan.Entah kenapa dia resah gelisah sahaja.Mungkin sebab kemunculan Adellia sebentar tadi mungkin.

Kalau muncul sahaja tak apa jugak ni siap heret Khail lagi.Spoil betullah!Eh,awat jadi lagu ni?!Dia dah....

No!No!No!Tak boleh-boleh!Ni hanya sementara sahajakan?Ergh,tapi kenapa setiap kali berhadapan dengan Khail dia akan jadi berdebar sahaja.

Oklah,memang semua orang ada heartbeat kan?Kalau tak ada,kau pergi gali kubur.Dah innalillah dah tu.Ke nak suruh aku baca tahlil sekali?

Tapi masalahnya debaran dia ni memang lain macam.Macam nak pecah aja dada!

"Kak Lysa...Kak Lysa!"Ellysa tersentak.Dia berpaling ke arah Keysha yang menatapnya penuh kerisauan.

"Akak ok tak?"Ellysa hanya nengangguk sahaja.Hilang selera fikir pasal cinta and pasal Khail dan Adellia tu!

"Alah kak,abang dengan Kak Lia tu ada benda nak bincang aja.Don't worrylah!Akak tengah jealous kan?"Keysha mengusik..

"Eh,mana ada!"Ellysa menafikan.Muka dah merah usah dikatalah!Keysha yang mendengar hanya ketawa sahaja.

"Oklah.Kak makanlah!Kesian abang Khail nanti bila tengok isteri kesayangan dia ni tak makan lagi."Keysha masih mengusik.

"Sha!"Keysha tergelak lagi.Wafel coklat itu digigit kembali.Ni sayang gila dekat abang dia.Sebut aja,pasal terliurkan sesuatu confirm dia beli atau bawak pergi makan!

Ellysa mengambil green tea di dalam cawannya lalu meneguk.Ah,hangat dan sedap sekali.Tergelak dia melihat Keysha yang sedang rakus makan wafel coklat itu.

Dia turut menyuapkan wafel berperisa peanut butter itu ke dalam mulut.(Sis pulak yang terliur.Sedap erm!)

"Dah siap makan?"Soal suara garau tiba-tiba.Ellysa dan Keysha serta merta menoleh.Khail tercegat dihadapan mereka.

"Dah."Jawab Ellysa dan Keysha serentak.

"Khail ak...Ehem I tunggu you dekat office you."Ellysa menoleh.Pft~Adellia lagi!Ingatkan dah blah.

"Ok.Tunggu dalam office I."Balas Khail.Ellysa tayang muka menyampah.Adellia mengangguk sebelum bergerak pergi.

"Jom.Dah lambat sekrang ni."Ujar Khail.Ellysa dan Keysha mengangguk sambil bangun dari kerusi.Selepas membuat bayaran mereka bergerak ke kereta mewah Khail.

"Sha..."Panggil Khail tiba-tiba.Keysha menoleh.

"Free kan?Nanti lepas ni teman Kak Lia."Khail berkata.Keysha mengangguk sahaja.

***
"Encik Khail!"Panggil Ayra.Ellysa dan Khail menoleh.

"Errr,Puan Sri Airena on the way ke sini.Dia cakap dalam 30 minit lagi dia sampai."Ayra memberitahu.

"Ok.Adellia dah sampai?"Khail menyoal.Ayra hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Nice,inform saya bila Puan Sri Airena dah sampai."

"Ok bos!"Khail mengangguk.Dia ingin meneruskan langkah namun suara Ayra menggamit perhatian.

"Err,macam mana dengan Puan Ellysa?"Khail menoleh ke arah isterinya yang sudah masam muka itu.

Ingin sahaja Khail menampar pipinya.Macam mana boleh lupa pasal Ellysa pulak ni?!Sudah lah kejap lagi Adellia dengan Puan Sri Airena nak datang!

"Errr,it's okay.I'll take care of her."Ayra angguk sahaja.Tidak berani berkata lebih-lebih.Silap-silap merah jugak telinganya kena sound sedas dengan bos yang memang mulut tak ada insuran itu.

"Jom."Ajak Khail.Ellysa menurut.Entahlah dia tak ada mood nak bercakap sekarang ni.Sakit pulak kepala fikir pasal masa depan dia ni.

Khail disisi dijeling sekilas.Memang mengancam kalbulah!Nampak hot dan berkarisma gitu kalau dia pakai kot and kemeja.

Oh my God,Malaysia so hot!

Namun lengannya terasa dipegang.Ellysa terus angkat wajah memandang gerangan tersebut.

"Kau kenapa pula?"Khail menyoal sambil mata merenung tepat ke arah isterinya itu.Ellysa menggelengkan kepala..

"Hey!"Khail masih tidak berpuas hati.Ellysa mendongak.Entahlah,mata rasa hangat je sekarang ni.

Dia rasa macam akan hilang sesuatu.Ergh,dia benci rasa kehilangan!Benci sangat-sangat!!
Khail raup wajah.

Dia mengheret Ellysa ke dalam bilik pejabatnya.Ellysa hanya menurut.Sampai di dalam bilik,pintu dikunci.

Khail memusing badan lalu bersandar ke pintu.Mata memandang tepat ke arah Ellysa yang tercegat memerhati ruang pejabatnya.

Hmm,mewah.Itu yang mampu Ellysa simpulkan melalui apa yang dilihatnya.Biasalah anak orang kaya.Anak Tan Sri lagi!

"Hey young lady!"Khail memanggil.Entah kenapa dia jadi seorang yang memaksa hari ini.Selalunya kalau orang macam ni,memang dia blah aja.

Tanya,dia tak nak jawab so tak payah!Bukan dia nak tahu sangat pun.Nak cakap,cakaplah!Tapi dengan Ellysa dia jadi lain sedikit.

Ellysa kerling suaminya sekilas sebelum bergerak ke sofa lalu duduk disitu.

"So nak bagitahu aku kenapa kau macam ni?"Soal Khail berpeluk tubuh sambil masih bersandar di dinding.

Mata Ellysa kembali berkaca.Wajah diangkat ke arah Khail.Ternyata jejaka itu terkejut dengan reaksi Ellysa.

Khail pantas bergerak ke sofa lalu berdiri dihadapan isterinya itu.Sebelah lutut dijatuhkan ke lantai.

Ellysa masih menunduk.Setitis air mata jatuh menuruni pipinya.Dia benci perasaan ini!

"Young lady...Why are you crying?"Khail menyoal lembut.Makin lebat air mata jatuh menuruni pipi mulus Ellysa.

Terasa tempat duduk di sebelahnya dihenyak oleh seseorang.Namun Ellysa tahu itu siapa.

"Aireen Ellysa look at me."Tegas Khail memberi arahan.Lambat-lambat Ellysa mengangkat wajah.Air mata masih tidak berhenti dari mengalir.

Namun sebentar kemudian tubuhnya keras menerima rangkulan hangat dari.....Khail.Setitis-setitis air mata mengalir kembali ke pipinya.

Kepala disandar pada dada Khail.Di situ dia menghamburkan tangisan.Terasa sangat selesa berada dalam rangkulan itu.

Khail mengusap lembut belakang kepalanya.Ellysa memegang kemas kemeja Khail itu.

Entah berapa lama mereka berkeadaan begitu,Ellysa tidak pasti namun tangisannya sudah reda akhirnya.

"So ready to tell me now?"Suara garau Khail menggamit perhatian.Ellysa masih menyandarkan dahi ke dada suaminya itu.

"Saya benci perasaan kehilangan."Ellysa memula kata.

"Dalam hidup ni,kita akan biasa rasa kehilangan.Apa yang kita perlu buat hanya menerima sahaja."Khail balas tenang.Ellysa angkat wajah memandang tepat ke anak mata Khail.

"You will leave me,right?"Gadis itu menyoal tanpa berselindung.Khail terkelu.

"You know,memang saya biasa ditinggalkan.Orang mungkin akan kata,you'll get used to it..."Ellysa tarik nafas.

"Tapi apa yang menarik tentang kehilangan?Biasa di tinggalkan?Apa yang menarik?They just say that because they're not feel as we feel.Huh,manusia!"Khail merengus dihujung bicara.

"Then,don't leave me."Perlahan Ellysa berkata.Khail pandang wajah Ellysa yang tampak keruh itu.Dia dengar.

Perlahan lahan dia mendekatkan wajah lalu mencium dahi isterinya itu.Ellysa tersentak namun seketika sebelum dia memeluk Khail erat.

'Kalaulah aku boleh tak tinggalkan kau....'

#Do comment if u wanna watch next chap!
#Huhu dh pnjg dh sis rsa ni!Hehehe,comment tau!

Share this novel

Nor Azlina
2021-07-30 18:02:27 

aduhhh makin lama baca makin berdebar- debar pulak.apa wei......


NovelPlus Premium

The best ads free experience