CHAPTER 10

Romance Completed 165453

"Weyh,Lysa!Aku duk punyalah ketuk bilik kau ni,kau boleh duk termenung pandang katil ni.Asal?Tak sabar eh?"Mawar mengusik.

Ellysa menoleh kearah temannya itu.Samdol lah kawan dia ni!!!

"Apa kau merepek ni Mawar?!Hey,aku hempuk jugak kepala kau dengan bantal baru kau tahu!"Ellysa merungut.

"Idoklah,sudah tu,aku ketuk kau senyap.Aku ingat dah wassalam.Kut nak suruh aku tolong baca tahlil kat kau malam ni."Selamba Mawar mengucap kata.

"Kurang asamlah kau!"Ellysa mengetuk dahi Mawar.

"Adeh!!Sakitlah sengal!"Mawar menggosok dahinya.Wajah cemberut dah keluar dah.Kemudian matanya melilau ke segenap ruang kamar itu.

"Lysa,untung kau kan?Dapat kahwin dengan si Khail tu.Dahlah handsome,anak Tan Sri,tadi masa aku duduk ketuk bilik ni,dia tegur aku cakap masuk jelah.Hai,gentleman lah!"Mawar sudah tersengih-sengih.

Ellysa menggeleng perlahan.Namun sekejap kemudian dia kaku.Jejaka yang suka sangat bertekak dengan dia sekarang ni sudah sah jadi suaminya.

"Eh,Lysa.Aku rasa aku kena balik dulu.Aku ambil half-day dekat kerja hari ni.Aku memang nak cuti terus tapi bos aku tak bagi.Sorry tau."Mawar memberitahu.

"Alah,Mar...."Ellysa merengek.Mawar tiba-tiba senyum.

"Tak payahlah nak merengek sangat dengan aku.Tu encik suami kau ada.Nanti bolehlah kau nak merengek,gesel-gesel ke?"Mawar ketawa terbahak-bahak.

Terjegil biji mata Ellysa dibuatnya.Mukanya jadi merah tiba-tiba.Malu weyh!Kuwang hajow lah kawan dia ni!

"Terlebih asam kau kawan."Ellysa membalas.Mawar masih lagi ketawa.

"Dah jadi bini orang kawan aku ni.Kau janji tau dengan aku Lysa.Apa yang berlaku,kau hadap dengan tabah ye?Jangan nak buat onar dalam hidup suami kau tu!"

Ellysa diam.Mata berkaca tiba-tiba.Entah kenapa macam dia dah tak bebas macam dulu.Macam ada tali jerut je dekat leher.

"Alah kau ni Lysa!Dah,tak yah nak berdrama dengan aku.Aku call kau nanti ok?Tak pasal-pasal aku kena buang kerja!Kau tak pelah kerja best!"Mawar bangun.

Ellysa turut bangun.Nak feeling-feeling pun tak jadi sebab ayat Mawar tu.Haila...

"Oklah Mar."Ellysa akhirnya memeluk tubuh kawan baiknya itu dengan erat.

"Ok,bye-bye sayang,muahh!!"Mawar tergelak kemudian berlari keluar.Ellysa menjegilkan mata.Huh,geli geleman I!

Baru dia ingin keluar,telefon bimbit siapa entah berbunyi dari atas katil.Ellysa mengerling kemudian mengangkat kaki ke arah katil yang dihias indah.

Telefon bimbit jenama Apple.Dah sah-sah milik cik abang dia.Ellysa pernah tengok telefon suami dia ni masa peristiwa kat hotel.hari tu.Uihh,seram!

Tertera nama Keysha diskrin.Ellysa mengerutkan dahi.Lorh,jangan cakap mamat tu ada skandal dahlah!

Ellysa menjawab panggilan tersebut.

"Helo,assalamualaikum,abang!"Ellysa menjauhkan sedikit telefon bimbit akibat jeritan dari si pemanggil.

"Err,waalaikummussalam.Hmm,Khail tak ada.Dia dekat luar.Ni siapa ye?"Ellysa menyoal lembut.Memanglah soal lembut,kang soal.kasar dilabel kuwang hajow pulak.Ye dak?

"Ohh!Err,saya Keysha,adik Khail.Ni siapa ye?"Soal si pemanggil tersebut.

"Oh,adik.Erm,saya Aireen Ellysa,is..isteri Khail."Selepas menjawab Ellysa mengetuk dahinya.

Nak sebut isteri tu payah bebeno.

"Laaah,Kak Lysa ye?Hehe,selamat berkenalan kak!Panggil saya Sha aja ye.Hehe,tak sabar nak jumpa akak."Suara Keysha kedengaran teruja.

"Hehe,ok.Erm,kenapa ye,Sha call?"Soal Ellysa kemudian.Tanggapan dia,Keysha ni seceria kanak-kanak Sunquick.Tak main dah ribena.Haha

"Sha nak minta abang ambik Sha kat airport.Sorry tau kak sebab Sha tak dapat hadir.Abang cakap last minute."Kedengaran seperti Keysha merungut.

"Oh tak apa,Sha.Akak faham.Ok,nanti akak cakap dekat ab...Khail ye."Ellysa buat muka geli geleman time nak sebut.Abang tu.

"Ok kak!Sha nak makan sekejap.Nanti dah sampai roger Sha tau."Ellysa ketawa.Hailah,Si Keysha ni,comel je rasa.

"Ok Sha!"Ellysa membalas.Lalu Keysha ketawa sebelum memutuskan talian.Ellysa tersenyum.

"Asal kau senyum-senyum ni?Ada tegang urat muka ke?"Suara garau dari arah belakang berbunyi.Ellysa berpaling.

Fuhhh!!!Asal mamat ni?Makin lama makin handsome je aku pandang!Jantung aku ni pun apasal tak reti nak hidup normal?!!Haipp!!Apa kau melalut ni Lysa?!!

"Err,tak ada pape."Ellysa pantas menggelengkan kepala sambil tersengih.

"Now,you're mine.Really mine..."Ellysa kaku ditepi katil.Apa...Apa yang mamat ni cuba cakap?Kau ni dah bengap ke Lysa smpai mamat tu speaking pun kau tak faham?!

Namun entah kenapa ayat tersebut membuatkan satu perasaan halus mula menjalar lalu menusuk terus ke relung hati.

Dari suara garau yang berkata-kata itu,dapat Lysa tangkap getaran pada nada suara itu.Seperti sedang menanggung beban.

Ellysa memusing badan.

"Awak kenapa?"Soalnya perlahan.Khail senyum kelat sebelum menggeleng perlahan

"Tak ada apa-apa.By the way,asal telefon aku ada dengan kau?"Soal Khail sambil memandang telefon bimbitnya itu..

Ellysa tersengih kejap.

"Errr,adik awak call tadi.Dia mintak awak ambil dia kat airport!"Ellysa memberitahu.Khail mengambil telefon bimbit lalu memandang skrin.

"Cis,budak tu.Nak balik bukan nak bagitahu!"Khail menggumam perlahan.Dia kemudiannya bergerak ke dalam bilik air.

Ellysa melepaskan nafas.Huh,nak penat layan perangai mamat gila ni!Ellysa bergerak ke meja solek yang terletak dihadapan meja bilik s.u.a.m.i.n.y.a!

Tudung selendang bewarna putih dikepala dicabut pin lalu ditanggalkan.Sanggul di lepaskan.Rambut hitam panjang itu disikat perlahan.

Err,kenapa seram sejuk pulak tetiba ni?Ke rumah ni ada saka?!Huishh,kena telefon Mawar ni!!

"Hey,Aireen Ellysa!"Suara garau kedengaran.Ellysa menoleh ke belakang.Khail mengeluarkan kepala.

"Apa?"Soal Ellysa.

"Ambilkan baju aku dekat kerusi tu jap."Arah Khail sambil menunding ke arah kerusi di tepi walking-closet bewarna putih besar itu.

Ellysa menjuih bibir sebelum bangun mengambil kemeja dan seluar yang tersangkut diatas kerusi lalu bergerak ke bilik air.

Khail mengeluarkan separuh badannya yang terdedah itu.Pergh,mamat ni,ada six-pack yowh!Hashtag hot!!!

Muka Ellysa berubah merah saat terpandangkan badan yang gegila hot tu.Dia menunduk sambil tangan menghulurkan baju dan seluar tersebut.Hek eleh,kau ada perasaan malu Lysa?

Terasa ada tangan sejuk menyentuh lengannya.Ellysa mendongak.Mata terhala kepada sepasang mata hitam pekat yang jelas memaparkan kenakalan disitu.

"Asal muka kau merah?"Soal Khail tersenyum sinis.Pantas Ellysa menutup muka dengan sebelah tangan kerana sebelah lagi masih dalam genggaman Khail.

"Kenapa?Kau nak join aku mandi ke?"Soal Khail dengan suara garau seksinya itu.Menggeletar kepala lutut dowh!

"Ishh,apasal awak ni?Nanti kang si Keysha tu tunggu lama pulak."Ellysa mencari alasan dengan gelabah saat tangan Khail sudah bergerak dari tangan mula beralih kepada pinggangnya.

Kuss semangat siak!Ellysa memegang lengan sasa tersebut agar Khail melepaskan pautan.Khail tayang muka blur tak ada perasaan.

Pelukan dipinggang makin dieratkan.Bibir menayang sengih.Ellysa pulak makin gelabah.Jarak mereka semakin dekat.

Dekat...dekat...dekat...dekat...

Kring...Kring...Kring!!.

Deringan telefon bimbit menyentakkan mereka.Pautan Khail automatik terlepas.Ellysa segera menjarakkan diri.

Arghh!!!Gilaalahhhh!!!

Khail mengerling kepada isterinya.Ok fine!Kali ni aku lepaskan kau.Tapi lain kali jangan harap!!!

#Do comment if u wanna watch next chap!
I love u guys!
Sorry fr the late updte!!!

Share this novel

Nik Hanida
2020-03-13 09:30:09 

best sngat

rock star
2020-01-19 16:59:13 

best

rock star
2020-01-19 16:59:13 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience